Anak perempuan pemalu itu mungkin biasa kita dengar, jika anak lelaki pemalu risau si ibu dibuatnya. Begitulah dilema si ibu bila anak lelakinya pemalu. Ini penjelasan dari ibu rose berkenaan situasi tersebut.
Salam ibu, anak saya 6 thn sangat pemalu & kurang bercakap di sekolah sehinggakan sukar berkomunikasi dengan guru. Tetapi di rumah karakternya berbeza. Adakah biasa bagi kanak2 lelaki seusianya berperangai begini?
Jawapan:
Waalaikumsalam.
Kurang bercakap dan mungkin dikategorikan sebagai pemalu ini adalah perkara biasa. Namun, jika anak itu sukar bercakap itu bukan dalam kategori pemalu, itu lebih kepada dia kurang berkeyakinan untuk bercakap.
Kerana anak yang memang tidak banyak mulut ni, jika mereka perlu bercakap, mereka akan bercakap.
Namun, janganlah puan risau terlebih pula ya. Bina sahaja keyakinan dia untuk bercakap dan bergaul dengan kawan-kawan. Bermula dengan seorang dua. Selalunya kanak-kanak begini lebih suka small crowd dan agak tidak selesa terlalu ramai orang dan tidak suka bising-bising. Oleh itu bermula dengan beberapa orang kawan-kawan sahaja.
Setiap kali dia bercakap dengan puan, berilah perhatian supaya dia semakin confident mengeluarkan pendapatnya. Jangan sibuk hendak menghabiskan ayatnya kerana susahnya dia hendak bercakap. Biar dia habiskan sendiri. Sabar.
Bina keyakinan diri yang positif ke dalam dirinya dengan menghargai perkara yang bagus mengenainya dan apa yang berjaya dia lakukan. Jika dia gagal, ajak dia belajar dari kesilapan dan buat semula.
Sesuatu yang sangat penting juga adalah biarkan dia melakukan kerja-kerjanya sendiri. Jangan sibuk melakukan apa yang ditugaskan kepadanya. Biar dia berusaha sendiri.
Lagi banyak dia berdikari, lagi kuat keyakinan dirinya terhadap kebolehan dirinya.
Gently, gently help him to believe in his abilities.
Adakah posting Ibu ini membantu kefahaman anda dalam parenting? If yes, cer saya ‘Yes Ibu’
Salam kasih,
Ibu Rose
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI