Jika anak perempuan dikatakan lebih rapat bersama ayahnya, anak lelaki pula seharusnya menjadi insan paling dekat dengan ibunya. Ibaratkan BFF, kelembutan seorang ibu dikatakan mampu membimbing jiwa dan keyakinan anak lelaki.
Menurut Dr Redza Zainol, anak-anak lelaki yang rapat dengan ibunya sememangnya anak yang cukup beruntung. Hati dan jiwanya diisi sebaiknya.
Beruntung ibu yang rapat dengan anak lelaki sejak kecil.
1. Bila ibu menjadi teman rapat pada anak lelaki, ibu itu sebenarnya sedang membantu anak membentuk persepsi dirinya atau “Self Image” yang baik.
2. Anak yang ada persepsi baik tentang dirinya, dia lebih yakin dan selesa menjadi dirinya sendiri.
3. Tunjukkan yang kalian bangga dengan setiap ciptaan atau hasil kerja dia.
4. Raikan bila mereka bantu ibu di dapur. Anak lelaki perlu lihat ayah dan ibunya sama-sama bekerja di dapur.
5. Kerapkan puji rupa paras anak lelaki.
6. Bertahun-tahun rapat dengan ibu, anak lelaki belajar tentang kasih sayang dan kelembutan ketika bergaul dengan mereka dari jantina berbeza.
7. Anak lelaki perlukan sedikit bantuan untuk menguruskan kerja sekolah atau kerja di rumah.
– Mereka perlu belajar, kerja yang banyak boleh dibuat mengikut peringkat sehingga selesai.
8. Mereka akan belajar cara mengurus masa dan menetapkan prioriti dari ibunya.
– Bantu anak lelaki untuk tetapkan matlamat jangka masa pendek atau panjang yang realistik.
9. Bantu anak lelaki untuk jadi lebih peka dengan keadaan sekeliling.
– lebih peka dengan keadaan emosi orang di sekeliling atau perubahan di sekitar rumah.
– barulah mudah untuk melatih anak lelaki menjadi lebih empati dengan ahli keluarga lain.
10. Teruskan usaha untuk memahami anak lelaki. Dalam kekurangan yang anak lelaki ada, carilah kebaikan dan kelebihan dirinya. Pasti ada!
Kunci pada keyakinan diri anak lelaki yang sedang membesar terletak pada ibunya.
Menarik: Dr Amalina Nasihat Ibu Hamil Pastikan Dapat Vaksin Covid, Ini Cara Kurangkan Risiko Teruk
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)