Jangan ambil mudah! Besar impaknya cara seseorang ayah memberi layanan kepada ibunya pada tumbesaran anak. Mereka akan menjadikan cara ayah sebagai contoh, jadi sekiranya baik maka baiklah jadinya. Ayah sebenarnya idola kepada anak-anak, terutamanya yang lelaki. Anak belajar cara melayan seorang perempuan dengan melihat bagaimana ayahnya melayan ibu mereka.
Tahukah anda, anak yang dibesarkan dalam suasana bahagia dan penuh kasih sayang akan membesar menjadi invididu yang hebat dan cemerlang?
Seseorang yang bergelar ayah akan menjadi lebih bertanggungjawab menjaga dan memastikan anak tersayang sentiasa dilindungi dan disayangi sepenuh hati. Daripada semua perkara tersebut, ada satu perkara penting yang ayah boleh buat dan akan memberikan impak besar dalam hidup seorang anak. Apakah dia?
Artikel Menarik: [Jangan Marahkan Anak Buat Perangai Itu Nakal, Mungkin Salah Kita Tak Beri Perhatian Pada Dia!]
1. Cinta dan sayangi mama mereka sepenuh hati
Nampak ‘simple’ tapi kesannya sangat besar. Mencintai dan menyayangi ibu anak anda adalah perkara terhebat yang anda boleh lakukan untuk si kecil!
2. Tunjukkan rasa cinta anda pada isteri anda
Cara anda layan dan tunjukkan kasih sayang pada isteri sangat penting kepada anak. Apabila anak melihat yang papanya sangat menyayangi mama, mereka akan faham erti kasih sayang. Anak lelaki belajar bagaimana cara yang betul menyayangi dan menghormati wanita bila mereka besar nanti. Anak perempuan pula belajar bagaimana sepatutnya seorang lelaki patut melayan wanita yang dia cintai.
3. Sentiasa menggandakan rasa cinta dan sayang
Mencintai ibu anak-anak anda sebenarnya cara terbaik memupuk nilai kasih sayang dalam diri anak. Cinta dapat menggalakkan dan memberi inspirasi kepada anak untuk sentiasa berkasih-sayang, hormat-menghormati dan bertolak-ansur dalam kehidupan. Mereka tidak belajar nilai tersebut daripada buku tetapi mempelajarinya daripada pemerhatian terhadap kedua ibu bapa.
4. Keharmonian membentuk kebahagiaan
Rumah yang bahagia dan penuh rasa cinta akan melahirkan anak-anak yang gembira dan ceria. Ia penting untuk membantu perkembangan dan tumbesaran positif anak. Anak-anak yang dibesarkan dalam suasana bahagia dan dilimpahi kasih sayang yang cukup akan membesar sebagai anak yang hebat.
5. Kerjasama menjadikan impian lebih berjaya
Apabila papa dan mama sentiasa berkasih sayang dan tak bergaduh depan anak-anak, tentu impian anda untuk mempunyai anak yang berakhlak dan mendengar kata akan terlaksana.
Kerjasama dua belah pihak sangat penting untuk melahirkan anak yang positif tingkah lakunya. Anak dapat merasakan ikatan yang hebat dalam pasukan papa dan mamanya, dan mereka tahu bukan hanya seorang sahaja yang bersungguh-sungguh untuk mendidik mereka menjadi anak yang baik tetapi sebaliknya dua orang penting bekerjasama memastikan si kecil sentiasa berada di landasan yang betul.
Artikel Menarik: [Paksa Suami Buat Perkara Ini Setiap Hari Lepas Anak Lahir, Barulah Anak Rapat Dengan Ayahnya!]
Jadi, bila sudah bergelar ayah, kasih sayang anda bukan sekadar untuk anak, tetapi terus cintai dan sayangi ibu anak-anak anda seperti zaman bercinta dulu bahkan patut lebih lagi. Ia akan memberikan faedah yang sukar dinilai dengan wang ringgit!
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI