Biasanya ibu bapa yang ada anak kecil membeli stroller dengan niat untuk memudahkan dan memberi keselesaan kepada si anak apabila di bawa keluar berjalan. Tapi lain pula jadinya apabila anak menangis mahu diangkat.
Nak angkat atau biarkan sahaja anak di dalam stroller? Itu yang jadi dilema untuk ibu bapa.
Perlu diketahui semua anak kecil memang tak suka apabila diletakkan dalam stroller. Mereka tidak merasa pelukan si ibu atau ayah. Lagi satu apabila dipegang anak dapat melihat kawasan sekeliling dengan jelas selain mereka rasa lebih selamat.
Ibu bapa yang mengalami situasi ini tidak perlu risau. Cuba dulu 4 cara ini sekiranya anda dapati anak tidak selesa apabila diletakkan dalam stroller.
1) Bertahan dan jangan menyerah
Apabila mendengar anak mula merengek, anda perlu bertahan. Maksudnya cuba jangan diangkat secepat mungkin. Lekakan anak dengan cuba menolaknya. Mungkin apabila stroller dah mula bergerak anak dah mula berasa tenang dan seronok.
2) Letakkan mainan
Anda boleh meletakkan beberapa mainan yang boleh membuatkan anak leka untuk bermain atau memegangnya. Biasakan dengan mainan yang berbunyi. Mainan berbunyi apabila si kecil menangis dan dia mula mendengar bunyi tersebut, biasanya akan berhenti.
3) Berkomunikasi
Walaupun anak diletakkan di dalam stroller, anda perlu juga berkomunikasi dengan bayi anda. Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa anda ada bersamanya. Biarpun anak tidak memahaminya tetap itu sudah cukup buat dia rasa selesa apabila berada di khalayak ramai.
4) Gunakan pengalihan
Apabila anda dah nampak anak mula bosan dalam stroller, bolehkan alihkan sekejap pandangan kepada pemandangan yang boleh menarik perhatiannya. Anda boleh melayannya sambil memberi makan atau menyusukan sekejap.
Kredit gambar: google