Pada usia baru mencecah enam tahun, D Devakshean, seorang kanak-kanak lelaki yang luar biasa pintar, telah mencipta sejarah apabila berjaya mengenal pasti 65 mata wang asing dari pelbagai negara dalam masa hanya satu minit. Kejayaan ini sekali gus melayakkan namanya tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai pemegang rekod “Mata Wang Asing Terbanyak Dikenal Pasti oleh Seorang Kanak-Kanak dalam Satu Minit”.
Ibunya, G Devamalar, 37, yang berasal dari Negeri Sembilan, mendedahkan bahawa minat Devakshean terhadap simbol-simbol negara seperti bendera telah mula ditonjolkan sejak usia setahun. Ketika itu, beliau sudah mampu mengenal pasti dan menyebut bendera Malaysia dengan tepat.
“Sejak dia kecil, memang nampak kebolehan luar biasanya. Apabila tunjuk gambar atau bendera, dia cepat ingat. Daripada situ, kami mula melatihnya dan pada usia dua tahun, dia mencipta rekod dengan mengenal pasti lebih 200 negara serta bandar,” jelas Devamalar.
Menurutnya lagi, daya ingatan Devakshean sangat mengagumkan. “Apa saja kami tunjuk, dia boleh ingat bukan hanya bendera dan nilai mata wang asing tetapi juga banyak lagi. Dia boleh ‘tangkap’ dengan cepat,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan sijil pengiktirafan MBR oleh wakil MBR, V Menaga.
Devamalar turut berkongsi bahawa beliau dan suaminya, A Devakumaran, 41, sangat menyokong perkembangan anak tunggal mereka itu. Malah, mereka meluangkan masa sebulan khas untuk melatih Devakshean sebelum membuat permohonan kepada MBR tahun ini.
“Anak saya suka tengok YouTube. Justeru, kami muat naik bahan-bahan seperti senarai mata wang asing dan sebagainya ke YouTube dan dia belajar sendiri melalui platform itu,” katanya lagi.
Selain daripada minatnya terhadap pembelajaran digital, Devakshean juga lebih cenderung membaca buku dan belajar sendiri berbanding bermain seperti kanak-kanak lain. “Itu memang tabiatnya, kami tidak pernah paksa…itu memang minat dia,” tambah ibunya.
Devamalar berharap kejayaan luar biasa anaknya itu akan membuka lebih banyak peluang pada masa akan datang, termasuk menyertai Guinness World Records serta mengembangkan potensi lain yang dimiliki oleh Devakshean.
“Sekarang, orang ramai belum kenal dia. Saya harap melalui hebahan media ini, lebih ramai tahu mengenai dia dan dia dapat peluang ke peringkat lebih tinggi,” katanya dengan penuh harapan.
Devakshean, yang dilahirkan pada 10 September 2019, turut menyatakan bahawa dia sangat menyukai bendera Malaysia serta gemar akan subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Tambah mengagumkan, dia juga mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang anggota bomba suatu hari nanti.
SUMBER: BERNAMA,SINAR BESTARI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa rasa bersalah dan bimbang bila bagi anak guna gajet boleh beri kesan negatif pada perkembangan mereka.
Sebenarnya sukar untuk elak si kecil daripada menggunakan gajet pada zaman sekarang. Rata-rata si kecil semakin bijak ‘explore’ penggunaan gajet bahkan kadangkala lebih advance daripada ibu dan ayah.
Lepas baca penjelasan Dr Airil Haimi Mohd Adnan, Ketua Pusat Pengajian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perak dan Penyelidik aktif psikologi perkembangan tahun awal serta sosiologi pendidikan usia praformal, barulah rasa lega sebab bagi anak guna gajet.
Ibu Bapa Kena Patuhi Syarat
Sukar untuk kita mencari pakar perkembangan kanak-kanak yang menentang penggunaan komputer tablet oleh kanak-kanak awal usia (0-3 tahun) dan juga yang baru meningkat ke alam pendidikan praformal (4-6 tahun ke atas). Tetapi ada satu prasyarat yang perlu dipatuhi. Penggunaan komputer tablet WAJIB dikawal dari sudut masa dan juga tempat.
Fikirkanlah! Perkara yang baik pun kalau melampau-lampau akan membawa mudarat. Terlalu banyak minum, terlalu banyak makan, terlampau lama mandi, terlampau taksub bersenam, terlalu asyik berfikir sekali pun – semua perkara baik ini, TANPA kawalan akan membawa bahaya tanpa kita sedari.
Yang pasti, untuk anak-anak papa dan mama sekalian, mereka bukan hidup pada zaman Jurassic! Maka, untuk menidakkan penggunaan komputer tablet, telefon pintar atau gajet lain kepada mereka tidak masuk akal malah akan memperbodohkan kanak-kanak itu. Tablet adalah keperluan masa hadapan yang wujud dalam dunia kita pada hari ini.
Tablet Sebagai Terapi Bukan Penenang
“Tapi, kami dengar cerita ada seorang budak jadi terencat akal sebab tablet…”
Satu kisah ‘lagenda’ tentang bahaya tablet kepada kanak-kanak dikongsi oleh Dr Richard Graham, pakar perubatan yang ‘merawat’ kes anak kecil 4 tahun yang ‘ketagihan’ iPad. Namun, beliau sebagai perunding Hospital Capio Nightingale, London tidak percaya kanak-kanak akan menjadi ‘penagih teknologi’ yang sama kelas dengan penagih dadah.
Di Malaysia, cerita dongeng tentang bahaya tablet bermula apabila kumpulan penyelidik sebuah IPT kononnya telah dapat melihat hubung kait antara komputer tablet dengan kerencatan otak serta perkembangan kanak-kanak. Satu Malaysia pun terus menjadi takut dan komputer tablet menjadi hantu syaitan yang ditakuti.
Realitinya? Penggunaan tablet kini menjadi salah satu terapi untuk merawat kecederaan otak. Dan, penggunaan tablet yang terkawal dengan aplikasi-aplikasi (apps) yang sesuai dengan usia kanak-kanak 0-6 tahun, lebih-lebih lagi yang berbentuk pengajaran dan pembelajaran, kita terbukti membantu dan mendorong tahap perkembangan mereka!
“Tapi, kawan kami, anak dia sampai tidak boleh berenggang dengan tablet…”
Fikirkanlah! Adakah ini bukti bahaya komputer tablet? Atau adakah ini bukti mama dan papa yang gagal mendidik si kecil mereka dengan sebaiknya? Yang menjadi masalah besar hari ini ialah tablet digunakan seperti puting getah yang kita sumbat ke dalam mulut bayi untuk menenangkan mereka dan menyuruh mereka senyap!
Tablet adalah gajet atau peranti yang bukan bersifat penenang. Tetapi, kita lihat papa dan mama di luar sana kerap memberikan tablet atau telefon pintar kepada si kecil ketika mereka sedang makan di luar, misalnya. Apabila si kecil itu terleka maka mama dan papa pun boleh makan dengan tenang, bukan?
Dari perspektif psikologi setiap yang dibiasakan pasti menjadi kebiasaan, proses ini dipanggil pelaziman (habituation). Nah, apabila si kecil lazim mendapat ‘ketenangan’ dan leka apabila diberikan tablet atau telefon pintar, kita yang dewasa ini menuduh kanak-kanak tidak boleh berenggang dengan gajet. Salah siapa sebenarnya sedari awal?
Aplikasi Tablet Bantu Perkembangan Anak
“Tapi, anak jiran kami, lepas pakai tablet jadi anti-sosial dan lambat bercakap…”
Salah satu kecaman yang sering diberikan kepada komputer tablet dan gajet lain ialah peranti-peranti moden ini menjadikan kanak-kanak anti sosial, melambatkan proses percakapan dan juga melambatkan penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) yang wajib untuk proses persekolahan kelak!
Maka, papa dan mama yang kononnya prihatin pun terus mengharamkan komputer tablet daripada kehidupan anak kecil mereka. Namun, dalam dunia di mana mesin-mesin yang menggunakan skrin sesentuh (touchscreens) semakin berleluasa, adakah mama dan papa sedar bahawa tindakan ini tidak bijak malah bakal membantutkan perkembangan?
Bahayanya apabila si kecil tidak tahu menggunakan komputer tablet!
