Kelengkapan asas selepas melahirkan anak perlu dilengkapkan dengan sebaiknya. Selain keperluan wajib bayi seperti lampin pakai buang, susu serta pakaian, peralatan lain yang membantu melegakan ibu bapa adalah kereta sorong dan paling penting pastinya car seat.
Bukan hanya berkisahkan soal meringankan beban ibu bapa. Apa yang lebih penting adalah memilih aspek keselamatan dan nyawa anak kita lebih terjamin setiap masa. Ini seharuslah kita utamakan dalam membeli keperluan bayi.
Menempatkan anak untuk berada di dalam car seat sebenarnya tidak mudah. Sebaik diletakkan, anak sudah mula meronta-ronta, menangis kerana ingin sentiasa berdampingan dengan ibunya. Kemahiran inilah yang perlu dipraktikkan ibu bapa agar anak berasa lebih selesa ketika berada di dalam car seat.
Bukan hanya selesa, bahkan ibu dan bapa sendiri pastinya mampu menarik nafas lega kerana membuat keputusan untuk mengutamakan aspek keselamatan buat anak-anak.
Mewajibkan penggunaan CRS atau (Child Restraint System) untuk kenderaan sememangnya salah satu langkah keselamatan terbaik anak-anak kita di dalam kenderaan. Jaga nyawa dan amanah yang satu ini buat kita. Mengapa CRS sangat penting?
Prinsip momentum adalah kuantiti fizikal yang menggabungkan jisim dan halaju. Pada kelajuan 50 km/j, bayi yang seberat 5 kg akan mempunyai daya sebanyak 40 hingga 50 kali ganda berat badannya. Ini bermakna sekiranya kenderaan anda bergerak pada kelajuan 50km/j dan berhenti tiba-tiba, berat bayi anda sebenarnya telah pun menjadi lebih kurang 250kg!
Ini menjadikan mustahil buat ibu untuk terus memeluk bayi ketika berlaku kemalangan, dan inilah yang selalunya membuatkan bayi tercampak keluar dari kenderaan.
Sistem keselamatan menggunakan tali pinggang keledar di dalam kenderaan anda sebenarnya direka untuk orang dewasa dan bukannya untuk saiz dan tinggi kanak-kanak.
Kanak-kanak terlalu kecil untuk dipakaikan tali pinggang keledar dan tidak meliputi permukaan badan yang sepatutnya, tetapi akan menyilang di leher dan perut dan menyebabkan kecederaan serius ketika kemalangan. Sebab itulah amat penting bagi kita menggunakan CRS yang sesuai bagi melindungi bayi dan anak kita semasa di dalam kenderaan.
Kepala bayi mewakili 25% keseluruhan berat badan mereka. Manakala tengkorak dan tulang leher bayi masih lembut dan berada dalam fasa pembentukan. Apabila berlaku kemalangan, risiko bayi mengalami kecederaan leher amatlah tinggi. Penggunaan CRS hadap belakang dengan sistem abah-abah 5-penjuru akan menyebarkan daya impak ke permukaan CRS yang lebih luas dan mengurangkan risiko kecederaan.
Pilih Car Seat Bersesuaian, Jangan Lambat Bertindak
Sebelum membeli car seat, pastikan anda memilih sebuah car seat yang bukan hanya melindungi bahkan mempunyai ciri-ciri sesuai untuk saiz dan umur anak anda. Jangan tersalah beli.
Sebelum membeli pastikan anda membeli Child Restraint System yang sesuai dengan berat dan tinggi anak anda. Jangan terlebih saiz atau terkecil kerana kurang sesuai. Dapatkan nasihat jurujual.
Perlu diingat bahawa saiz untuk bayi baru lahir dan satu tahun adalah car seat dengan berat 0-13 kg dan memiliki saiz 40-75 cm.
Manakala untuk toddler pula iaitu dari usia 9 bulan hingga empat tahun memerlukan car seat dengan berat purata dari 9-18 kg dan saiz 70-105 cm.
Manakala untuk kanak-kanak pula untuk usia tiga tahun hingga 12 tahun memerlukan berat dari 15-36 kg dan saiz 100-150 cm. Jadi jangan tersalah memilih berat dan saiz anak anda.
Letakkan anak anda di posisi hadap-belakang sejak usia baru lahir sehinggalah sekitar 2 hingga 3 tahun (mengikut berat yang dinyatakan di manual CRS anda). Jangan sesekali memasang CRS secara hadap belakang di kerusi penumpang hadapan. Hanya berpindah ke tali pinggang keledar jika anak-anak sudah mencapai umur dan tinggi yang sesuai, selepas lulus kesemua 5 langkah yang disarankan.
Daya yang diperlukan untuk menahan bayi seberat 5 kg dari tercampak ketika kenderaan tiba-tiba berhenti atau berlanggar pada halaju 100 km/j adalah sama dengan daya untuk mengangkat beban sekitar 500 kg! Mustahil anda dapat menahan tekanan sekuat itu.
Jadikan Chicco Sebagai Pilihan
Keselamatan anak-anak adalah keutamaan ibu bapa. Kerusi keselamatan yang berkualiti dengan ciri-ciri mementingkan keselamatan pasti menjadi pilihan buat si kecil. Chicco merupakan jenama barangan bayi dari Itali yang diasaskan pada tahun 1958. Chicco bukan sahaja pembuat kerusi keselamatan dan kereta sorong bayi yang sangat menarik dan elegan juga merupakan pengeluar pelbagai barangan bayi merangkumi keseluruhan jenis barangan keperluan bayi terutamanya dari bayi baru lahir sehingga 36 bulan yang mengutamakan kualiti dan terjual di lebih 120 buah negara.
Chicco Unico
Chicco Unico merupakan model kerusi keselamatan pertama dikeluarkan oleh Chicco khas untuk bayi baru lahir hingga usia 12 tahun. Antara ciri yang ada adalah ‘rotating system’ dimana ia boleh menukar kedudukan pandangan belakang ke hadapan tanpa perlu mengangkat dan mengalih.
ISOFIX system car seat Unico ini pula dapat digunakan sehingga usia anak 12 tahun. Turut disertakan dengan gabungan tali pinggang keledar untuk memastikan kestabilan dan keselamatan maksimum. Sistem keselamatan hentaman sisi juga disertakan untuk mengurangkan impak jika berlaku pelanggaran dari tepi.
Selain itu, sandar kepala boleh laras juga membolehkan ketinggiannya dilaras mengikut ketinggian anak-anak. Pastinya, Chicco Unico sangat selesa dan selamat untuk perjalanan yang lebih lancar bersama si kecil.