Anak menangis bila diletakkan di carseat, ini adalah situasi yang sering berlaku. Kewajipan pemakaian carseat bakal dikuatkuasakan pada tahun 2020. Justeru, mama papa perlu menangani puncanya supaya ia dapat diatasi segera.

Stres jadinya mama atau papa, nak meneruskan perjalanan tapi memikirkan keselamatan si manja. Meletakkan bayi pada car seat adalah langkah yang tepat untuk memastikan si kecil selamat sepanjang perjalanan, lebih-lebih lagi sekiranya berlaku kemalangan.

“Fiska, 8 bulan bayi yang periang. Tapi setiap kali diletakkan ke dalam kerusi keselamatan, dia mula menangis dan enggan duduk lama. Oh sayang, mama tidak boleh memandu dengan memangku mu sambil memandu. Ia tidak selamat.”

Situasi seperti di atas banyak berlaku. Bayi tidak mahu duduk dalam kerusi keselamatan bukanlah isu baru. Tapi si kecil tidak boleh disalahkan di dalam hal ini.

Apakah kemungkinan hal ini berlaku? Jom mama kita periksa menggunakan senarai semak ini;

 

#1 GROWTH SPURT

Growth spurt sering kali membuatkan si manja tidak selesa dengan kerusi keselamatannya. Justeru, kerapkan memeriksa kerusi keselamatan si manja kerana mungkin saiznya yang kecil membuatkan si manja tidak selesa dan sakit.

#2 PERIKSA, MUNGKIN SI KECIL SAKIT

IKLAN

Dapatkan pemeriksaan kerana khuatir amukannya itu sebabkan oleh kesakitan atau masalah kesihatan. Si kecil yang cerewet selalunya tidak sihat dan kemungkinan sedang sakit atau ada jangkitan pada telinganya.

#3 BIARKAN SI KECIL MEMBIASAKAN DIRI DENGAN CAR SEAT 

Biar si manja biasa dengannya. Bawa masuk kerusi keselamatan ke dalam rumah dan biarkan dia bermain-main menyentuh dan bermain dengannya.

#4 SEDIAKAN SOFT TOYS

Biar ada sumber hiburan seperti mainan lembut yang boleh ‘menemaninya’. Elakkan alat permainan yang keras dan tajam kerana ia boleh menyebabkan kecederaan apabila anda brek mengejut.

Anak Menangis Bila Diletakkan Di Carseat, Mama Papa Tolong Periksa. Mungkin 10 Perkara Ini Puncanya

IKLAN

#5 MAINAN GANTUNG

Mainan gantung juga boleh mengalih perhatiannya sepanjang perjalanan. Gantungkan pada siling kereta supaya dia boleh menggapainya atau menyentuhnya, bukan terlalu labuh sehingga dia boleh menariknya.

#6 POSTER/ GAMBAR BERWARNA MERAH, HITAM & PUTIH

Letakkan poster yang menggunakan warna merah, hitam dan putih dan warna-warna primer kerana si kecil amat tertarik kepada warna-warna ini. Tukarlah setiap kali anda memulakan perjalanan dengan si manja supaya dia tidak lekas bosan.

#7 MUZIK/ AYAT AL-QURAN

Pasangkan alunan Al-Quran atau muzik yang menenangkan. Irama ini membuatkan dia riang dan relaks. Anda juga boleh memasang rakaman bunyi-bunyian yang dia biasa dengar seperti bunyi mesin basuh, bunyi burung dan atau bunyi suara kakak dan abangnya.

IKLAN

Anak Menangis Bila Diletakkan Di Carseat, Mama Papa Tolong Periksa. Mungkin 10 Perkara Ini Puncanya

#8 NIKMATI PANDANGAN & DITEMANI

Dalam perjalanan alihkan semua permainan dan biarkan si kecil menikmati pemandangan di luar. Biar seseorang menemaninya di sebelah supaya dia tidak kebosanan.

#9 MENGAMUK KERANA TUMBUH GIGI

Si manja yang mengamuk mungkin kerana dia dalam fasa tumbuh gigi. Dia boleh ditenangkan dengan memberikannya teether untuk digigit dan dikunyah-kunyah. Pastikan teether itu besar dan tidak mempunyai risiko untuk ditelan.

Anak Menangis Bila Diletakkan Di Carseat, Mama Papa Tolong Periksa. Mungkin 10 Perkara Ini Puncanya

#10 CERMIN PLASTIK MAINAN

Gantungkan cermin yang boleh memantulkan imej si manja kepada anda menerusi cermin pandang belakang kereta supaya anda boleh saling berpandangan, berbual dan mengurangkan rasa sunyinya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI