Jarang sekali ibu ayah menekankan tanggungjawab anak lelaki bantu kerja di rumah apatah lagi di dapur.
Biasanya anak lelaki akan dibiarkan duduk sahaja di rumah tanpa perlu menolong buat kerja rumah. Tanpa sedar kita sebenarnya tersilap mendidik anak lelaki.
Sepatutnya anak lelaki perlu diajar cekap membuat kerja rumah kerana bila sudah bergelar suami barulah mereka jadi suami yang bertanggungjawab dan ringan tulang membantu buat kerja rumah.
Cara yang dilakukan oleh Penulis buku yang juga seorang Pakar Psikiatri, Dr Norzila Zakaria dalam mendidik anak lelakinya cekap di dapur dan membuat kerja-kerja rumah wajar dicontohi.
Anak lelaki mesti cekap di dapur
Yang sudah ada anak dara mungkin tugasan menjadi ringan dengan bantuan mereka, namun biasanya anak lelaki kurang ditekankan untuk membantu di dapur.
Ini satu kesilapan yang perlu dibetulkan dari mula lagi jika mempunyai anak lelaki. Jadikan mereka cekap di dapur agar bila mereka berkahwin nanti tugasan dapur boleh mereka lakukan dengan baik, lagipun itu memang tugas seorang suami kan menyediakan keperluan keluarga. Cuma budaya kita ni menonjolkan perempuanlah pengurus dapur.
Justeru itulah saya sentiasa menggalakkan anak-anak lelaki saya ke dapur. Hafiz memang dah biasa ke dapur.
Hujung minggu lepas saya upgrade kemahirannya dengan mengajar bagaimana memotong daging agar mudah lembut jika di masak. Dia dah pandai melihat jaluran daging dan memotong melintang jaluran.
Alhamdulillah hasilnya saya tunjukkan bila daging sudah di masak, walaupun daging itu bukan daging muda, namun proses memasaknya tidaklah lama kerana ianya dipotong melintang dan nipis.
Tanyalah resepi masak kicap atau di kampung saya di Selangor dipanggil masak semur, pasti Hafiz sudah boleh ingat sebab dia melakukan praktikal terus.
Ini masakan kegemaran anak-anak saya apatah lagi ditambah kentang dan suhun, berebut-rebut mencari suhun. Alhamdulillah satu keluarga dapat merasa masakan Hafiz.
Sumber: Dr Norzila Zakaria
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI