Anak sepahkan rumah kita jadi stress walhal itulah dunia anak bermain. Ingatkan masa-masa anak bermain ini hanya sementara sahaja dan ia perkara normal bagi anak lima tahun dan ke bawah.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, inilah masa anak meneroka dunianya dengan bermain. Rumah bersepah, mama kenalah berlapang dada. Ikuti perkongsian beliau.
Sebenarnya, kalau kita faham fitrah anak, kita akan lebih berlapang dada kalau anak bawah 5 tahun menyepah.
Bukanlah kata tak sesak nafas, tak stres bila rumah dikapal-karamkan boleh anak. Of cause lah panas hati. Pasalnya yang kena ngemas tu kita jugak, kan. Cuma tak adalah kita ditahap menyalahkan anak tu anak takde disiplin!
Anak yang sebegitulah yang seharusnya kita banggakan. Sebab dia ada fitrah normal seorang kanak-kanak yang ada gerak hati dan keinginan untuk explore.
Ada ingin tahu yang tinggi.
Ada keinginan untuk bermain.
Tak adalah dok diam aje depan TV atau calit skrin sepanjang masa.
Saya teringat kata-kata seorang ahli astrofizik, Neil deGrasse Tyson, “Sebenarnya kita tak perlu berusaha sangat untuk anak minat Sains. Anak-anak sememangnya dilahirkan dengan sifat seorang saintis.
Mereka exploratif. Suka cuba buat itu-ini. Keluarkan telur, pecahkan. Ambil periuk dan ketuk. Petik bunga di pokok. Buka kereta mainan part by part sampai tak rupa kereta.
Ads
Semua itu asas untuk seseorang memahami dunia sains. Memahami cara kehidupan sekelilingnya berfungsi. Dan bibit bermulanya sifat seorang saintis.
Tapi kita mak ayah yang sebenarnya mematikan sifat tu. Tiap kali anak nak mencuba je, kita melarang. Tiap kali anak buat silap, tumpahkan air, comot-comot, kita menghukum.”
Tapi, tidaklah bermakna kita biarkan aje anak tu menyepah kan? Kita pun ada tahap sebelum nak capai ke hilang kewarasan tu.
Anak perlu diberi peluang bermain dan bereksplorasi. Dalam masa yang sama, perlu didisiplinkan. Kita pun kena jaga keupayaan mental kita. Betul tak?
Jadi, nak buat macam mana?
1) Fahami bahawa ‘menyepah’, buat eksperimen ni memang fitrah mereka. Lagi dasyat mereka punya sepah, lagi kreatif dan lagi banyak peluang mereka untuk observe, explore, belajar cause and effect serta belajar menyelesaikan masalah.
Ads
2) Sediakan alatan buat mengganti barang-barang rumah yang kita taknak anak sepahkan tu. Rangkakan aktiviti untuk anak. Dan duduk perhati mereka bermain.
Analisa cara mereka pegang peralatan, pindahkan objek dari satu bekas ke bekas lain; cara mereka buka bekas, pegang objek, ramas kain, tekan span, bentukkan pasir yang mereka main, dan sebagainya.
Benda tu semua bantu bagi stimulasi sensori dan bantu bina kemahiran motor kasar dan halus. Bukan lama pun. Satu hari 5 minit pun, dah ok sangat sebenarnya.
3) Ajar mereka kemas semula lepas selesai bermain. Anak bawah 4 tahun, mungkin tak cekap lagi nak mengemas. Sebab Fungsi Eksekutif mereka belum fully develop.
Ads
Tapi tak apa. Ajar dan demo sampai mereka faham rutin mengemas selepas buat sepah. Yang penting, rendahkan espektasi. Diorang tu budak lagi.
Fikir ni. Biarkan anak melalui fasa mereka. Fasa ini tak lama. Rumah akan sepah sikit. Tapi jiwa mereka akan hidup sebagai kanak-kanak yang berani bereksplorasi. Bijak dalam menyelesaikan masalah.
– Punya daya fikir yang tinggi dan kritis.
– Tak kekok memanipulasi apa jua peralatan.
– Boleh bertoleransi terhadap stres, terutamanya bila buat sesuatu yang tak menjadi.
– Mampu memahami bahawa untuk terjadinya sesuatu, ada proses yang perlu dilalui.
