
Isi Kandungan
ToggleAnak lelaki kalau ikut muka ibunya, ‘sejuk’ kata orang tua-tua. Baru-baru ini sempena hari jadi Mira Filzah, suaminya Wan Emir Astar telah berkongsi foto Mira Filzah semasa kecil. Kalau diamati betul-betul foto Mira Filzah semasa kecil, anak mereka, Wan Khair Amir mirip Mira Filzah.
Anak Lelaki Kalau Ikut Muka Ibu, ‘Sejuk’ Kata Orang Tua-tua
Pengasas jenama hijab Mira Filzah ini mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022.
Artikel berkaitan: Kalau Ada Rezeki Untuk Bekerja, Bekerjalah& Mira Filzah Titip Pesanan Untuk Wanita, Tak Tahu Apa Akan Jadi Masa Depan
Struggle Is Real Mira Filzah Kini Faham Kenapa Mak-Mak Susah Nak Bergambar Dengan Anak
Sejauh mana kebenaran yang Wan Khair Amir mirip ibunya? Jom kita ‘telek’ beberapa keping gambar-gambar ini:
Wan Khair Amir ‘Copy Paste’ Wajah Mira Filzah

Dikongsikan sedikit info tentang fakta wajah anak lelaki yang mirip ibu:
*Manja dengan ibunya.
*Kawan ibunya.
*Bukan sahaja mempunyai iras wajah yang sama, perangai, cara senyum, ketawa, semuanya sama dengan ibunya.
Kesimpulannya walau iras siapa pun wajah kita, semestinya ada sebab kejadian Allah ini. Bersyukurlah dan sentiasa mengingati asal usul kita dari mak ayah kita.
Kredit: Instagram Mira Filzah dan Instagram Wan Emir Astar
Baca lagi: Mencabar Juga Keluar Hari Ni& Mira Filzah Akui Masih Terkial-Kial Bawa Baby Keluar!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Tekap Tapak Kasut Ke Kaki Untuk Anggar Saiz Kaki Anak, Bahaya Kalau Pakai Saiz Tak Betul

Adakah anda jenis yang memakaikan anak kasut mengikut saiz betul atau ‘main sarung sahaja’ asalkan muat? Tahukah anda, terdapat bahaya jika si kecil tidak dipakaikan ukuran saiz kasut budak yang betul?
Ayuh teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk penjelasan lebih lanjut.
Kepentingan ukuran saiz kasut budak yang betul
Kaki kanak-kanak, terutamanya bayi dan anak kecil sangat halus dan amat penting untuk menjaganya daripada awal.
Pemilihan kasut sesuai untuk anak adalah keputusan penting yang tidak boleh dipandang remeh.
Mempertimbangkan untuk membeli kasut dengan saiz yang betul berbanding fesyen adalah penting kerana ia memberi kesan kepada perkembangan kaki anak.
Kasut yang dapat dipakai dengan muat membolehkan perkembangan tanpa halangan serta membenarkan jumlah ruang dan sokongan sesuai untuk membantu kaki berkembang secara semula jadi.
Ramai kanak-kanak mengalami masalah kaki di kemudian hari kesan memakai kasut yang tidak betul saiznya! Kita semua hanya memilih sepasang kaki, jadi amat penting untuk menjaganya dengan baik.
Kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan hallux valgus – kecacatan kaki yang berlaku apabila ibu jari kaki mula condong ke dalam. Keadaan itu boleh menyebabkan ketulan bengkak betul-betul di bawah ibu jari kaki.
Oleh sebab itu, mendapatkan anak saiz kasut yang betul adalah penting ya wahai ibu bapa sekalian.
Cara membeli mengikut ukuran saiz kasut budak yang tepat
Berikut adalah tip membeli kasut yang boleh anda praktikkan:
#Beli kasut mengikut kaki yang lebih panjang
Kaki kanan dan kiri biasa mempunyai kepanjangan yang berbeza. Perbezaan sehingga ½ inci itu adalah perkara biasa.
#Jangan bergantung kepada label saiz pada kasut
Untuk pengetahuan anda, menjadi perkara biasa untuk pengeluar melabelkan kasut dengan saiz standard yang kita semua ketahui. Tetapi sebenarnya tiada standard wajib saiz kasut, maka setiap jenama akan berbeza-beza. Jadi pastikan anak mencuba setiap kasut untuk mendapatkan saiz yang bersesuaian.
