Demi kasih seorang ibu yang masih menyusukan anaknya, Leez Rosli sanggup melupakan seketika minat dalam bidang lakonan.
Selepas bergelar isteri kepada vokalis Drama Band, Aepul Roza, bakat yang dicungkil menerusi program realiti, Akademi Fantasi ini mula menyepikan diri dari bidang lakonan sejak lebih empat tahun.
Leez mengakui sebenarnya dia rindu untuk kembali berlakon, tetapi terpaksa menolak sebarang tawaran kerana sukar berjauhan dengan anaknya, Nur Saffiya Alisha, 2, selain sibuk menguruskan perniagaan tudung secara online yang baru diceburi.
Ads
Memikirkan jadual penggambaran yang pasti akan mengambil masa panjang, Leez yang juga tidak mempunyai pembantu rumah lebih selesa menguruskan sendiri anaknya selain tidak boleh berjauhan dengan anak tersayang.
“Susah untuk tinggalkan Alisha kepada orang lain kerana dia masih menyusu badan. Tunggu sedikit masa lagi apabila saya betul-betul bersedia.”
Walau bagaimanapun Leez bersyukur dengan kehidupan yang dilalui sejak bergelar isteri dan ibu.
Perniagaan tudung Saffiya by Leez Rosli yang diusahakan sejak Disember lalu semakin mendapat sambutan dan membuatkan dia perlu ligat dan aktif menguruskan permintaan pelanggannya.
Ads
Malahan sepanjang bulan Ramadan ini, Leez turut sibuk berniaga di Festival Ramadhan Putrajaya 2018 menjual tudung bawal yang sering digayakan olehnya sendiri.
Nampaknya walaupun komitmen terhadap keluarga dan perniagaan membataskan dirinya untuk aktif dalam bidang seni, namun pelakon yang juga masih meminati bidang nyanyian ini mengakui kehidupan yang dilalui hari ini lebih baik dan tiada apa lagi yang hendak dicari lagi.
Bayi lahir ‘missing finger’ ibu jadi sebak, “jari adik Allah simpan di syurga kan mummy?” Hati ibu mana yang tidak sedih bila mengetahui bayi dalam kandungannya disahkan mengalami missing finger pada tangan kanan.
Bayi Lahir ‘Missing Finger’ Ibu Jadi Sebak
Amira Bongsu dan suaminya terkilan sebaik mengetahui perkara itu namun mereka kekal positif dan berharap paparan skrin yang ditunjukkan adalah tidak benar. Perkara itu diketahui ketika kandungannya berusia 27 minggu sewaktu melakukan imbasan ultrabunyi.
“Sebelum ini ketika mengandungkan tiga orang kakaknya, saya tidak pernah buat imbasan kandungan. Entah bagaimana perasaan saya kuat sangat untuk lakukannya… seolah-olah ALLAH SWT nak tunjuk sesuatu.
“Memang sangat terkejut masa itu tetapi saya dan suami fikir positif serta berdoa semoga ada keajaiban yang berlaku,” kata Amira.
Menurut Amira yang berusia 30 tahun, perkara pertama yang menjadi tumpuan setelah melahirkan Muhammad Syauqi Mateen adalah tangan kanan anak bongsu daripada empat beradik itu.
Amira memaklumkan, tiada apa yang hendak dimalukan dengan kekurangan yang dimiliki anaknya kerana ia merupakan amanah daripada ALLAH SWT. Dia mengakui bahawa air matanya mengalir sebaik sahaja melihat keadaan tersebut kerana mengagumi ciptaan ALLAH.
“Jari Adik Allah Simpan Di Syurga Kan Mummy?”
“Masa itu… tidak terkata. Hanya air mata yang mengalir laju. Alhamdulillah lahir sahaja Muhammad Syauqi Mateen, saya terus maklumkan kepada keluarga mengenai keadaannya.
“Mereka semua banyak memberi sokongan dan sentiasa positif sampaikan anak kedua saya Shasha Maisarah, 5, cakap ‘jari adik ALLAH SWT simpan disyurga, kan mummy’ dan hanya ALLAH SWT sahaja tahu perasaan saya ketika itu,” jelasnya.
Dalam pada itu Amira memaklumkan, tiada apa yang hendak dimalukan dengan kekurangan yang dimiliki kerana ia merupakan amanah daripada ALLAH SWT.
Ujarnya, ibu bapa yang turut mengalami situasi sama perlu sentiasa tabah dan mengabaikan perkara atau percakapan negatif orang sekeliling.
“Apa pun keadaan anak kita, terimalah dengan hati yang terbuka kerana ia terlahir dari rahim kita. Abaikan kata-kata kurang menyenangkan kerana anak perlukan sokongan kita sebagai ibu dan ayah.
