Perasaan risau pasti timbul bila melihat anak lelaki suka bermain permainan untuk kanak-kanak perempuan. Puas dipujuk dan alih perhatian si cilik untuk bermain permainan yang sesuai dengan kanak-kanak lelaki ternyata mereka tak petah dan akan berbalik semula bermain dengan anak patung dan alatan memasak. Keadaan tersebut ada ketikanya kelihatan lucu namun sebagai ibu pasti terbit perasaan risau dengan anak lelaki yang semakin membesar itu.
Tak usah risau atau gusar dengan keadaan tersebut, saat mereka bermain dengan permainan yang dianggap feminin, anak lelaki anda masih tetap maskulin. Ini caranya:
Bermain masak-masak
Memasak sebenarnya bukanlah pekerjaan yang feminin kerana dalam dunia hari ini ramai tukang masak dan chef terdiri daripada orang lelaki. Jadi ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan oleh ibu bapa. Ajak si kecil anda menonton filem Chef yang mengisahkan seorang ayah yang menjadi chef di sebuah trak makanan miliknya dan ketika cuti sekolah dia akan mengajak anak lelakinya untuk membantu. Selain itu anda juga boleh ajak si kecil anda menonton program realiti masakan seperti Masterchef Junior yang memaparkan kanak-kanak memasak tanpa mengira gender.
Bermain dengan anak patung
Bermain dengan anak patung memang sukar untuk anda larang tambahan lagi jika anak anda bermain dengan kawan perempuan atau kakak mereka. Dengan bermain anak patung, anak anda sebenarnya akan memiliki pengalaman untuk mengasuh dan menjaga bayi. Apa yang perlu anda tegaskan adalah peranan mereka sebagai seorang lelaki atau ayah kepada anak patung tersebut supaya mereka tidak keliru dengan personaliti mereka kelak.
Ads
Main pondok-pondok
Kanak-kanak lelaki dan perempuan memang suka bermain pondok-pondok kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama. Mereka juga boleh menerokai kreativiti mereka dengan membuat sendiri rumah mereka daripada kusyen, kain atau bantal yang ada. Mereka juga belajar untuk memastikan rumah mereka bersih dan baik. Apa yang perlu ditekankan untuk anak lelaki adalah mereka perlu membuat kerja-kerja seperti pembaikan atau mengangkat barang-barang berat yang ada dalam rumah permainan mereka. Meskipun hal tersebut boleh juga dilakukan oleh kanak-kanak perempuan, tapi kanak-kanak lelaki yang lebih sesuai untuk lakukan itu semua.
Mendandan
Seperti juga dengan chef, pendandan rambut juga ramai terdiri daripada kalangan lelaki. Oleh itu tak jadi masalah untuk si kecil anda suka mendandan sama ada diri sendiri, kawan-kawan atau mendandan anak patung mereka. Apabila anda juga termasuk dalam permainan mereka bertegaslah mengatakan rambut anda mahu dipotong atau dandan oleh abang kacak itu dan bukan dengan kakak cantik. Anda juga boleh membawa mereka ke kedai dandanan rambut yang majoriti pemotong rambutnya adalah lelaki. Di tempat itu, anak anda boleh melihat sendiri bagaimana sikap dan personaliti pendandan rambut lelaki.
Berbelanja dengan wang
Selain bermain masak-masak, mendandan dan bermain anak patung, kanak-kanak juga suka bermain dengan wang. Bukan perempuan sahaja yang suka membeli-belah kan, lelaki pada zaman kini juga suka dengan aktiviti sedemikian. Untuk menegaskan peranan anak lelaki anda dalam berbelanja mengikut gendernya, anda boleh minta mereka menjadi seorang ayah dan minta mereka membeli barang-barang keperluan rumah. Atau jadi pemilik restoran yang melayan pelanggan dan seterusnya mengambil bayaran daripada anda sebagai pelanggan tentunya menyeronokkan.
Ads
Tegaskan gender mereka
Sebagai ibu bapa, ketegasan anda perihal sikap yang perlu ada oleh anak lelaki bukan sahaja ketika mereka bermain, malah dalam aktiviti seharian lain juga. Memberi komen atau pujian yang menghasilkan kesedaran tentang gender mereka seperti, “Wah, kuatnya anak mama ni, boleh tolong mama angkat bakul kain.” Pasti memberikan impak yang bagus untuk si kecil anda.
Selain itu, dedahkan mereka dengan aktiviti lasak di luar rumah seperti bermain bola, berlari bersama kawan-kawan di taman permainan tentu juga menyeronokkan mereka. Jika ada kesempatan anda boleh libatkan mereka dengan kelab seperti taekwondo, silat dan sebagainya.
Ads
Sebaiknya hindarkan anak anda daripada menonton rancangan televisyen yang boleh membuatkan mereka keliru akan personaliti sebenar seorang lelaki yang banyak dipaparkan pada hari ini.
Peranan ayah juga penting, ajaklah anak lelaki anda bermain bersama kerana daripada ayahlah anak-anak belajar tentang dunia lelaki. Ia juga boleh merapatkan lagi hubungan antara anak dan ayah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sepanjang tempoh anak nak membesar, kanak-kanak akan mudah mendapat penyakit seperti selesema dan demam. Ini kerana tubuh mereka lebih mudah terdedah dengan kuman atau penyakit.