#Ada ruang untuk kaki
Kebanyakan ibu bapa sedar kaki memerlukan ruang, tetapi kurang mengetahui jumlah sebenar yang diperlukan. Ruang tambahan optimum yang disarankan adalah lebih kurang ½ inci.
#Beli kasut pada penghujung hari
Kaki anak biasanya akan berada pada tahap paling besar (baca: membengkak) pada penghujung hari atau selepas acara sukan – waktu paling sesuai untuk mencuba dan membeli kasut.
#Pakai stoking sesuai
Semasa anak mencuba kasut, pastikan mereka memakai stoking yang sesuai. Sebagai contoh, jika ingin membelikan anak kasut bola sepak, pastikan mereka memakai stoking bola sepak.
#Ukuran saiz kasut budak secara berkala
Deria sentuhan bagi kanak-kanak biasanya belum berkembang sepenuhnya, jadi mereka mempunyai kecenderungan untuk ‘memaksa’ kaki masuk ke dalam kasut yang ketat. Oleh itu, ibu bapa disarankan untuk mengukur kaki anak setiap 2 bulan sekali.
Perkara perlu dielakkan semasa mendapatkan ukuran saiz kasut budak
Malangnya, terdapat juga ibu bapa yang masih menggunakan trick berikut untuk menilai kesesuaian kasut untuk anak:
Pegang kasut ke kaki
Caranya dengan menekap tapak kasut ke kaki untuk menganggarkan saiz kaki anak. Tetapi panjang di bahagian dalam kasut tidak boleh dianggarkan dari luar dan selalunya adalah lebih pendek daripada yang dijangkakan.
Ujian ibu jari
Biasanya ibu jari akan menekan hujung kasut untuk melihat berapa banyak ruang yang ada. Masalahnya anak secara refleks akan menarik jari kaki – seperti tergulung di bawah.
Kesannya anda akan menyangkakan terdapat ruang yang mencukupi walaupun hakikatnya kasut itu terlalu kecil.
Menggunakan ujian tumit untuk menilai ruang kosong pada bahagian belakang juga adalah serupa seperti ujian ibu jari. Ini kerana ramai kanak-kanak akan menolak kaki mereka ke depan.
Bertanyakan anak
Biasanya apabila anak mencuba kasut, sebagai ibu bapa pastinya anda akan bertanyakan, “Okay tak kasut ini?”. Walaupun pertanyaan itu menunjukkan anda prihatin dengan anak, namun malangnya jawapan yang diberikan mungkin salah.
Keadaan ini kerana biasanya saraf di kaki anak belum berkembang sepenuhnya dan kesedaran mereka tentang kesakitan tidak begitu jelas seperti individu dewasa. Jadi anak mungkin tidak pasti sama ada kasut itu sesuai atau tidak.
Ketepatan dalam mendapatkan ukuran yang betul adalah penting untuk mendapatkan saiz kasut budak yang bersesuaian bagi anak.
Pemilihan kasut budak
Kasut yang bersesuaian adalah penting untuk anak, bukan sahaja untuk kesihatan kaki tetapi juga perkembangan mereka secara keseluruhan.
Jika si manja sedang belajar berjalan dan bergerak, mereka sedang mengembangkan otot dan kekuatan di belakang badan dan kaki, sekali gus amat penting untuk melindungi kaki mereka.
Pastikan juga stoking dipakai anak juga adalah saiz yang sesuai mengikut kakinya. Ini kerana stoking yang terlalu ketat boleh menyebabkan masalah pada jari kaki mereka.
Kaki si kecil akan membesar dengan cepat pada tahun pertama kehidupan mereka. Jadi pastikan anda sentiasa memeriksa kasut mereka agar selesa untuk dipakai.
Justeru, adalah amat penting untuk mendapatkan bukan sahaja ukuran saiz kasut budak tepat tetapi juga sepasang kasut yang selesa untuk mereka pakai.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambut Kelahiran Anak Kedua, Anak Sulung Jangan Diabaikan

Ibu ayah mesti rasa teruja menyambut kelahiran anak kedua dalam keluarga. Tapi jangan abaikan anak sulung. Perasaan mereka juga perlu dijaga. Selalunya papa dan mama akan beranggapan anak sulung sudah besar dan faham tentang kehadiran adik.
