Anak-anak yang masih kecil mudah terdedah dengan pelbagai risiko kemalangan di dapur. Kemalangan yang sering berlaku di dapur ialah terkena minyak panas, air yang mendidih dan sebagainya.
Amat penting menjadikan dapur ‘baby-friendly’ supaya kemalangan ini dapat dielakkan. Namun begitu, jika musibah ini terjadi ibu bapa harus bertindak pantas dan mempunyai pengetahuan asas untuk melakukan langkah rawatan asas yang betul bagi mengelakkan kecederaan anak bertambah teruk.
Melalui perkongsian seorang doktor perubatan Hana Hadzrami, beliau berkongsi pengetahuan dan pengalaman tentang perkara asas yang perlu ibu bapa lakukan jika anak terkena minyak atau air panas. Sekaligus membantu meminimumkan kecederaan anak.
“Beberapa bulan dahulu saya menjaga seorang bayi berumur setahun yang dirawat PICU akibat melecur lebih 40% badan. Habis kepala, muka, dada, tangannya kehilangan kulit, hanya tinggal isi yang merah.
Satu badan berbalut dengan hanya menampakkan sebahagian muka (sebahagian lagi ditutup dengan lapisan kolagen) dan kedua-dua belah kaki.
Dia memerlukan bantuan pernafasan dengan mesin bantuan hayat kerana tak mampu bernafas dengan baik.
Anak itu memerlukan pembedahan buang lapisan tisu mati serta menukar balutan (dressing) pada badannya setiap selang sehari.
Tersiram air kopi
Setiap kali dressing dilakukan ianya perlu dibuat di dewan bedah dengan bius penuh. Ini kerana tisu kulit yang mati atau membusuk harus dikikis buang untuk mencegah jangkitan kuman.
Puncanya ialah bayi itu menaiki walker dan menarik alas meja makan. Di atas meja pula ada seteko air panas yang baru setengah jam siap dididih.
Ads
Air panas itu telah tersiram pada kepala dan sebahagian besar tubuhnya. Menggelupur anak itu menahan sakit.
Saya teringat anak saya dulu sewaktu berumur dalam 3-4 tahun pernah tersiram kopi panas yang baru dibancuh dengan air mendidih; belum 15 minit selepas didih pun.
Kopi itu saya letakkan di rak almari sebelah atas. Namun anak saya telah memanjat almari dan mencapainya. Lalu kopi panas tersiram daripada kepala sampai ke badannya. Anak tadi melecur teruk sampai masuk ICU. Manakala anak saya selamat tak jadi apa-apa. Syukur!!
Rawatan asas
Kenapa boleh berbeza hasilnya sedangkan mengalami kemalangan yang sama? Bezanya ialah saya mengetahui bantuan rawatan asas (first aid) dan dengan izin Tuhan, berjaya mengaplikasi pengetahuan tersebut kepada anak sendiri.
Sebaik saja tersiram kopi panas, segera saya bawa dia ke bilik air dan saya siramkan air paip secara berterusan. Dengan bajunya sekali saya siram (kerana bajunya tipis).
Siraman itu perlu berterusan sehinggalah dia tak lagi berasa sakit dan tiada lagi kesan merah pada badannya.
Ads
Manakala anak yang malang tadi; ibubapanya tiada pengetahuan first aid. Dalam keadaan panik, terus anak itu di bawa ke hospital. Kulit yang tersiram air panas terus ‘masak’ secara perlahan-lahan kerana haba terus masuk kedalam kulit secara langsung.
Sampai di hospital, semua dah terlambat; lecur tadi dah jadi third degree burn. Kesian si anak perempuan tadi. Wajah dan tubuhnya takkan kembali seperti dulu!
Petua
Kerap saya terdengar cara merawat lecur dengan cara menyapu ubat gigi atau dengan merendam anggota melecur dalam guni tepung . Ada juga yang suruh sapu minyak masak. Bermacam jenis petua ada.
