Salah satu lauk yang menjadi kegemaran kita adalah ikan kembung. Tapi bila mahu dimakan ia bertulang. Apatah lagi jika anak-anak kita penggemar ikan, jenuh nak tolong asingkan isi dengan tulang untuk mereka.
Satu cara untuk memudahkan anak makan ikan tanpa kita perlu rasa risau adalah dengan membuang tulang itu semasa menyiangnya. Tak perlu potong isi ikan, dengan teknik yang betul boleh buat kita tarik keluar tulang tanpa menjejaskan bentuk ikan.
Teknik ini telah dikongsikan oleh Nana Mea Soffea.
1. Siang ikan macam biasa. Potong pada bahagian tulang yang menghubungkan badan dan kepala. Kemudian bersihkan.
2. Tumbuk badan ikan supaya tulangnya bercerai.
3. Picit bahagian tulang belakang ikan dan tulang bahagian bawah sehingga hujung.
4. Kemudian patahkan tulang pada bahagian ekor.
5. Gunting tulang utama pada bahagian leher ikan. Pegang badan ikan kuat-kuat dan tarik. Semua tulang yang ada akan keluar waktu ini.
Selamat mencuba!
Artikel Menarik: [Anak Tak Suka Makan Ikan Sebab Tulang Banyak. Boleh Buat Resipi Ikan Celup Tepung Mudah, Sedap]
Artikel Menarik: [5 Resipi Ikan Yang Bagus Untuk Perkembangan Otak Anak]