– Dan paling penting, mereka mampu beradaptasi hidup dalam dunia yang makin mencabar ni.
Semakin besar ruang yang kita buka untuk anak meneroka,
Semakin rendah ekspektasi yang kita letak pada mereka,
Semakin kita faham proses yang perlu dilalui mereka,
Semakin tinggi juga potensi anak-anak untuk jadi saintis, pencipta, pereka, saintis atau pioneer yang menyemarakkan dunia.
Ruam lampin memang sering berlaku kepada bayi yang masih kecil, untuk elakkan perkara ini terjadi Dr Ahmad Samhan berkongsi 10 tip dengan penerangan sekali bagi memudahkan ibu-ibu menguruskan si kecil.
Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan.
Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha.
Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:
Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.
Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.
Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).
Saya kongsikan 10 tips elak ruam lampin bayi. Penerangan pada setiap gambar.
Kongsikan pada keluarga dan mak ayah yang ada anak kecil.
Pastikan bayi dalam keadaan keringDedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.
Tukar lampin dengan kerapApabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera. Jangan lengahkan dalam tempoh yang lama.
Cuci dengan airBasuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air.
Guna krim ruam bayiGuna krim ruam bayi setiap kali menukar lampin. Contoh krim ruam yang bagus seperti Sudocream, Drapolene Cream, Pureen Nappy Rash Cream, Sebamed Baby Diaper rash Cream, River Veda Nurture Nappy Rash Cream.
Kurangkan penggunaan sabunJangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap memadai 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.
Elakkan bedak talkumJangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik. Ini kerana bedak talkum merbahaya pada paru-paru dan boleh mengganggu pernafasan bayi. Kalau mahu guna juga, gunakan bedak talkum yang diperbuat dari ‘cornstarch’. Biarkan kawasan tersebut kering sentiasa.
Longgarkan lampinPastikan bayi dalam keadaan selesa. Jangan pakaikan lampin ketat-ketat. Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.
Jangan basuh cloth diaper dengan sabun pencuciIni untuk pengguna ‘cloth diaper’ sahaja. Elakkan guna sabun yang berbau wangi dan juga pelembut pakaian. Ini kerana bahan kimia akan bertindak dengan kulit bayi yang sensitif. Basuh sahaja dengan air panas dan bilas banyak kali. Pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.
Minta probiotik atas saranan doktorProbiotik menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam usus yang boleh mengurangkan peluang anak anda mendapat ruam lampin.
Breasfeeding/susukan bayiBreastfeeding’? Nampak tidak relevan bukan? Jangan salah faham. Menyusu anak anda selama yang anda boleh. Penyusuan susu ibu meningkatkan ketahanan anak anda terhadap jangkitan secara umum dan menjadikan dia kurang memerlukan antibiotik.
Persoalan tentang komplikasi popular waktu mengandung dan baby baru lahir akan dihuraikan oleh Pakar Perunding O&G, Dr Maiza Tusimin dan Pakar Pediatrik, Dr Hairin Anisa dalam Talk To Doctor Bersama Moms To Be
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/moms-to-be-vip-member-2022/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak-anak kecil kita mungkin tidak pernah merasai erti kesedihan, kepayahan dan kesulitan dalam hidup. Apa yang mereka tahu hanyalah bermain tanpa sebarang masalah. Jauh sekali untuk menangis dan meratapi hingga mengalirkan air mata.
Tapi perkongsian kisah Ustaz Ebit Lew mengenai ibunya yang telah pergi dan pendekatan serta keikhlasan yang ditunjukkannya membuatkan anak-anak di Sekolah Kebangsaan Taman Jana, Perak menangis teresak-esak. Sungguh menyentuh hati. Kita dewasa yang mendengarnya pun terasa sebak.
“Hargai mak ayah dan cintai mereka. Jangan sekali-kali sakiti dan buat air mata mereka mengalir sedih kerana kesalahan kita. Kata Ustaz Ebit Lew menerusi program Prokids yang dilakukannya pada sekolah-sekolah.
Kita kena syukuri nikmat Islam. Abang kakak adik anak-anak saya..kita kena belajar syukuri nikmat Islam, hargai Islam. Allah sayang kita dia beri mak ayah yang baik.
Saya pun sayang mak saya, tapi mak saya dah tak ada, dah meninggal dunia. Saya ada peluang untuk jumpa dia lagi sebab mak saya meninggal dengan Islam. Dia meninggal dengan jaga sembahyang di hujung-hujung usia dia.
Mak saya dah tua, sebelum meninggal dia sakit. Masa umur saya 15 tahun kami semua orang susah, bapak saya bankrap, mak saya kerja kedai makan. Tengah malam baru mak bawak balik nasi goreng pataya. Tengah malam semua lapar, dapat nasi goreng saya terus menangis sebab tak ada makanan nak makan kat rumah.
Sejak itu saya kata saya takkan susahkan mak ayah saya lagi. Sejak umur 15 tahun sampai sekarang saya tak pernah mintak duit kat mak. Dekat sekolah dan asrama kawan-kawan makan sedap, saya tak ada duit, saya teringin saya menangis.Saya doa kat Allah, saya teringin nak makan macam kawan-kawan saya.
Bila dah kerja, gaji pertama saya 700, semua gaji saya bagi kat mak saya. Ada lebih saya makan, tak ada saya tak makan. Setiap hari saya tulis surat pada mak ayah saya. Jangan risau mak kata kita ada Allah. Mak kata tak senang pun tak apa.
Tiga tahun lepas rezeki saya mencurah-curah, saya pergi kawasan pendalaman. Saya tengok anak orang asli hidu gam, saya tekad nak islamkan mereka. Satu hari adik saya call cakap mak saya sakit.
Saya tak pernah terfikir mak akan sakit. Saya batalkan ceramah sebulan lebih nak jaga mak saya tapi mak saya kata saya anak derhaka kalau saya batalkan dakwah saya di situ. Saya menangis bila mak tak bagi saya balik.
Cinta yang paling ikhlas adalah cinta mak ayah pada anak-anaknya. Setiap kali telefon mak saya mintak mak letak pipi kat telefon sebab saya nak cium, mintak letak tangan di telefon supaya saya nak cium. Saya rindu nak cium tangan dia.
Tapi satu hari tengah ceramah, ada orang bagitau ustaz kena ke hospital sekarang. Saya pergi ke hospital masa tu saya teringin nak cium mak saya. Mak saya dah terbaring, penuh wayar penuh di muka. Saya doakan mak saya dipanjangkan umur masa tu.
Lepas saya doa mak saya meninggal. Saya mandikan jenazahnya. Masa saya ambil air sembahyang adik beradik saya beritahu muka mak saya tersenyum. Mak saya bukan ustazah bukan pendakwah, bukan terkenal pun tapi bila dia meninggal mak saya tersenyum. Saya balas senyuman mak saya.
Selamanya ni bukan saya yang susah berdakwah tapi mak saya. Saya dapat apa yang saya dapat ni kerana mak saya. Saya balik saya ambil baju mak saya. Baju tu sampai sekarang saya simpan. Saya rindu mak saya.
Siapa ada keluarga sila hargai mak ayah awak. Awak akan tahu nilainya bila mak ayah sudah dikafankan, jenazah berada di depan awak, baru awak akan teringat mereka semua. Saya yakin bahawa anak-anak yang baik adalah anak-anak yang sayangkan mak ayahnya.
Sila hargai mak ayah anda.
Kredit: Uztaz Ebit Lew
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun maut dipercayai tercekik buah mangga ketika makan bersama bapa di rumahnya di bandar Paka, Dungun petang Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang, Nur Amanda Ahmad Helmi disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Paka, kira-kira jam 5.20 petang.
Mangsa mengalami sesak nafas ketika disuapkan buah mangga oleh bapanya, kira-kira jam 3.50 petang.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu.
Katanya, sebelum kejadian, kanak-kanak terbabit dikatakan disuapkan potongan buah terbabit oleh bapanya, kira-kira jam 3.50 petang.
“Mangsa dikatakan tiba-tiba mengalami sesak nafas dan keadaan itu menyebabkan bapa mangsa yang berusia 32 tahun itu bertindak mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan Paka.
“Bagaimanapun, ketika diberi rawatan kecemasan di Klinik terbabit mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia, “katanya.
Baharudin berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.
“Siasatan polis mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Perasaan teruja seorang bapa jelas terpancar apabila Shuib berkongsi berita gembira mengenai anak perempuannya, Thalita, yang bakal membuat debut pertamanya dalam persembahan busking esok.Menerusi...