“Istimewanya kita sebagai penjaga ahli syurga dan betapa istimewanya kita menjadi orang yang diharapkan ALLAH SWT untuk menjaga amanah-Nya,” katanya.
Sejak dilahirkan pada 4 Mei lalu, pelbagai cabaran dilalui namun kecomelan si kecil, Muhammad Syauqi Mateen mencairkan hati ramai.
Perkongsian Amira menerusi akaun TikToknya, amierahb mendapat perhatian ramai warga maya. Mereka turut memberi memberi sokongan kepada Amira sekeluarga agar terus tabah dan kuat.
Betullah orang kata kasih nenek atau datuk pada cucu segalanya. Kadang dengan anak sendiri tak dapat layanan ‘first class’. Kalau boleh demi cucu sanggup buat apa saja. Kadang bila kita tegur anak sendiri depan datuk atau neneknya, kita yang kena marah. Situasi seperti ini memang normal.
Seperti perkongsian Dr Amalina Che Bakri, pakar bedah kelahiran Malaysia yang bertugas di London, baru-baru ini dia telah selamat melahirkan bayi perempuan yang dinamakan Arabella Mia.
Umum mengetahui kelahiran bayi tersebut juga sangat ditunggu-tunggu oleh ibu Dr Amalina kerana ini adalah cucu pertamanya.
Sementara itu, mama Dr Amalina, Sabariah Hassan ada menyatakan akan tinggal di London selama sebulan untuk menjaga Amalina dan cucunya sepanjang berpantang.
Tak lupa juga mamanya turut membawa tungku dari Malaysia dan senarai menu untuk sepanjang dia menjaga Amalina dalam pantang.
Terbaru di instagram Dr Amalina, dia ada memuat naik gambar Arabella bersama mamanya yang dipanggil Tok Ma sedang memangku cucu sulung.
Jelas kelihatan riak wajah gembira Tok Ma bila dapat jumpa cucu depan mata selepas 26 jam menempuh perjalanan dari Malaysia ke London.
Apa yang membuatkan Tok Ma lagi gembira apabila baju kurung yang dijahitnya sebelum berlepas ke London sedang elok dipakaikan pada Arabella sekali dengan hiasan kepala.
Begitu cantik sekali Arabella menggayakan persalinan baju kurung tersebut, dengan wajah mix nya cute sangat.
“Bella memakai sepasang baju kurung yang dibuat khas oleh Tok Ma,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet gembira dan memuji kecomelan Arabella yang macam anak patung dalam persalinan baju kurung.
“Cute sangat Bella..”
“Dua-dua cantik..”
Sebelum ini, Dr Amalina Bakri telah berkongsi ilmu penjagaan lepas bersalin setelah ramai yang bimbang akan dirinya sudah keluar bersiar-siar selepas empat hari melahirkan anak.
Dr Amalina menjelaskan caranya berpantang adalah seperti yang disarankan oleh pakar obstetrik dan pengalamannya sebagai seorang doktor.
Ini rupanya cara Sariyanti maintain susu ibu untuk bayinya, Dariya Inara. Walau pun berstatus selebriti, ibu muda ini tidak lokek info bila ada peminat bertanya mengenainya.
Sariyanti yang telah memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan pertamanya iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq mendedahkan ada ibu yang bertanya kepadanya bertanyakan tentang jenis susu yang diberikan kepada Dariya Inara, 3 bulan. Ia didedahkan oleh Sariyanti menerusi IG story.
Isteri Jep Sepahtu ini rupanya memberikan Dariya Inara yang kini berusia 3 bulan susu ibu. Bertuah si comel Dariya kerana mendapat khasiat dan kebaikan yang tiada tolok bandingnya menerusi penyusuan susu ibu.
Ada ibu yang telah memberitahu Sariyanti yang dia terpaksa memberikan susu formula kepada bayinya kerana susu ibu semakin berkurangan.
Ada juga yang meminta tips daripada Sariyanti bagaimana untuk memperbanyakkan susu ibu.
Ini adalah jawapan Sariyanti kepada persoalan ibu-ibu ini.
Akak makan ontime untuk susu sentiasa ada.
Tak diet. Makan tapi tidak terlebih makan.
Makan banyak kekacang.
Dan minum air bergula. Bukan coffee, I’m tea person.
Tapi itu style kakak la…kalau nak try apa salahnya.
Ke mana hendak bawa anak cuti sekolah ini? Tak tahu aktiviti apa untuk anak-anak, apa kata mak ayah ke Home of Kids yang bakal diadakan di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall pada 26-29 Disember 2024 ini.