Inilah ragam kehidupan kita. Bila anak-anak semakin bertambah, maka bertambahlah masa dan pengorbanan kita demi untuk membesarkan anak-anak.

Namun usaha membesarkan anak ini tak akan jadi mudah tanpa kerjasama yang padu dari suami isteri. Tidak juga bermakna bila semua sepakat, urusan anak jadi mudah. Tetap punya cabarannya namun sedikit bebanannya.

Perkongsian Parenting Influencer, Mohd Fhais Salim ini sememangnya benar. Jaga anak bukan kerja seorang diri. Boleh mati akal rasanya bila terpaksa menguruskan anak sendirian.


Masa anak sorang kira ok lagi. Gaya hidup selesa kita masih lagi terurus. Nak makan tak huru hara, nak tidur senang, ngantuk je terus masuk bilik bum atas katil.

Masuk dua orang, sedikit demi sedikit cabaran nak ‘survive’ hidup dengan selesa tu datang menerjah.

Makan pun kelam kabut, kadang sampai tercekik gara-gara nak urus anak sekali di waktu yang sama.

“Anak Masuk Tiga Orang, Tak Ada Lagi Erti Hidup Selesa” Mak Ayah Kena Sepakat, Jaga Anak Jadi Mudah!

Tiba saat anak masuk tiga orang, tak ada lagi erti hidup selesa. Nescaya lifestyle korang memang berubah 360 darjah.

Ads

Diri dah tak terurus, makan minun tak ikut waktu, tidur tak menentu dan rambut dulu lurus macam buat ‘rebonding’ sekarang asyik gugur setiap kali mandi.

Macam mana nak ada masa urus diri kalau setiap masa sibuk mengurus anak-anak. Sebelum nak makan kena pastikan dulu anak-anak cukup makannya.

“Anak Masuk Tiga Orang, Tak Ada Lagi Erti Hidup Selesa” Mak Ayah Kena Sepakat, Jaga Anak Jadi Mudah!

Sebelum nak mandi, anak-anak dulu kena di pastikan dulu mandi dan siap persalinannya.

Sebelum nak bergerak ke sana ke mari, barang barang ‘keperluan’ anak-anak kena sediakan dulu kalau tak huru hara sepanjang perjalanan.

Ads

Sibuk mengurus diet makan berkhasiat untuk anak-anak sampaikan diri sendiri hilang selera makan gara-gara ‘kortisol’ datang menyerang.

Segala berkenaan anak tak pernah lekang di fikiran, anak sentiasa jadi keutamaan dalam minda, dalam tenaga dan aktiviti harian.

Sehinggakan lupa buat ‘Self Love’ badan pun makin lemau dan tepu. Tu baru tiga orang, kalau masuk je empat orang ke atas bermula la ‘mimpi ngeri’ setiap insan. Sehari kalau tak jadi tarzan memang tak sah!

“Anak Masuk Tiga Orang, Tak Ada Lagi Erti Hidup Selesa” Mak Ayah Kena Sepakat, Jaga Anak Jadi Mudah!

Ads

Jaga anak ni cabaran dia lebih extreme dari sukan extreme tau!

Jaga anak-anak bukan kerja untuk satu orang. Anak-anak kerja untuk satu pasukan yang boleh bekerjasama.

Suami dan isteri bersatu teguhlah nasib anak-anak, saatnya suami dan isteri tidak sepakat maka roboh sudahlah nasib anak-anak. Bukan nak cakap bila suami isteri bekerjasama proses urus anak-anak tu akan jadi mudah, tetap juga ada cabarannya.

Tapi risiko untuk mati akal bila mengurus anak bersama jadi 50 : 50, kalau urus seorang diri risiko ‘mati akal’ 99% confirm.

Menarik: Bodygoals Betul, Cantik & Langsing-, Bella Astillah Dipuji Tak Macam Anak Dua

“Anak Masuk Tiga Orang, Tak Ada Lagi Erti Hidup Selesa” Mak Ayah Kena Sepakat, Jaga Anak Jadi Mudah!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI