Menjadi seorang ibu adalah momen terindah. Tidak terasa masa berlalu, cahaya mata yang dulu masih kecil kini semakin membesar.
Menjaga dan mendidik anak yang masih kecil memerlukan komitmen tinggi. Penat yang dirasakan masa anak masih kecil pasti akan dirindui kedua-dua ibu dan ayah apabila permata hati besar nanti.
Pelakon dan pengacara, Raja Farah tidak terkecuali melalui situasi ini. Ibu kepada dua anak lelaki bernama Imran, 4 bulan dan Ilham, 3 tahun ini merasakan cepatnya masa berlalu.
Artikel berkaitan: Kami Dah Berempat! Raja Farah Selamat Lahirkan Anak Lelaki Kedua Seberat 3.45 Kilogram
“Tak lama lagi Ilham nak masuk umur 4 bulan dah…cepat betul masa berlalu…2 months after that, ilham dah boleh start makan..
“Anak2 ni masa kecik je kita rasa penat & renyah nak menjaga…bila mereka dah Besar, kita akan rindu masa dorang kecik...
“But of course, bila mereka dah besar, cabaran lain pulak yg dtg…but it’s okay..we mother will do our best for our kids kan..?
ANAK SULUNG PERLUKAN PERHATIAN
Beberapa minggu lalu, Raja Farah yang turut berkongsi bagaimana anak sulungnya, Imran yang cranky kerana memerlukan perhatian daripada dirinya lebih daripada bayi. Bagaimana pun ibu muda ini berpegang kepada prinsip untuk sentiasa bertenang & bersyukur dengan kurniaan Allah.
“Imran skrg selalu jugak cranky…he demands my attention so much..like all the time he wants me to layan him, play with him, watch tv with him…and I can’t even hold or carry the brother, Ilham.
“Kalau dukung je Ilham, Imran akan say “no mama..kakak dukung adik…” (kakak is our helper) nak tak nak, kena jugak layan Imran more than ilham…sbb for now ilham masih kecik, he don’t know anything yet..
“But so far Imran been a very good big brother to ilham..He will layan baby talk with Ilham, he will try to feed Ilham bottle, he will try to calm Ilham down when he is crying…so above all, I’m feeling so grateful & thankful to Allah…he is the best planner of all..Syukur Alhamdulillah….
“Raising kids can be so tough & hard…but always remember to keep calm, to always bersyukur to Allah…and always be positive that Allah will ease our journey in raising our kids…InsyaAllah…
Any of you guys facing the same situation like me.? Anak sulong dah mula cranky bila dah ada adik..? Share please…
Warganet turut berkongsi pengalaman berhadapan situasi ini. Rupanya ramai yang turut menghadapinya apabila munculnya anak kedua dalam keluarga.
CRANKY BILA BARU DAPAT ADIK
JANGAN LUPA TERANGKAN & BANYAK GUNA TAKTIK PSIKOLOGI
Sumber: rajafarahraziz
Artikel berkaitan: “Husband Nak Baby Girl Ni, Mama Belum Boleh Rest Lagilah”. Suami Raja Farah Bagi Hint