Hakikatnya walaupun mereka sudah besar, kehadiran adik walaupun sangat dinantikan tetapi ada sedikit rasa cemburu. Apatah lagi kalau yang sulung itu masih anak kecil yang tidak berapa faham lagi tentang kehadiran adik baru.
Tentu sahaja bila perhatian papa dan mama tertumpu pada adik baru, si sulung akan buat perangai sebagai salah satu cara memberitahu perasaannya.
Papa dan mama yang tidak faham dengan tindak-tanduk anak akan terus memarahi dan memusuhi anak sulung. Inilah yang akan memberi kesan buruk kepada perkembangan mereka.
Sebenarnya ada cara yang sepatutnya dilakukan oleh papa dan mama terhadap anak sulung ketika menerima kehadiran anak baru. Jom semak apakah dia.
DIA TETAP YANG TERUTAMA
Lahirnya anak kedua di dalam suatu keluarga, kadang kala membuatkan anak sulung terasa seperti dipinggirkan. Padanya adik itu seakan-akan mengambil tempat di hati, perhatian dan kasih sayang mama dan papa darinya.
Lantas, ada yang berubah sikap dengan kehadiran adik. Kerana mereka kanak-kanak, komunikasi verbal mereka terhad, perubahan kelakuan adalah signal untuk mereka menyatakan apa yang terbuku di hati.
Apatah lagi, bila adik lahir terlalu dekat dengannya. Pada mama dan papa, kasih sayang tidak luak walau setitik pun tetapi anak sulung mungkin tidak beranggapan begitu.
Bagaimana mengendalikan anak sulung kita ini? Mungkin tips yang saya kongsikan ini boleh membantu:
- Sekiranya kita bekerja, dan anak-anak kita tinggal di rumah pengasuh, apabila menjemput anak-anak balik, pastikan kita panggil dan dapatkan anak kita yang sulung dulu. Apa-apa pun, dia dulu yang kita peluk dan cium. Katakan padanya yang kita rindukan dia. Tanyakan apa dia buat hari ini. Kemudian, barulah kita dapatkan adik. Adik kan masih bayi, dia masih belum mengerti sangat apa-apa, tetapi kakak atau abang itu sudah mampu memahami tindakan dan perbuatan kita. Tidak kiralah kita mama atau papa, pastikan kita bagi perhatian kepada anak sulung dulu bila menjemputnya untuk pulang.
- Setiap hari, luangkan masa sekurang-kurangnya 15 ke 30 minit hanya dengan anak sulung kita. Tanpa ada gangguan adik. Jadi, katakan lah kita balik kerja jam 6, mama kena berikan masa 15 minit untuk anak sulung. Buatlah apa-apa aktiviti bersama. Contoh, main Playdoh, Lego, mewarna, atau apa sahaja aktiviti yang menyeronokkan. Atau kalau kita kesuntukan masa, kerana anak sulung kita itu macam mana pun mesti tidur awal, 15 ke 30 minit tu boleh digunakan untuk memandikan dia, dan meyiapkannya untuk tidur. Anak sulung kita mahukan perhatian dan pada masa ini, kita berikan dia apa yang dia perlukan untuk merasakan diri dia penting dan mama papa masih sayangkan dia walaupun ada adik. Semasa sesi tersebut, kerjasama dari papa sangat penting. Kerana papa kena tolong jagakan adik. Tidak boleh ada gangguan dari adik. Masa inilah papa ambil masa bersama dengan adik.
- Papa pun mesti lakukan perkara yang sama. Luangkan masa 15 ke 30 minit bersama dengan anak sulung kita itu. Dan mama berikan konsentrasi kepada adik.
- Apa yang kita nak tunjukkan pada anak sulung kita itu, dia tidak perlu pun berkelakuan tidak sopan untuk mendapatkan perhatian. Kerana kita sudah berikan perhatian yang dia perlukan.
- Untuk surirumahtangga, walaupun kita rasa kita ada di rumah sepanjang hari, sebenarnya perhatian kita terbahagi kepada berbagai-bagai tugas dan antara anak-anak. Curilah sedikit masa yang terhad itu, mungkin semasa adik sedang tidur, atau apabila papa sudah pulang ke rumah untuk membantu menjaga adik, untuk meluangkan masa seperti yang saya jelaskan tadi.
