Anak lelaki akan membesar lebih hebat kalau ibu selalu pesan pada mereka 5 perkara penting tentang kehidupan. Anak lelaki memang manja dengan ibu jadi  ambillah peluang ini untuk mendidik mereka agar jadi anak lelaki yang bertanggungjawab.

Peranan ibu dalam mendidik anak memang sangat penting. Karektor yang dimiliki oleh wanita bergelar ibu iaitu prihatin, lemah lembut, pengasih dan penuh belas kasihan adalah kurniaan dari Ilahi yang tidak ada pada seorang lelaki.

Disebabkan kesabaran dan keprihatinan seorang ibu, kebanyakan anak-anak lebih selesa untuk meluahkan segala perasaan dan masalahnya kepada sang ibu. Kadangkala walaupun seseorang anak lebih rapat dengan ayah tetapi tak boleh mengalahkan keakraban dengan ibu.

Karektor seorang ibu sangat penting bagi setiap anak sama ada perempuan atau pun lelaki. Tetapi bagi anak lelaki, ibu adalah cinta pertamanya yang sejati. Figura yang dapat mendidiknya untuk memiliki peribadi lelaki yang pengasih dan bertanggungjawab.

Jadi, para ibu perlu memainkan peranan penting untuk mendidik anak lelaki menjadi lelaki dewasa yang penyayang, penyabar, berkeyakinan dan bertanggungjawab kepada keluarganya satu hari nanti.

Jangan lupa sentiasa pesan perkara berikut supaya anda menjadi ibu yang baik kepada anak lelaki anda.

1. Ajar anak jadi penyabar tetapi tegas

IKLAN

Karektor anak lelaki memang agak kasar dan mudah marah. Ibu, tunjukkan contoh menjadi orang yang sabar kepada anak-anak. Bila ibu selalu sabar dalam menghadapi kerenah mereka tetapi masih tegas, ia secara tak langsung mengajar mereka pentingnya menjadi orang yang banyak bersabar. Kalau ada masalah jangan cepat hendak naik angin.

2. Didik mereka jadi lelaki sejati

Walaupun anak anda seorang lelaki, mereka tetapi perlu diajar menjadi orang yang mudah bersikap lembut pada orang lain tanpa perlu menghilangkan sisi ketegasannya. Dengan cara ini, barulah mereka boleh menjadi lelaki yang sejati yang tahu menghormati, menghargai dan prihatin pada orang lain.

Anak Lelaki Lebih Hebat Kalau Ibu Selalu Pesan 5 Perkara Penting Ini

IKLAN

3. Menjadi pemberi semangat

Adakalanya anak lelaki akan berhadapan dengan situasi yang menjengkelkan atau mengecewakan mereka seperti kalah dalam permainan bola dengan kawan-kawannya dan sebagainya. Biasanya mereka bukan jenis kaki mengadu seperti anak perempuan. Ia hanya ditunjukkan daripada raut wajah yang muram dan kecewa sahaja.

Sebagai ibu, anda kena prihatin bila berhadapan dengan situasi anak lelaki yang kecewa. Menjadi tugas ibu untuk  berfikir secara positif dan memberikan kata-kata semangat kepada anak supaya tidak mudah patah semangat. Anak akan kembali bersemangat dan mempunyai keyakinan diri kembali hasil daripada keprihatinan ibu yang sentiasa menjadi penyokong setianya.

4. Fokus dan yakin untuk jadi orang yang berjaya

IKLAN

Anak lelaki yang mempunyai hubungan rapat dengan ibu biasanya akan mendapat keputusan akademik yang lebih baik. Bukankah ibu adalah makhluk yang dicipta oleh Allah sebagai insan yang selalu menenangkan? Jadi tidak hairanlah anak lelaki yang rapat dengan ibu akan lebih fokus semasa belajar kerana dia tidak perlu memikirkan masalah dari rumah serta lebih tenang semasa peperiksaan kerana ibu telah mengajar agar sentiasa bertenang dan yakin pada diri sendiri.

5. Jadilah lelaki yang menghargai wanita

Biasanya bila si anak lelaki itu rapat dengan ibu sejak dari kecil lagi, maka dia sedikit sebanyak akan faham dengan karektor dan sensitiviti seorang wanita. Namun, ia bukan bermakna anak akan mencontohi perwatakan seorang wanita daripada ibunya. Sebaliknya anak lelaki akan membesar sebagai lelaki yang lebih memahami wanita. Maka dengan itu dia akan lebih menghargai dan mencintai wanita yang disayanginya.

Ibu adalah sahabat sejati kepada anak. Hanya ibulah yang sentiasa bersama anak semasa susah, sedih dan gembira. Jadilah ibu yang hebat di mata anak. Ibu sangat berkuasa dalam mempengaruhi dan membentuk jati diri seorang anak lelaki!

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI