Setiap kali ke kedai, pastinya anak lelaki akan meminta permainan seperti kereta, lori, kereta api dan lain-lain. Pernah tak anda terfikir kenapa anak lelaki obses dengan mainan seperti kereta dan kenderaan?
Menurut kajian yang dilakukan oleh para saintis pada tahun 2014, mereka mendapati kecenderungan anak lelaki terhadap mainan tersebut berpunca dari hormon testosteron. Sekiranta mereka memberi lebih banyak masa untuk bermainan permainan berpusing ini, maka lebih tinggi hormon itu dapat dihasilkan.
Permainan seperti kereta api ini memberi banyak manfaat kepada kanak-kanak. Jom kita baca perkongsian bapa ini.
Berikut adalah beberapa sebab mengapa kalau anak minta nak set kereta api ni kita kena bagi.
Bukan saja-saja depa nak main tau. Ini 6 sebabnya:
1. Kemahiran motor halus (Fine motor skills)
Membina trek, menyusun dan menggerakkan kereta api dan mengoperasikan jambatan adalah sangat bagus untuk kemahiran motor halus. Membangunkan kemahiran motor halus pada usia muda sangat penting dan bermanfaat untuk anak-anak. Kemahiran tersebut sangat diperlukan untuk menulis, melukis, mengikat tali kasut anda dan menggunakan pisau dan garpu.
2. Penyelesaian masalah (Problem solving)
Kanak-kanak belajar membina trek melalui percubaan dan kesilapan dalam mencari cara membuat trek lengkap yang dapat dilalui kereta api secara berterusan. Kemampuan untuk melihat A dan mengaitkannya dengan B adalah kemahiran sepanjang hayat namun ia perlu dipelajari dan dipraktikkan.
3. Kemahiran perbendaharaan kata dan komunikasi (Vocabulary and communication skills)
Pretend play atau bermain olok-olok bukan sahaja meningkatkan perbendaharaan kata melalui penerangan dan penceritaan. Tetapi kanak-kanak juga belajar kemahiran penjujukan yang berharga semasa mereka bermain.
4. Belajar mengenai konsep (Learning abou concepts)
Terdapat banyak konsep yang dapat dipelajari oleh anak-anak ketika mereka bermain dengan kereta api. Kita boleh bercakap mengenai masa lalu, masa depan dan masa kini. Belajar mengenai berulang-ulang, melalui atau sekitar, kiri dan kanan dan membilang.
5. Kreativiti dan imaginasi (Creativity & Imagination)
Kelebihan set kereta api ni adalah anak-anak dapat memasangnya dengan cara yang berbeza setiap kali mereka bermain. Set kereta api juga sesuai untuk bercerita secara imaginatif dan boleh digabungkan dengan banyak mainan lain selama berjam-jam bermain di dunia kecil.
6. Kemahiran motor kasar (Gross motor skills)
Anak-anak juga harus belajar tentang berapa banyak ruang yang mereka sendiri ambil untuk bermain dengan jayanya tanpa melanggar trek. Mereka akan banyak berjengket, merangkak, melompat dan sebagainya bagi mengelak trek rosak.
Begitulah.
Aku rasa memang set train ni adalah toys yang paling banyak ada dirumah selain lego. Anak-anak sangat enjoy main benda ni.
#superdaddy
Kredit: Khairul Abdullah
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Bagaimana caranya untuk kita pastikan hanya yang terbaik untuk anak-anak? Ayuh, sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS 2021) sama-sama kita pelajari cara menjadi SUPERHERO anak dengan menyertai webinar Detik Indah Si Manja
Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/