Petua-petua tersebut diturunkan oleh nenek moyang dengan niat baik. Namun ianya kurang tepat dan boleh memburukkan keadaan jika lecur itu serius dan melibatkan kawasan besar.
Jika tersiram minyak atau air panas, jangan panik. Segera bawa mangsa ke bilik air dan lalukan dengan air paip secara berterusan selama sekurang-kurangnya 20 minit atau hilang rasa sakit.
Ads
Jika anggota melecur dilitupi dengan barang kemas, lampin bayi atau pakaian tebal; tanggalkan dengan serta-merta supaya kulit boleh segera disejukkan sebelum ia ‘masak’.
Percayalah, jika first aid dilakukan dengan segera; jangankan melecur, tanda merah pun tiada. Belajarlah asas rawatan seperti mengendalikan luka kecil dan pendarahan, memberi rawatan permulaan bagi luka melecur, kerana kemalangan kerap terjadi dalam rumah.
Dengan pengetahuan rawatan asas, anda boleh mencegah kecederaan yang lebih besar.
Simpan barang berbahaya
Paling baik jika ada anak kecil di rumah ialah menjadikan rumah anda baby-friendly supaya kemalangan dapat dicegah.
Simpan segala alas meja, perhiasan kaca atau kristal. Elakkan wayar elektrik berjuntai ke bawah. Simpan benda tajam dan berbahaya di tempat yang tak boleh dicapai oleh anak kecil.
Bagi ibu bapa pula, amat penting untuk kita lebih berhati-hati dan membuat rawatan asas yang betul jika berlakunya kemalangan seperti ini.
Semalam kita dikejutkan lagi dengan berita kematian seorang bayi berusia Sembilan bulan yang ditemui mati dalam kereta bapanya di tempat letak kereta Komplek Tun Razak, Indera Mahkota, Kuantan.
Bayi berkenaan, Annur Jannatul Syuhada Mohd Khalil yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ditemui ketika bapanya mahu keluar makan pada waktu tengah hari setelah terlupa untuk menghantar bayinya ke sebuah taska di Kawasan yang sama.
Dengan berita sedih tersebut, ada pula segelintir yang menyalahkan kerusi keselamatan bayi atau crs. Terpanggil untuk membetulkan kenyataan tersebut, Dietitian Fizah Sobrimenerusi laman facebook miliknya berkongsi tip buat ibu bapa kat luar sana bagi mengelakkan terlupa anak yang dibawa berada di bahagian belakang kereta.
5 TIPS ELAK LUPA ANAK DI BELAKANG
Sedih dengan nasib baby yang tertinggal dalam crs sehingga menyebabkan kematian
Tapi takde orang yang boleh come close dengan kesedihan yang dialami oleh parents baby tersebut.
Yang saya nak naikkan adalah isu crs.
Ada jugak ambil kesempatan berita ini untuk kata kalau anak tak duduk dalam crs,keadaan macam ni tak akan berlaku…
Mengapa salahkan crs?
Ia hanya satu benda yang tak bernyawa
Meh kita tengok apa jadi dekat baby kalau takde crs ketika ayahnya hantar ke taska tanpa terlibat dalam apa apa accident…
Waktu drive anak boleh bergolek dari tempat duduk jatuh terhantuk kepala
2. Waktu berhenti kereta anak boleh ke depan dan cedera di mana mana bahagian badan
3. Sepanjang masa driver tak akan fokus sebab asik lihat apa anak sedang buat, selamat ke tak etc
Dan macam macam lagi…
Nak suh maknya pegang sebelum hantar ke taska?
Sama juga..kalau accident tetap anaknya akan lebih teruk keadaan banding dengan orang lain sebab dia paling kecil
Takde kena mengena letak anak dalam crs dan keadaan lupa anak di dalam kereta.
Kita manusia tidak sempurna dan sentiasa lupa.
