Salah satu lauk yang menjadi kegemaran kita adalah ikan kembung. Tapi bila mahu dimakan ia bertulang. Apatah lagi jika anak-anak kita penggemar ikan, jenuh nak tolong asingkan isi dengan tulang untuk mereka.
Satu cara untuk memudahkan anak makan ikan tanpa kita perlu rasa risau adalah dengan membuang tulang itu semasa menyiangnya. Tak perlu potong isi ikan, dengan teknik yang betul boleh buat kita tarik keluar tulang tanpa menjejaskan bentuk ikan.
Kadar kelahiran China jatuh ke paras terendah dalam sejarah apabila hanya 7.92 juta kelahiran direkodkan sepanjang tahun 2025. Data rasmi kerajaan menunjukkan kadar kelahiran kini berada pada 5.63 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk, iaitu rekod paling rendah sejak Biro Perangkaan Kebangsaan (NBS) mula merekodkan data kelahiran pada tahun 1949.
Keadaan ini mencetuskan kebimbangan besar kerana ia berlaku ketika China mencatatkan penurunan populasi untuk tahun keempat berturut-turut, meskipun pelbagai usaha telah dilakukan kerajaan bagi menggalakkan perkahwinan dan meningkatkan kesuburan dalam kalangan pasangan muda.
Trend ini memperlihatkan perubahan besar dalam struktur demografi negara itu, sekali gus memberi tekanan jangka panjang terhadap ekonomi, pasaran buruh dan sistem sokongan sosial.
Bagi menangani krisis ini, kerajaan China dilaporkan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk menawarkan subsidi penjagaan kanak-kanak, bantuan kewangan kepada keluarga muda, serta langkah luar biasa seperti mengenakan cukai ke atas kondom.
Langkah-langkah ini diperkenalkan ketika negara itu berdepan populasi yang semakin menua dengan pantas serta kebimbangan terhadap kekurangan tenaga kerja muda pada masa hadapan.
Namun begitu, realiti menunjukkan bahawa kadar kelahiran China masih gagal dipulihkan dan terus menunjukkan trend penurunan secara konsisten sepanjang dekad lalu.
Walaupun dasar satu anak telah dimansuhkan dan digantikan dengan polisi lebih fleksibel, kesan psikologi dan ekonomi dasar tersebut masih membayangi keputusan pasangan muda untuk berkahwin dan menambah anak.
Antara faktor utama yang dikenal pasti menyumbang kepada kejatuhan ini ialah kos membesarkan anak yang semakin tinggi, tekanan kerjaya, kos pendidikan, perumahan serta kebimbangan terhadap kestabilan kewangan jangka panjang.
Situasi ini turut memberi kesan langsung kepada kadar perkahwinan di China yang kini berada pada paras terendah dalam sejarah. Ramai pasangan muda memilih untuk menangguhkan perkahwinan, malah ada yang mengambil keputusan untuk tidak mempunyai anak langsung.
Bagi generasi muda, isu kadar kelahiran China bukan lagi sekadar soal keinginan peribadi, sebaliknya melibatkan komitmen besar yang memerlukan kestabilan emosi, kewangan dan sokongan sosial yang kukuh.
Dalam tempoh yang sama, China merekodkan 11.31 juta kematian pada tahun 2025, bersamaan kadar 8.04 kematian bagi setiap 1,000 penduduk.
Keadaan ini menyebabkan populasi China menyusut sebanyak 2.41 orang bagi setiap 1,000 penduduk, menurut data rasmi NBS.
Ketidakseimbangan ini memperlihatkan jurang yang semakin besar antara kelahiran dan kematian, sekali gus menjadi amaran awal terhadap masa depan struktur keluarga, sistem pencen serta pertumbuhan ekonomi negara.
Apa yang berlaku di China sebenarnya mencerminkan realiti global yang turut dihadapi oleh banyak negara lain, khususnya negara maju dan membangun.
Tekanan kos sara hidup, tuntutan kerjaya, perubahan gaya hidup serta cabaran membesarkan anak menjadi faktor utama yang mempengaruhi keputusan pasangan muda hari ini.
Bagi ibu bapa dan pembuat dasar, isu kadar kelahiran China menjadi peringatan penting bahawa sokongan menyeluruh kepada keluarga, kesejahteraan mental ibu bapa serta sistem sokongan kanak-kanak yang mampan amat diperlukan demi memastikan kelangsungan generasi akan datang.
