Anak ‘mabuk’ bila naik kenderaan, boleh cuba petua ini, guna bahan dapur saja. Ada anak yang jenis ‘mabuk’ bila naik kenderaan. Entah macam mana boleh ada simptom tersebut. Asal naik kereta atau kenderaan lain, si kecil akan pening kepala dan muntah-muntah.

Bayangkan kalau yang terpaksa melalui perjalanan jauh balik ke kampung. Sudah tentu ia boleh mengganggu ‘mood’ nak berjalan dan lebih kasihan pada si kecil yang menanggung ketidakselesaan tersebut.

Anak ‘Mabuk’ Bila Naik Kenderaan

Mabuk perjalanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Ia boleh terjadi sama ada melalui perjalanan dalam kenderaan di darat atau laut mahupun udara.

Antara tanda-tanda anak anda jenis ‘mabuk’ kenderaan adalah kerap meragam, gelisah, mengadu kepala pening, berpeluh walaupun suhu sejuk, berasa loya dan akhirnya muntah hingga boleh mengalami dehidrasi jika terlalu banyak mengeluarkan cairan.

Anak ‘Mabuk’ Bila Naik Kenderaan, Boleh Cuba Petua Ini, Guna Bahan Dapur Saja

Bagaimanapun ibu ayah jangan risau kerana simptom mabuk kenderaan bukanlah sesuatu yang serius kerana kebiasaannya ia boleh hilang dengan sendirinya.

Tetapi sebagai ibu ayah sudah tentu kita kena sentiasa mengambil tahu dan bersedia membuat persiapan jika anak mempunyai masalah mabuk kenderaan.

Namun adalah wajib untuk kita sebagai ibu bapa mengambil tahu tanda mabuk supaya lebih bersedia, sekali gus tidak menjadikan perjalanan yang dirancang bertukar kepada perkara lain.

Pengalaman anak mabuk kenderaan turut dilalui oleh seorang ayah, Pengiran M. Nizam Rahman yang berkongsi petua tradisional bagaimana mengatasi masalah mabuk kenderaan yang dialami oleh anak kecilnya.

Anak ‘Mabuk’ Bila Naik Kenderaan, Boleh Cuba Petua Ini, Guna Bahan Dapur Saja

IKLAN

Perjalanan dari Kuching ke Mukah kali ini betul-betul mencabar.

Gerak dari Kuching lebih kurang jam 7.30 pagi. Sampai di Mukah jam 7.00 malam. Penat memandu.

Mungkin anda pernah mengalami situasi bila berjalan jauh, anak-anak mabuk kenderaan. Boleh cuba cara ini. Ambil beberapa biji lada hitam. Lekatkan pada pita pelekat dan tampal pada pusat anak.

Boleh Cuba Petua Ini, Guna Bahan Dapur Saja

Petua guna lada hitam atasi mabuk kenderaan

Bahan-bahan:

Beberapa biji lada hitam
Pita pelekat

IKLAN

Anak ‘Mabuk’ Bila Naik Kenderaan, Boleh Cuba Petua Ini, Guna Bahan Dapur Saja

Anak ‘Mabuk’ Bila Naik Kenderaan, Boleh Cuba Petua Ini, Guna Bahan Dapur Saja

Caranya:

Lekatkan lada hitam pada selotep, kemudian tampal pada pusat anak. Pastikan lada hitam berada pada tepat lubang pusat anak. Selamat mencuba!

Sumber: Pengiran M. Nizam Rahman

IKLAN

Baca artikel lain juga: Mujur Sempat Kunci Pintu Lelaki Mabuk Cuba Buka Pintu Kereta Bahagian Tempat Duduk Anak

Nak Cepat Kurus Dalam Pantang, Cuba Resipi Ikan Tenggiri Rebus Kunyit Lada Hitam Ni!

Resepi Sup Ayam Lada Hitam Sesuai Untuk Ibu Berpantang

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI