Anak Masuk Tahun 1, Satu Je Cikgu Harapkan Daripada Ibu Ayah Tinggal & BALIK!

Share

Ibu bapa yang mempunyai anak yang masuk Tahun 1 atau pertama kali ke tadika, pasti risau mengenai anak-anak. Antara soalan yang berlegar di fikiran ibu bapa adalah ok tak anak di sekolah?

Disebabkan itu, ramai ibu bapa yang akan cuba menunggu anak-anak untuk pastikan keadaan terkawal walaupun cikgu dah beritahu serahkan tugas tersebut pada mereka untuk uruskan ketika berada dalam perkarangan sekolah.

Seperti perkongsian Saudara Khairul Kamilin, kalau ditanya, apa yang paling cikgu prasekolah atau tadika atau tahun satu harap daripada ibu bapa pada hari pertama persekolahan, jawapannya ialah:

BALIK. Aku eja semula ya. B.A.L.I.K. Balik, balik, balik! Balik dengan yakin dan bangganya!

Cikgu ni nak halau tak sampai hati. Tetapi kalau dah cakap lembut-lembut, baik-baik pun tak faham-faham, duk terseret-seret lagi kaki tu, haih, berbulu tahu tak?

Dari dalam kelas, ke pintu. Dari pintu, ke tingkap. Dari tingkap, ke 10 meter. Dari 10 meter, ke 100 meter. Melambai-lambai, babai-babai. Lambat-lambat. Haih. Tolong. Tolong..

Ringkas dan tegaskan “perpisahan sementara” itu. Serius, ia akan membantu perkembangan anak itu 100%, bahkan memudahkan tugas guru lebih 80%. Masalah cikgu selesai, anak cepat berdikari dan cepat pandai.

Cikgu penat sekali je jaga anak-anak. Bukan sampai penat dua kali nak kena handle mak bapak budak pulak.

Selagi duk ‘tertonggok’ muka depan tu, percayalah anak akan makin mengada. Bacalah mana-mana buku psikologi pun.

Kadang-kadang kita ini biarkan emosi ‘kasihan’ kita melebih-lebih dan ‘underestimate’ kemampuan anak kita. Separation Anxiety tu biasa. Menangis, meraung itu biasa.

Kita yang dah tua-tua ni pun takut berpisah. 18 kali berpisah pun takut lagi. Mungkin kali ke 19 baru ok. Hmm.

Yang penting, kita lakukan dengan betul, dan serahkan kepada guru yang terlatih untuk ‘handle’ juga dengan cara yang betul.

Bisikkan lembut pada telinga anak, “Mama bagi adik duduk belajar dan main dengan cikgu dan kawan-kawan dulu ya. Nanti bila cikgu kata, “Ok kita dah nak balik”, adik keluar dengan kawan-kawan, mesti adik akan nampak mama kat sini (tunjuk tempat menunggu). Mama janji”

Cukup. Senyum. Lepaskan anak. Lambai sekali. Pergi. Jalan terus. Jangan toleh.
Kalau drama kuat, tarik menarik, sebaik cikgu pegang je anak tu, jangan berlengah. Lajukan langkah. Pergi. Tak payah ngada sangat nak interview cikgu pula.

“Boleh ke ni cikgu?”
“Tak apa ke dia ni?”
“Alolo kecian anak mama ni..”
“Kejap je ya…kejaaaap ja…”

Cikgu pandang muka mama tadi, lalu berkata,
“Hoi, kau blah boleh tak?”
Ayat ni belum lah pernah dikeluarkan oleh mana-mana cikgu di Malaysia atau dunia. Aku yakin. Gila apa nak cakap macam tu.

Tapi kalaulah dunia ini tiada adab dan boleh luah apa saja, mungkin itulah antara ayat yang akan keluar. Seriuslah. Percayalah kepada kebijaksanaan guru.
Kau percaya aku, aku percaya kau.

Anak-anak itu kita sama-sama jaga.
Kau ibu bapa di rumah,
kami ibu bapa di sekolah.
Ini tempat kami jadi ibu,
balik rumah ambil alih,
jangan pula buat tak tahu.

Cikgu tu pi ngaji mahal-mahal, bertahun-tahun. Belajar psikologi, sosiologi, segala jenis logi diangkut. Tiba-tiba ibu bapa pula mahu ambil alih tempat cikgu tentukan itu ini. Haih.

Lagi parah dan ‘STRICTLY NO, NO!” apabila ibu bapa mahu jadi pemantau cikgu pula. Duduk menyibuk dalam kelas sama-sama.
Nanti cikgu keluar ayat,
“Hang duk sinilah ajaq..biaq aku yang balik”, baru hang ada akai.

Last sekali. Bila anak nak balik hari pertama, pastikan jemput ON TIME. Ditempat yang dijanji. WAJIB. Pagi tadi kan dah ada ayat janji, ingat tak?

Mungkir janji hari pertama ini ibarat ‘dosa besar’ yang akan bagi kesan teruk yang agak lama kepada anak.

Kita mahu dia faham, ia perpisahan sementara. Bukan ditinggalkan sebab tak suka.

Boleh faham kan? Ok, balik!

Kredit: Khairul Kamilin
– gambar hiasan –

ARTIKEL MENARIK [Basuh Beras, Jangan Kosong, Ibu Selitlah Doa Ini Untuk Anak. Besar Manfaatnya!]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Jika Anak Ada Masalah Fokus & Memori, Telur Antara Menu Wajib Bagi Pada Anak!]

Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!

Hanya RM20, memang berbaloi dengan pelbagai resipi menarik serta info pemakanan anak. Klik saja https://toko.ideaktiv.com/product/e-book-resipiselerasimanja/ untuk dapatkan e-book istimewa ini!

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

Published by
Wan Amy