Selalu kita rasa anak perempuan lebih memerlukan sokongan emosi. Namun, hakikatnya dikatakan ibu bapa perlu melebihkan anak lelaki, betul ke? Jom baca perkongsian artikel ini.
Emosi sensitif
Sebagai ibu bapa, hampir kebanyakan daripada kita merasakan kanak-kanak perempuan lebih memerlukan sokongan sama ada dari aspek fizikal atau mental yang melibatkan emosi.
Walau bagaimanapun, keadaan sebenarnya adalah kanak-kanak lelaki mempunyai jiwa yang lebih sensitif berbanding perempuan. Disebabkan ini, mereka lebih memerlukan sokongan berbanding kanak-kanak perempuan.
Kenyataan ini adalah berdasarkan satu kajian yang dipanggil sebagai ‘The Fragile Male’ atau turut dikenali sebagai ‘Lelaki yang rapuh’. Ia adalah mengenai bagaimana minda bayi lelaki adalah lebih sensitif dan dipengaruhi oleh emosi dan perasaan si ibu.
Tahap perkembangan
Ads
Umumnya, selepas dilahirkan otak bayi lelaki tidak berkembang sepenuhnya. Keadaan ini adalah berbeza dengan bayi perempuan, di mana perkembangannya adalah lebih pantas enam minggu.
Perkembangan ini pastinya memberikan kelebihan buat bayi perempuan untuk berkembang dan mendapatkan momentum yang lebih baik berbanding bayi lelaki. Manakala bagi bayi lelaki, mereka akan sedikit terkebelakang.
Keadaan ini bukan sahaja mempengaruhi daripada aspek tumbesaran fizikal, tetapi ia juga melibatkan soal tahap kematangan sosio-emosi mereka. Jadi sebab itulah, kadang-kadang sebagai ibu bapa, kita akan nampak anak perempuan adakalanya lebih dewasa berbanding anak lelaki.
Cara didikan
Mungkin sebagai ibu bapa, kita tidak sedar sebenarnya cara didikan yang diberikan dalam membesarkan anak lelaki juga mempengaruhi aspek perkembangan mentalnya. Ini kerana, seringkali kita akan membesarkan mereka dengan cara yang lebih tough berbanding anak perempuan. Setuju tak ibu bapa sekalian?
Ads
Biasanya anak perempuan akan lebih dilimpahi dengan kasih sayang, lebih dimanjakan serta diberikan permainan yang menjurus kepada memupuk rasa sayang. Sedangkan anak lelaki, diberikan permainan yang berunsur lasak seperti kereta dan patung adiwira. Begitu jugalah dalam aspek didikan, yang lebih berunsurkan kelakian.
Penulis tidak mengatakan semua ibu bapa mendidik anak lelaki mereka begitu, tetapi penulis percaya kebanyakan ibu bapa melakukannya. Ini kerana ibu bapa merasakan anak lelaki adalah sebagai individu yang boleh diharapkan apabila dewasa kelak.
Sebaliknya, kesan didikan yang diberikan ini hanyalah akan melahirkan seorang individu lelaki yang kasar jiwa dan sifatnya. Malah tidak dinafikan mereka juga mungkin kurang sensitif terhadap perasaan individu lain.
Berikan lebih kepada anak lelaki
Jadi bagaimana cara untuk mengatasi isu ini? Mudah sahaja. Ibu bapa harus memberikan sokongan fizikal dan mental yang mencukupi kepada anak lelaki sama seperti anak perempuan. Ini sekali gus dapat membantu anak mengendalikan emosi mereka dan menjadi individu yang lebih prihatin pada masa hadapan.
Berikut adalah beberapa cara yang ibu bapa boleh lakukan di rumah kepada anak lelaki:
Ads
Dorong anak lelaki anda untuk meluahkan perasaan secara verbal. Jika mereka perlu menangis, biarkan. Jangan sekali memperkecilkan perasaan mereka dengan mengatakan mereka tidak patut menangis kerana mereka lelaki
Berikan perhatian sewaktu anak berkongsi apa yang dirasakan. Usah menyampuk atau memotong kata-katanya. Penulis pasti tiada siapa yang suka apabila ada yang mencelah ketika berbicara, bukan?
Peluk dan ciumlah pipi dah dahi anak lelaki anda seperti mana anda lakukan kepada anak perempuan. Walaupun mereka mungkin segan, tetapi percayalah setiap manusia punyai keinginan untuk disayangi
Bercakap dengan lembut dan hindari daripada berkomunikasi secara kasar dengan mereka
Sama rata
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memberikan kasih sayang secara fizikal atau mental secara sama rata kepada anak-anak tidak kira anak lelaki mahupun perempuan. Usah membeza-bezakan antara anak-anak anda.
Dalam masa yang sama, pastikan keadaan mental anda sebagai ibu bapa juga stabil. Ini kerana jika anda mengalami tekanan sudah tentu ia akan memberi kesan secara langsung kepada anak-anak. Ibu bapa dengan emosi yang seimbang, pastinya akan melahirkan anak-anak yang gembira dan bahagia.
