Kita percaya tak pada rezeki? Setiap orang ada anak. Tapi tidak semua anak itu diuruskan dengan cara yang sama. Setiap ibu ayah ada cara tersendiri. Tapi matlamatnya adalah sama, iaitu supaya anak kita menjadi manusia yang berguna untuk agama dan bangsa. Supaya anak kita jadi anak yang soleh solehah yang akan mendoakan kita kelak.
Ada yang menulis..
“Saya pun ada anak 4 tapi tak adalah bersepah macam tu. Elok je saya didik ikut peraturan kat rumah. Budak-budak ni dari kecik kena didik. Baru dia orang tak sepahkan rumah. Mana peranan ibu ayah? Anak saya tak pernah buat sepah macam tu”
“Ibu ayah tak ajar anak-anak tentang adab ke? kan pergi rumah orang duk sepahkan rumah orang pulak”
“Tak ada family planning ke beranak ramai?”
Begitulah. Saya senyum sahaja. Seolah-olah mereka tidak percaya kepada rezeki. Ada yang dapat rezeki anak tak sepah rumah, ada yang dapat rezeki anak diam je tak lincah, ada yang dapat rezeki anak tak reti nak manjat lepas tu dengar cakap ibu ayah ikut je peraturan rumah dan sebagainya.
Tapi rezeki saya alhamdulillah dapat anak yang bergabung tenaga sehingga ramai yang meluahkan rasa surrender. Tapi, setiap anak ada kelebihan dan kekurangan.
Walaupun keempat-empat anak saya suka buat rumah macam kapal pecah sehingga menyebabkan saya menggunakan pelbagai cara supaya mereka dalam tempoh bertenang. Tapi saya tidak bagi mereka main gajet.
Rumah saya tak ada Astro. Hanya ada Njoi sahaja tiada kartun. Oleh itu mereka banyak jadikan rumah tempat mereka bermain kerana tiada hiburan lain.
Walaupun mereka selalu sepahkan rumah, tetapi mereka sangat rajin membantu saya di rumah atas faktor saya menjalankan perniagaan lain dan saya agak sibuk sedikit. Mereka sangat berdikari, tolong saya mop lantai, vakum rumah. Bila mesin basuh rosak, mereka tolong saya cuci pakaian guna tangan, basuh pinggan, sapu lantai, jemur kain, kemas bilik, yang sulong ajar adik adik mengaji, ajak adik adik solat, suapkan adik-adik makan bila saya sibuk.
Dalam satu kekurangan itu, saya memandang begitu banyak kelebihan mereka walaupun usia mereka 6 tahun, 5 tahun, 4 tahun dan 2 tahun. Terima kasih yang mendoakan baik baik untuk mereka.
Perkongsian ini bukan untuk membanggakan diri tetapi sekadar untuk memberi semangat pada semua ibu bapa yang ada anak ramai untuk latih anak buat kerja rumah dari awal. Buang aura negatif, simpan aura positif je dalam rumah tangga kita.
Sebenarnya ini apa yang mereka belajar dari ayahnya. Sebab ayahnya juga memang membantu saya buat kerja rumah. Walaupun mereka lelaki, bila mereka nampak ayahnya buat kerja rumah, jadi mereka pun tahu mereka anak lelaki pun boleh buat juga.
Kredit: Noor Faezatul Syavana
ARTIKEL MENARIK [“Mama, Abah Tak Sayang Kakak. Selalu Layan Adik & Baby”. Ibu Sebak Baca Luahan Anak Sulung]
LAGI ARTIKEL MENARIK [Bagus Petua Ibu Ini! Rawat Batuk, Selsema Anak Bawah Setahun Guna Lemon & Delima]
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)