Anak Lelaki Fitrahnya Melindungi. Nakal & Lasak Tu Biasa. Besar Dialah Hero Keluarga!

Share

Anak lelaki mesti jadi kuat. Tak boleh tunjuk perasaan sedih, sayu, kasihan dan lembut. Ini yang selalu ibu bapa tekankan menyebabkan anak lelaki membesar dengan sikap tidak berkasih sayang dan keras hati.

Jika ibu bapa cenderung mendidik anak perempuan dengan memberikan anak patung supaya dia boleh memupuk sikap sayang dan pandai menjaga sejak kecil kenapa kita tak mendidik anak lelaki dengan cara yang lembut.

Situasi itu ternyata salah dan perlu diubah kerana anak lelaki juga perlu dididik dengan rasa kasih sayang pada diri supaya membesar sebagai lelaki yang mempunyai sifat penyayang. Lakukan didikan itu sejak bayi lagi dengan bercakap secara lembut bukan saja kepada bayi perempuan malah kepada bayi lelaki anda juga.

Melalui perkongsian Ustazah Isfadiah, beliau juga mengakui hal ini. Fitrah anak lelaki suka melindungi. Siapa yang ada anak lelaki mesti dapat rasakannya. Jika ibu bapa ada anak lelaki biasanya mesti akan perasan tingkah laku ini.

Fitrah anak lelaki juga nalurinya selalu ingin membantu dan melindungi insan lemah dari kalangan keluarga especially. Mereka suka menggalas tanggungjawab dan penyayang. (Inilah peranan Wali)

Tapi andainya kita selalu sebut salah dia atau membesar-besarkan kelemahan mereka, anak-anak ini jadi bosan dan kecewa. Emosi diorang pun boleh swing. Kalah anak perempuan.

Biasakan lakukan 3 perkara ini:

1. Hargai mereka dan sebut betapa bangganya kita jika dia melakukan perkara terpuji
2. Tunjukkan cara terbaik untuk memberi bantuan mulakan bantuan di rumah, cara terbaik lipat baju, cara terbaik basuh pinggan etc.
3. Redha je bila dia buat silap jangan marah-marah. Nak pandai sesuatu perkara kena buat berulangkali. Bagi dia semangat untuk terus cuba lagi.

Terharu tengok gambar anak lelaki dalam train awam di bawah ini, Ada 5 sebab saya terharu.

1. Dia bangun dan bagi tempat duduk dia pada makcik yang bawa baby dalam stroller.
2. Dia berdiri dekat dengan mak dia yang tertidur- tak rasa malu pun bila mak tidur di tempat awam.
3. Dia ambil dan galas beg tangan maknya supaya selamat.
4. Tangan dia yang kecil tu dijadikan lapik kepala mak menghalang besi rel yang keras dari menyakiti mak si cinta hatinya.
5. Pandangan matanya menunjukkan dia peka dan prihatin dengan apa yang berlaku di sekitarnya, dan sememangnya anak lelaki punyai bakat hebat ini.

Allahu Akbar!
Maha Hebatnya sang Pencipta kita

Sumber: Ustazah Isfadiah

Published by
Wan Amy