Semoga dengan masa yang kita sudah berikan pada anak sulung kita, berkuranglah dia membuat onar dan berkelakuan yang kita tidak senangi.
Sumber: Facebook Perkongsian Macam-Macam Maklumat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Engkau Makan Rumah Kau, Aku Makan Rumah Aku.” Shukri Yahaya Elak Jadi Suami Curang Dari Awal

Kalau tengok gaya Shukri Yahaya dalam drama, ramai wanita cair dengan wataknya yang penuh emosi dan romantik. Tapi di dunia sebenar, Shukri sebenarnya seorang suami yang cukup pemalu dan pendiam.
Katanya, kalau ada masalah dalam rumah tangga, dia lebih selesa diam dulu — bukan sebab tak peduli, tapi sebab dia perlukan masa untuk susun kata, supaya bila berbincang nanti, semuanya datang dari hati yang tenang.
Habis Kerja, Habis Segalanya di Set
Dalam dunia seni, tak dapat dielakkan bekerja rapat dengan rakan artis wanita. Tapi cara Shukri uruskan batas tu memang buat hati isteri mana-mana cair — sebab baginya, bila kerja tamat, hubungan pun tamat di set.
“Jumpa macam tu je, saya anggap dia rakan kerja. Berjumpa berkawan, habis di situ dan jangan bawa balik ke rumah.”
Tak ada istilah sambung bersembang atau ‘follow-up’ lepas penggambaran. Habis kerja, dia terus balik rumah, tempat paling selesa untuk seorang suami dan ayah.
Bila Watak Jadi Cermin untuk Para Suami
Dalam drama Curang Tanpa Niat, wataknya sebagai Eshaal mungkin nampak kecil kesalahan — cuma ajak rakan sekerja makan malam sebab kerja sampai lewat. Tapi bila fikir balik, kenapa tak pilih untuk makan di rumah bersama isteri dan anak-anak yang menunggu?
Shukri akui, kalau situasi itu berlaku dalam hidup sebenar, dia lebih rela terus balik ke rumah. Katanya, rumah adalah tempat selamat yang tak perlu dia cari di luar.
Balik Rumah Adalah Syurga Paling Nyaman
Shukri mengaku, dia lebih selesa habiskan masa di rumah bersama isteri tercinta, Tya Adnan, dan dua permata hati mereka — Aaira Ameena dan Maleeq Mikayl. Bukan sebab dia ‘tak boleh keluar’, tapi sebab itulah tempat dia rasa paling cukup.
Tempat dia boleh jadi diri sendiri, peluk anak, duduk diam dengan isteri lepas penat kerja. Itu bagi dia satu bentuk ‘syurga kecil’ yang tak boleh dibeli di mana-mana.
Hubungan Hambar Itu Boleh Dihangatkan Semula
Ramai pasangan, lepas bertahun kahwin, mula rasa hambar. Tapi Shukri percaya, hubungan suami isteri takkan kekal ‘manis’ kalau tak jaga. Bila rasa mula renggang, jangan biar lama.
“Cari kat mana salah dan kita cuba perbaiki. Perpisahan bukanlah jalan yang terbaik.”
“Saya dah kahwin dalam sembilan tahun macam tu. selalu luangkan masa bersama isteri dan anak-anak biasanya bawa mereka holiday. Sebenarnya kalau tengah driving pun akan jadi satu memori buat suami isteri.”
Duduk berbincang, cari apa yang kurang dan cuba isi ruang tu sama-sama. Perkahwinan bukan tentang siapa paling sempurna, tapi siapa paling sudi usaha.
Setia Itu Dipilih, Bukan Diuji
Dalam nada tenang, Shukri ingatkan kita — kadang benda yang nampak ‘kecil’ pada suami, boleh jadi luka yang besar pada isteri. Makan dengan rakan sekerja? Borak lebih di luar waktu kerja? Semua tu mungkin nampak remeh… tapi kalau ada pilihan untuk elak, elakkan. Setia itu bukan sebab tak ada peluang, tapi sebab kita pilih untuk tak cari.
Tonton video temu bual eksklusif bersama Shukri Yahaya;
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI