Anak Malu & Takut Jumpa Orang, Ini Caranya Bagi Cepat Mesra. Bukan Paksa!

Share

“Dekat rumah elok, tapi nampak orang ramai automatik malu. Puas pujuk anak last-last jadi pemerhati je.” Ini antara luahan ibu bapa yang anaknya malu dan takut bersosial. Bila difikirkan sampai bila kan?

Menurut Puan Uswatun Hasanah, anak yang dalam kategori ini akan ambil masa sedikit. Jadi ibu bapa kena main peranan dan tiap kali bercakap dengan anak, perbetulkan ayat yang keluar dari mulut kita. Berikut antara penjelasan lebih lanjut.

Percayalah jika saya kata topik ini AMAT dekat dengan saya. Anak kedua saya merupakan seorang anak yang suka menyendiri sewaktu kecil. Suka main sendiri, suka buat hal sendiri. Bukan jenis budak yang akan mulakan langkah pertama untuk pergi menyapa rakan atau pergi dekat dengan kanak-kanak lain.

Jika ada anak orang lain yang mendekati atau cuba nak bermain dengannya, dia buat selamba macam tak nampak saja. Kurang pandai nak jadi ‘friendly’ dengan rakan asing. Untungnya, dia bukan jenis yang akan menangis ketakutan bila di dalam sebarang situasi sosial. Cuma dia seolah jadi ‘shut down’.

Entah kenapa, hal ini cuma berlaku apabila di luar rumah. Sedangkan dia amat meriah bila bersama abangnya atau sepupunya. Hal ini buat saya agak stres kerana setiap kali kami berkumpul bersama jiran-jiran di taman permainan rumah kami, dia seorang saja yang akan melekat di tepi saya atau bermain sendirian di tepi taman. Rasa kasihan pun ada bila tengok dia bermain sendiri. Tapi yang peliknya, dia pula seperti enjoy dengan hal tersebut. Saya saja sebagai maknya yang rasa tak enjoy.

Jujur, saya ada rasa “Apalah yang tak kena dengan dia ni?”. Tambah resah bila orang lain juga mula bertanya tentang kelakuannya. Maka dalam terdesak , saya mula mengugut dan memaksanya untuk keluar sertai rakan lain bermain di taman hampir pada setiap petang. Ke tahap saya sengaja keluar bersama abangnya ke taman di depan rumah pura-pura mahu meninggalkannya sendirian didalam rumah (jarak pagar rumah dan taman cuma +/- 5meter).

Bila dia melekat saja di tepi saya semasa di taman, saya bagai ‘menghalaunya’ untuk dia pergi dari saya. Saya bagai mendapat kesedaran bila pada satu hari saya melihatnya sangat sedih ➡️ terpaksa keluar dari rumah kerana takut ditinggal sendiri dan dalam masa yang sama ‘dihalau’ dari berada berdekatan dengan mamanya sendiri. Dia bagai ‘lost’ dan menyendiri dalam kesedihan.

Bagai ada satu suara dalam kepala saya yang berkata ” Bagaimana dia dapat bermain jika rasa terpaksa dan sedih, dan bagaimana pula rakan lain dapat rasa tertarik untuk mendekatinya jika dia kelihatan seperti seorang budak yang menyedihkan?”.

Dalam rasa bersalah yang amat, saya cari tahu cara untuk bantu anak saya bersosial. 8-9 tahun dulu saya tak ‘terjumpa’ sebarang panduan khusus namun saya faham kunci ideanya iaitu “Jangan Paksa”.

Saya belajar ‘let go’ perasaan nak anak hebat bersosial dengan serta-merta. Saya pilih untuk berinya sebanyak masa yang dia perlukan untuk rasa bersedia. Saya sedar punca utama saya rasa tertekan nak segera anak hebat bersosial adalah kerana:

– Saya rasa sedih bagi pihaknya yang nampak macam tiada kawan. Sedangkan dia OK dan happy saja. Kenapa pula saya yang nak sedih lebih-lebih bagi pihak dia?
– Saya rasa stres sebab saya rasa anak saya nampak tak normal. Tak macam anak orang lain yang pandai berkawan dan paling penting, tak seperti abangnya sendiri yang peramah dan ‘out going’. Saya lupa hakikat setiap anak unik dan ada personaliti tersendiri.
– Saya rasa malu dengan apa yang orang lain mungkin fikir tentang anak saya. Tapi…. itu cuma perasaan saya saja. Entah-entah orang lain bukan kisah sangat dan tak ada masa nak fikir lebih-lebih tentang anak orang lain.

Hasilnya:

Dia berkembang elok menjadi ‘anak normal’ yang suka bermain. Hampir setiap hari, sekitar jam 5 -6 petang, pasti loceng rumah kami akan berbunyi ditekan oleh rakan-rakannya tanda ajak bermain di taman.

Malah dia jadi anak yang mudah empati bila melihat budak lain malu-malu atau tak diendahkan.

Untungnya kini saya terjumpa modul menggendalikan pelbagai isu tingkahlaku toddler yang lengkap dengan skrip dan langkah demi langkah oleh pakar toddler. Nah, saya kongsikan percuma buat anda, salah satu isu popular toddler. Semoga membantu!

Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN DAN TIDUR BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
BIG LITTLE FEELINGS

Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
Wan Amy