Genap 4 tahun perkahwinan Fad dan isterinya, Syahirah A.Rahman serta dikurniakan tiga anak, pasangan ini masing-masing berterima kasih satu sama lain kerana berjaya melalui susah senang bersama sejak dari tiada apa-apa hinggalah mampu memiliki sedikit demi sedikit harta sendiri.
Lagi terharu Fad dan Sya berkongsi perasaan mereka di awal perkahwinan dulu dengan diuji anak terpaksa berada dalam NICU.
Disebabkan nak bayar bil hospital juga, Fad terpaksa bergadai jual kereta dan tinggal dirumah dengan hanya ada televisyen dan tidur beralaskan toto.
Namun kehadiran si kembar Hayyan dan Zayyan waktu itu juga umpama pembuka rezeki bagi Fad dan Sya dari sehari ke sehari dan kehadiran Aminah juga lagi besar rezekinya untuk mereka sekeluarga.
Sya juga berharap selagi ada, selagi mampu harapannya adalah satu untuk melihat kebahagiaan anak-anak dan Allah sentiasa merahmati dan menjaga keluarga kecilnya.
Sya juga menyatakan mungkin dia bukanlah sempurna dan tak seperti wanita lain, tapi apa yang diharapkan ini semua untuk kebaikan anak-anak.
“Mommy mungkin tak macam perempuan lain, selalu marah kalau bab kerja, selalu bising apa yang berkaitan dengan tugas daddy tapi tiada benda lain selain nak tengok semuanya sempurna. Terima kasih daddy,” kata Sya di instagramnnya.
Sumber: ig Fad Bocey