Sini saya sertakan tips untuk elak dari keadaan lupa anak di crs
Ingat crs tak salah..
Ia hanya satu benda yang tak bernyawa tapi sedang bertanggungjawab menyelamatkan nyawa yang anak yang disayangi.
Ini 5 tip nak elak terlupa anak kat belakang kereta:
Tinggalkan barang anak di depan kereta seperti beg taska etc
2. Letak barang anda di belakang berdekatan baby
3. Pasang baby dash cam untuk lihat anak anda di belakang
4. Posisi CRS di tengah jika boleh
5. Boleh buat keychain, tempat gantung, reminder baby ada di belakang
Ya betul benda kalau nak jadi bila dah beringat pun tetap akan berlaku. Tapi tak salah kalau kita ambil langkah berjaga-jaga. Mama papa boleh cuba tip yang diberikan supaya dapat mengurangkan risiko terlupa bahawa ada nyawa kecil yang kita bawa berada di belakang kereta. Semoga ia memberi manfaat untuk kita semua.
Rumah ada anak kecil, jika tertumpah air atau sisa makanan itu biasa. Tambah lagi bila anak dah mula pandai makan sendiri. Kadang pagi dah mop, beberapa jam kemudian, lantai dah melekit. Nak atau tak, ibu terpaksa mengemop beberapa kali bagi pastikan permukaan lantai bersih.
Bukan cerewet tetapi nak pastikan kebersihan untuk seisi keluarga. Jika anak dalam fasa mengutip lagilah kena lebih berhati-hati. Risau makanan yang terjatuh itu anak akan kutip dan makan.
Bukan itu saja, kadang karpet, sofa atau kusyen juga tak lepas dari kekotoran sisa makanan tumpah. Jika warna gelap mungkin tak nampak sangat, tapi sekiranya warna putih atau warna cerah, sakit juga mata melihatnya.
Jadi bagi membantu ibu membersihkan kekotoran tersebut, cuba buat cara yang dikongsikan oleh Norddin Ilias.
Buat mama papa yang mahu anak lancar bahasa Inggeris, jom sertai e-workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Bersama barisan panel berkredibiliti seperti Dr Azu, Dr Fie serta penampilan istimewa Dato Dr Sheikh Muzaphar. E-workshop ini PERCUMA dan anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer barangan bernilai hampir RM1000! Jom, daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Betullah orang kata, bila dah bergelar isteri dan menggalas tanggungjawab sebagai ibu, masa luang itu ibarat waktu yang paling ditunggu. Bukan apa ketika zaman anak dara sempat lagi nak berhias cantik sebab tiada keperluan lain kena buat.
Begitulah yang dirasai oleh pelakon, Nad Zainal yang mengakui mengalas tugasan sebagai seorang isteri dan ibu bukanlah sesuatu yang mudah.
Nad menyatakan perkara tersebut menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Menurut Nad, dia kini mulai faham mengenai perasaan yang dilalui oleh wanita bergelar ibu sebelum ini.
“No filter needed. Muka berminyak, Sarung shirt besar, rambut toncet malas, buat apa nak malu ini adalah rupa seorang isteri.
“Are you ready yang single-single tu? Berkahwin dan beranak. Kita akan banyak tanggungjawab… Tidak seindah drama petang, mana yang tak ada maid tu lagilah…
“Now I know… Kenapa mak-mak kadang-kadang macam singa… Nak bercantik-cantik, pergi manicure pedicure pun jarang dah.
“Sebab bila ada masa terluang baring dan nap sekejap itu lagi bermakna daripada ke spa dan salun. Nak masuk puasa ni mula google lauk nak masak sahur pulak… Itulah MAK
“Are you ready girls?? Sebelum tu mari bersedia ucapkan Selamat Hari Ibu buat mak-mak kita,” tulisnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan kata-kata yang ditulis oleh Nad itu.
Terdahulu, Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015.
Sumber: Ig Nad Zainal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!