Siapa sangka dengan hanya keinginan mahu bergambar bersama kereta impian akhirnya anak kecil bertuah dipelawa pemilik kereta tersebut untuk turut sama berada di dalam kereta.
Menerusi Tik Tok, tular video seorang bapa yang merakam gambar anak lelakinya bersama sebuah kereta mewah jenis Lamborghini berwarna kuning yang diletakkan di tempat parkir.
Untungnya, pemilik kenderaan itu secara tiba-tiba mendekati anak beranak yang sedang bergambar dikeretanya dan menyapa keluarga kecil itu.
Tidak hanya menyapa bahkan dengan bermurah hati, pemilik kereta yang dikenali sebagai Vincent Poh itu turut sama mempelawa kanak-kanak lelaki tersebut masuk ke dalam keretanya dan merasai sendiri pengalaman di dalam kereta mewah itu.
Momen paling bermakna buat anak kecil ini turut dirakam menerusi akaun Tik Tok Vincent, @lambobossvincentpoh.
Paling menarik dan beruntung bila mana si bapa yang terkejut disapa pemilik kenderaan itu kemudian sekali lagi merakam gambar anaknya yang dilihat cukup gembira berada dalam kereta itu sambil diperhatikan Vincent.
Meninjau di ruangan komen, sifat rendah diri pemilik kenderaan ini rata-rata dipuji wargamaya.
Malah Vincent sendiri tampil menjawab pelbagai persoalan dengan begitu baik serta turut memberi semangat anak kecil itu untuk berjaya memiliki kenderaan mewah dan meraih kejayaan suatu hari nanti.
Bukan mudah hendak mengekalkan rumah tangga yang kekal harmoni dan bahagia. Namun pasangan serasi ini, Norman Hakim dan Memey Suhaiza sering menjadi inspirasi bagi semua pasangan. Bukan hanya kebahagiaan yang jelas terpancar, bahkan keluarga besar mereka bersama Abby Abadi dan suaminya menjadikan keluarga ini cukup memberi inspirasi kepada semua.
Rupanya ada rahsia yang dikongsikan oleh Memey dalam kehidupan berumah tangganya bersama Norman Hakim. Makan bersama dan curi masa untuk berdating berdua adalah tip bahagia pasangan ini.
Memey berkongsi cerita itu menerusi satu entri di instagram miliknya. Kata Memey lagi, dia dan suami memang berbeza sikap. Pun begitu mereka sangat serasi dalam sesetengah perkara.
“Kami..kalau bab perangai 100% berbeza. Tapi kalau bab makan 100% sama! Masing-masing teruja bab makan.
“Dah makan kat rumah, boleh sambung lagi makan kat luar. Bab makan ni tak payah tunggu mengidam, sebut je, laju je suami terus ajak sebab kita orang memang sejenis kaki makan, ” katanya berkongsi.
Ternyata video yang dikongsikan oleh Memey itu cukup membuktikan kebahagiaan mereka bersama. Makan sambil bersuap. Cukup romantis.
Cuba Cari Masa
Kata Memey lagi, walaupun sibuk macam mana pun, dia dan suami akan mencuba waktu untuk keluar ‘dating’ bersama tanpa ketiga-tiga anak mereka. Inilah rahsia mereka.
” Memang akan ada selalu moment berdua macam ni. Moment penting untuk kita orang.
“Sibuk macam mana pun kita orang akan sentiasa cari ruang dating berdua je sebab time ni kita orang boleh fokus bercinta. Guna peluang & ruang sebaik mungkin untuk sentiasa hargai satu sama lain,” kata Memey lagi.
Sembilan Tahun Bersama
Rupanya pasangan bahagia ini bakal menyambut ulang tahun ke sembilan perkahwinan mereka. Bukan satu tempoh yang mudah namun mereka sudah membuktikannya. Semoga semuanya baik-baik sahaja buat pasangan romantis ini.
“Sikit hari lagi nak masuk anniversary ke 9 tahun. Cepat je masa berlalu.
“Saya doakan semoga kita semoga hidup sentiasa dalam berkasih sayang kerana Allah. Jaga diri baik-baik, jaga pertuturan, jaga semuanyalah. Semoga yang baik-baik juga didekatkan dengan kita semua, ” katanya lagi.
Norman Hakim dan Memey Suhaiza dinikahkan pada 24 September 2011 dan bakal memasuki usia sembilan tahun perkahwinan mereka beberapa hari sahaja lagi.
Mereka dikurniakan tiga orang anak penyeri bahagia mereka, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergauk dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.