Bila anak menangis ada kata-kata sumbang supaya membiarkan sahaja anak sehingga anak reda dengan sendirinya. Betul ke cara macam ini?
Hakikatnya menangis adalah tanda dan cara bayi dan anak berkomunikasi dengan ibunya. Disebabkan hal itulah bila anak menangis jangan dibiarkan sahaja!
Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi.
1. Menangis adalah refleks
Bayi lahir dengan sekurang-kurangnya 75 jenis refleks. Salah satu refleks adalah menangis. Selepas bulan ke 3-4 baru tangisan itu bertukar jadi ‘voluntary act’.
Sepanjang 3 bulan ke bawah, bayi tidak akan menangis dengan niat atau saja-saja nak berlakon. Tangisan bayi adalah cara bayi untuk berkomunikasi dengan ibu. Nak bagitau dia tak selesa, lapar, sejuk, letih dan sebagainya.
2. Melawan fitrah
Allah dah cipta mak ini secara biologinya memang ada tarikan auto untuk selamatkan bayi bila dengar bayi dia menangis.
Dengar sahaja bayi nangis, badan mak keluarkan hormon Oxytocin yang ‘menggesa’ untuk mengangkat anak. Dalam masa yang sama, hormon Prolaktin cetuskan penghasilan susu. Jadi, kenapa nak lawan fitrah ini?
3. Sains dah buktikan teknik cry it out gagal
“Saya dah cuba. Anak saya mahu diam lepas lama saya biarkan.”
Ketahuilah, bila anak dah diam, bukan petanda dia faham. Tapi petanda dia dah terlalu letih. Apa yang anak dapat? Hormon Cortisol iaitu hormon stres yang boleh mengganggu pertumbuhan anak
Jadi, kalau ada orang masihat macam di atas, anda hanya perlu senyum dan angguk sahaja. Buat sahaja cara sendiri yang boleh membantu anak.
Semoga bermanfaat!
Menarik: “Jumpa Nanti Di Syurga Sayang” Impian Timang Cahaya Mata Tidak Kesampaian, Hannah Delisha Keguguran!
Bau Lauk Masakan Pun Tak Boleh, Masuk Trimester Kedua, Zahirah Macwilson Baru Selera Makan Nasi
Comelnya Gaya Fatima Jadi Influencer, Buat Tutorial Make Up Pun Cute!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Facebook Wawa Shauqi