Kekadang lucu apabila kita memikirkan ramai orang yang bercakap mengenai kanak-kanak dan perkembangan, tidak mempunyai pandangan dunia dan maklumat sahih tentang dunia kanak-kanak serta pendidikan. Isu ini menjadi lebih kritikal apabila wujud pula ‘pakar-pakar’ yang bercakap kosong tanpa ilmu dan bukti saintifik.
Bahaya sebenar hari ini ialah apabila si kecil anda tidak tahu menggunakan komputer tablet sedangkan dunia kita semakin dipenuhi gajet-gajet dengan skrin sesentuh dan yang seumpamanya. ‘Mengharamkan’ tablet kepada si kecil anda bukan hanya tidak adil malah akan membawa kerugian kelak (kerana anak anda akan menjadi seperti dinosaur).
Sekali lagi DITEKANKAN, penggunaan komputer tablet yang terkawal dari sudut masa, dan tempat, ditambah aplikasi-aplikasi (apps) yang sesuai untuk kanak-kanak 0-6 tahun, sudah terbukti sebagai pendorong perkembangan awal usia. Malah, pada hari ini menjadi suatu keperluan dari perspektif pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak terlalu diam, ramai ibu bapa mula rasa risau. Tak pandai bersosial ke? Tak pandai bercakap ke? Atau sebenarnya ada yang tak kena? Ramai yang tak sedar, ‘anak pendiam’ bukan semestinya anak yang bermasalah. Tapi diam yang berpanjangan tanpa komunikasi juga boleh jadi tanda awal sesuatu yang perlu diberi perhatian. Artikel ini akan bantu ibu bapa kenal pasti perbezaan antara anak yang sememangnya introvert dan anak yang mungkin sedang menahan perasaan atau trauma secara senyap.
Ada anak yang secara semula jadi lebih suka menyendiri, main sorang-sorang, atau ambil masa sebelum selesa dengan orang. Ini bukan masalah. Ini gaya personaliti – dipanggil ‘introvert’. Mereka lebih fokus, lebih suka pemerhatian dari jauh, dan biasanya bijak menyusun kata bila dah selesa. Ibu bapa perlu faham dan terima, bukan paksa anak jadi ‘peramah’ seperti yang dimahukan masyarakat.
Fakta menarik: Kajian dari University of Wisconsin menunjukkan bahawa otak introvert lebih aktif dalam kawasan berkait pemprosesan maklumat dalaman – sebab tu mereka perlukan lebih masa untuk respon dalam perbualan.
Tapi bukan semua diam itu sihat. Jika anak:
Tahukah anda? Selective mutism bukan bermakna anak degil – ia gangguan anxiety di mana anak hanya boleh bercakap dalam situasi tertentu yang dia rasa sangat selamat.
Beberapa sebab yang boleh jadi punca:
Kisah benar: Seorang guru bercerita, ada murid yang tidak pernah bersuara langsung selama 6 bulan pertama persekolahan. Rupa-rupanya dia trauma selepas menyaksikan pergaduhan serius di rumah. Selepas intervensi lembut dan sokongan emosi, anak ini mula bercakap sepatah demi sepatah.
Tip praktikal: Gunakan “emotion cards” di rumah untuk bantu anak kenal pasti perasaan mereka dengan mudah dan seronok.
Bandingan seperti “kenapa tak macam abang/kakak?” hanya buat anak rasa dia ‘salah’. Semua anak unik, dan yang pendiam pun ada cara sendiri untuk menyerlah. Yang penting, ibu bapa jadi tempat anak rasa selamat untuk jadi diri sendiri, bukan jadi apa yang orang nak.
Petua: Luangkan masa one-on-one walau hanya 10 minit sehari untuk tanya soalan terbuka seperti “Apa benda paling menarik hari ni?” – anak lebih mudah terbuka bila tahu kita benar-benar nak dengar.
Anak pendiam bukan bermakna dia tak normal. Tapi diam yang menyembunyikan tangisan jiwa perlukan perhatian dan belas dari ibu bapa. Jangan tunggu anak bercakap, baru nak dengar. Mungkin selama ni, diam dia pun sedang ‘bercerita’. Jadilah pendengar walau tiada suara – kerana kasih ibu bapa bukan hanya melalui kata, tapi juga dari mata yang faham dan hati yang peka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!