Disebabkan hal ini, ada ibu bapa yang risau kerana demam yang berlanjutan juga sangat berbahaya kerana boleh dikaitkan dengan masalah lain. Melalui perkongsian dari Ummi Kalsum ibu boleh mencuba tip dengan merebus telur ayam untuk mengurangkan suhu panas anak. Tak salah pun ikhtiar selain makan ubat.
REBUS TELUR AYAM
Rebuskan 2 biji telur ayam. Rebuskan lama sedikit sehingga menjadi telur keras. Kalau separuh masak, anda sukar menggolekkan pada badan anak kerana terlalu lembek.
Beginilah rupa telur ayam yang telah direbus sempurna.
BUNGKUSKAN TELUR
Cari kain yang sesuai untuk membungkus telur yang masih panas tadi. Paling senang, gunakan kain lampin.
Kalau telur masih panas, pastikan balut telur tu tebal sedikit ya!
GOLEKKAN PADA SELURUH BADAN DAN KEPALA
Apabila menjadi seperti bunjut, anda bolehlah menggolekkan pada seluruh badan anak. Jangan lupa golekkan juga pada bahagian kepala dan kaki.Golekkan sehingga telur menjadi suam, sekitar 30 minit.
PERHATIKAN HASILNYA
Setelah hampir setengah jam, anda akan mendapati telur menjadi menggerutu. Untuk melihat kesan yang lebih nyata, pecahkan putih telur dan perhatikan kuning telur seperti dalam gambar.
ULANG LANGKAH DENGAN TELUR KEDUA
Ulang semula langkah yang sama seperti telur pertama tadi. Anda akan mendapati telur yang kedua akan kurang menggerutu.
MUDAH, BUKAN?
Hanya dengan 2 biji telur, suhu badan telah turun dan anak mulai cergas. Syukurlah.
Bagi ibu-ibu, jika anak masih belum sembuh bolehlah rawat anak demam dengan melakukan teknik di atas sebanyak 3 kali sehari. Dalam masa yang sama, pastikan anak kerap dimandikan dan meminum air secukupnya. Memang normal kalau mereka kurang berselera semasa demam.
Selepas Nad Zainal dan suaminya Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari yang lalu, tidak sekalipun gambar pasangan ini dipotretkan bersama anak-anak.
Lama tertunggu-tunggu, akhirnya wargamaya menarik nafas lega bila mana akhirnya gambar Ungku Ismail dipotretkan bersama anak-anak Nad.
Menerusi Instagramnya, Nad turut memuat naik gambar Ungku Ismail yang memangku erat Ibrahim dan Kalsom. Jelas rasa bahagia dan kasih sayang yang dicurahkan buat kedua cahaya mata comel ini.
“Ibrahim, Ismail & Kalsom,” tulis Nad ringkas di kapsyennya.
Apa yang membuatkan wargamaya tertarik hati pastinya gambar kemesraan mereka dengan senyuman yang manis terukir. Apatah lagi pelukan kemas Ungku Ismail buat Kalsom yang masih kecil.
Sebelum itu, menerusi entri berlainan, Nad dan Ungku Ismail juga dilihat memuat naik video percutian mereka bersama Ibrahim sebelum sesi persekolahan bermula.
Menerusi video yang dikongsikan itu, Nad membawa Fahad Ibrahim atau mesra di sapa Yem sebagai percutian sebelum melangkah ke alam persekolahan.
Dapat dilihat kemesraan Yem bersama bapa tirinya sepanjang percutian pendek itu.
Dalam pada itu, perkongsian Nad itu sudah semestinya mendapat pelbagai reaksi wargamaya malah turut mendoakan kebahagiaan Nad bersama suami dan anak-anak.
Terdahulu, Nad dan Ungku Haris disatukan sebagai suami isteri iaitu pada 23 Januari lalu bersamaan dengan 1 Rejab 1444 Hijrah.
Mengasingkan tempat tidur ibu bapa dan anak sangat penting ya. Berapa banyak kes-kes yang tidak kita jangka berlaku disebabkan tempat tidur ibu ayah dan anak-anak tidak diasingkan!
Menurut Penulis Ilmu Keibubapaan, Puan Wan Nur Syakira, anak melihat apa yang berlaku antara kedua ibu bapa mereka. Ibu bapa sangka mereka tidur. Lalu anak ada rasa ingin tahu dan mencuba. Akhirnya terjebak.
Memisahkan tempat tidur adalah proses yang agak memenatkan dan meletihkan. Kerana ianya proses, bukan buat sekali, terus jadi. Ambil masa.
Ia sangat berkait dengan persediaan emosi (boleh berdikari), kognitif (boleh memahami konsep perasaan malu, ruang privasi) dan fizikal anak (dah lulus toilet training).
Jaga dan didik anak-anak kita dari sekarang. Pendidikan seksualiti bermula dari rumah. Jangan pandang enteng perkara ini. Jom cakna ye mak ayah!
Berikut infografik yang boleh bantu ibu ayah asingkan tempat tidur anak untuk kebaikan bersama.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Tepat 14 tahun kita hidup bersama, Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan. Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.