Kerja bersihkan dapur jadi lambat bila berlaku tumpahan minyak, kicap atau sos di lantai. Ini antara kotoran yang perlu dibersihkan beberapa kali. Lagi-lagi bila nak cepat, tumpah cecair ni di lantai terus spoil mood ibu.
Jika tumpahan itu adalah minyak, terpaksa beberapa kali mop lantai sebab lantai akan rasa melekit dan licin. Jika setakat sekali saja mop memang akan tinggal kesan lagi. Jadi nak tak nak paling kurang 3 kali bilas baru rasa ok sikit.
Bagi memudahkan kerja ibu di rumah yang berdepan situasi seperti ini, ada cara mudah untuk bersihkan tumpahan jenis cecair di lantai.
Tak perlu ambil mop dulu untuk bersihkannya tetapi hanya guna tepung gandum sahaja. Mudah nak bersih dan tiada kesan melekit!
Teknik yang dikongsikan oleh Chef As – As Homemade ini boleh anda cuba. Berikut antara langkah-langkahnya.
1) Sekiranya kicap, minyak, sos, atau sebarang jenis cecair tumpah di lantai jangan terus mop. Cara ini boleh menyebabkan kotoran makin merebak ke bahagian lain.
2) Teknik paling berkesan untuk bersihkan tumpahan jenis cecair ini adalah dengan menggunakan tepung gandum.
3) Taburkan di atas tumpahan dengan rata lalu biarkan seketika supaya tepung dapat menyerap tumpahan.
4) Selepas itu, menggunakan sarung tangan, kaut semua kesan kotoran yang sudah pun bergumpal dengan tepung.
5) Ketika ini kerja pembersihan akan jadi lebih senang, cuma perlu kaut gumpalan tepung tadi untuk dibuang.
6) Selepas itu, boleh dilap atau dimop lantai jika mahu. Untuk lebih mudah, lihat video yang dikongsikan Chef As.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak makan ayam bahagian ‘thigh’ tapi ada bau hanyir? Jika ada bau yang kurang menyenangkan, maknanya ada satu bahagian yang tak dibuang dengan betul. Ramai yang tak perasan pun tapi bila diteliti baru nampak.
Mungkin ada mak-mak yang dah tahu dan ada juga yang tak pasti mana yang perlu dibuang. Kalau nak tahu pastikan kantung bulat berhampiran tongkeng dibuang terlebih dahulu, sebelum ayam tersebut dibasuh bersih.
Berikut perkongsian tip daripada Puan Nurulasyikin Jamaludin.
Ada sikit perkongsian tip pembersihan ayam supaya tak berbau najis dan hanyir (bau reban), sebelum ni saya dah share kat wall saya”“Kalau nak elakkan ayam bau najis, sila buang kantung bulat yang saya bulatkan tu. Kantung tu orang cakap kelenjar tapi memang berbau njis. Kebanyakan kantung tu berbentuk separuh bulat sebab dah terpecah masa ayam diproses.
So kena perati betul-betul sebab warna kantung tu macam warna daging ayam, kedudukannya betul-betul kat bawah tongkeng ayam tu. Buang jangan tak buang.”
Sepit sikit dengan pisau, pastu tolak je. Kantoi kat kedai makan saya terjumpa mende ni kat ayam goreng depa, patutla bau semacam. Tobat tak pegi dah. Buang juga bahagian-bahagian yang geleber-geleber bawah thigh tu, juga bahagian-bahagian yang anda tak suka dan yang part kotor (paru-paru dia paling kuat bau).
Cuci Dengan Tepung Gandum
Last sekali, cuci ayam pakai air yang dicampur tepung gandum (tepung lain boleh jugak, tapi tepung gandum paling berkesan). Letak sesudu pun dah ok, gaul-gaul dan bilas. Boleh try bau sendiri beza dia sebelum dan selepas, then baru boleh masak apa-apa je yang anda suka yea, gerenti selera sabab dah tak hanyir.
Semoga perkongsian ni berguna untuk semua terutama pada yang belum tau tu yea, selamat memasak semua.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi bila bersihkan ayam, pastikan buang kantung/ kelenjar tersebut, bagi elak bau hanyir bila dah masak.
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Proses mengupas bawang adakalanya membuatkan kerja-kerja memasak jadi sedikit terlambat. Tambah-tambah lagi ketika mengejar masa, mengupas bawang jadi terlalu sukar.
Tip yang dikongsikan oleh @awangdapur ini mama kena cuba. Memang mudah dan pantas untuk mengupas.
Tips kupas bawang merah. Siap!
Langkah-langkah:
1) Ambil satu mangkuk, masukkan semua bawang.
2) Siram dengan air yang mendidih sehingga terendam kesemua bawang.
3) Biarkan sekejap beberapa minit dan toskan airnya.
4) Tak perlu keringkan, boleh terus potong bahagian atas dan bawah bawang.
5) Hasilnya kulit bawang lebih mudah ditanggalkan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.