Anak lelaki boleh jadi hebat kalau dididik dengan baik oleh si ibu. Benar, karakternya berlainan berbanding anak perempuan. Namun jika dididik dari awal dan wujudnya hubungan rapat dengan si ibu, anak lelaki boleh jadi insan yang hebat. 4 sebab yang dikongsikan oleh kaunselor ini amat disarankan untuk ibu-ibu yang mempunyai anak lelaki.
Perkongsian daripada kaunselor, Puan Farhan tentang kenapa anak lelaki perlu rapat dengan ibu ini sebenarnya adalah formula yang amat diperlukan untuk membentuk lelaki yang hebat, positif dan berkualiti dari rumah.
Hasil didikan dari awal daripada ibu sendiri tentunya berkesan membina karakter dan jiwa anak lelaki sebagai pemimpin. Seringkali mendidik anak lelaki diserahkan kepada bapa kerana lelaki tentu akan memahami lelaki, namun sharing yang bermanfaat ini memberikan inspirasi kepada ibu-ibu yang mempunyai anak lelaki.
Berikut ialah perkongsian beliau;
KENAPA ANAK LELAKI PERLU RAPAT DENGAN IBU?
Anak lelaki perlu rapat dengan ibu. Keperluan ini adalah untuk membantu anak anda agar membesar dengan seimbang dan mempunyai ciri ciri yang positif sebagai seorang lelaki yang berkualiti.
Anak lelaki yang rapat dengan ibunya akan mendapat manfaat seperti berikut
#1. LEBIH MENGHARGAI WANITA YANG ADA DISEKELILINGNYA
Anak lelaki yang rapat dengan ibu pastinya akan lebih peka pada setiap apa yang ibu lakukan setiap hari. Kepayahan, kegigihan dan keletihan ibu akan lebih dihargai.
Seterusnya, ini akan mendorong mereka untuk menghargai wanita yang ada disekeliling mereka seperti adik beradik dan juga isteri.
#2. BELAJAR SIFAT LEMAH LEMBUT
Anak lelaki yang rapat dengan ibu akan belajar sifat lemah lembut. Ibu pada kebiasaanya mempunyai sifat lemah lembut dan anak akan belajar melaluinya. Jadi, anak anda akan belajar sifat lemah lembut itu dalam mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Contohnya: Lemah lembut dalam percakapan
Anak lelaki itu memang sifatnya sedikit kasar, namun apabila mereka rapat dengan ibu, sifat kasar itu lebih mudah diuruskan.
Sebab itu, ibu jangan segan untuk peluk anak lelaki dan amalkannya dari kecil. InsyaAllah mereka akan lebih mudah diurus.
#3. LEBIH HANDAL PENGURUSAN RUMAH
Anak lelaki yang rapat dengan ibu juga akan lebih senang untuk diajar menguruskan rumah. Secara tidak langsung, mereka akan membesar menjadi seorang lelaki yang pandai serba serbi contohnya memasak, mengemas dan sebagainya.
#4. BELAJAR MENGURUS PERASAAN DENGAN BAIK
Ibu itu sifatnya suka mendengar dan lebih peka dengan masalah anak. Anak lelaki yang lebih rapat dengan ibu akan bersedia untuk berkongsi masalah dan apa sahaja isu tentang dirinya.
Contoh, andainya dia sedang bersedia dia akan lebih mudah berkongsi dengan ibunya. Seterusnya, dia akan dibantu untuk mengurus perasaan dengan baik.
Anak lelaki yang tidak rapat dengan ibu akan banyak memendam perasaan dan ini akan menyebabkan anak itu sukar mengurus perasaan sendiri kerana tidak ada orang yang membantunya keluar dari setiap isu yang dihadapi. Ini akan membuatkan anak itu menjadi sedikit ganas dan mungkin juga mudah marah.
Sumber: Puan Farhan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI