Dengar je anak menangis ibu bapa tewas. Anak menangis kerana terjatuh sedikit terus berlari untuk dukung dan pujuk. Anak merengek kerana mahukan mainan terus dituruti segala permintaan anak.
Itu belum lagi anak mengamuk tak nak makan kerana mahukan makanan ringan terus diberi segala ‘junk food’ asalkan anak makan dan tidak berlapar.
Jawapan kepada semua situasi ini adalah biarkan saja anak anda menangis.
Tip menangani anak
1)Anak menangis kerana terjatuh
Kalau anak terjatuh, kita perhatikan saja dulu dari jauh dan jika ia tidak teruk biarkan sahaja anak tersebut walaupun dia sedang menangis. Apabila si anak mula berhenti menangis baru lah kita menghampiri dia untuk memujuk sambil menasihati bagaimana untuk mengelakkan kejadian itu dari berulang.
2)Anak merengek mahukan mainan
Anak merengek mahukan mainan setiap kali keluar berjalan? Biarkan saja. Walaupun kemungkinan besar si anak akan meraung dan bergolek di lantai seperti di tepi pantai, abaikan saja. Proses ini mungkin agak sukar untuk dihadapai oleh ibu bapa kerana khuatir dipandang pelik oleh orang keliling, namun percayalah ini antara salah satu proses terbaik untuk mendidik anak-anak.
Setelah anak mula berasa tenang, hampiri mereka dengan cara yang baik dan terangkan kenapa tidak boleh. Letakkan syarat setiap kali anda mahu belikan barang kegemaran si anak. Contohnya seperti siapkan kerja sekolah terlebih dahulu, solat 5 waktu, atau bantu kemas mainan di rumah.
Ads
3)Anak tidak mahu makan
Jika anak mengamuk tidak mahu makan kerana inginkan makanan ringan, jangan dituruti. Biarkan saja anak kelaparan pada waktu itu. Dengan cara ini anak akan lebih beringat jika dia tidak makan, dia tidak akan dapat makanan lain dan akan berlapar. Maka pada sesi makan seterusnya, si anak tidak mempunyai pilihan lain selain memakan makanan yang telah disediakan.
4)Anak menangis bila kalah sewaktu sedang bermain ‘game’ atau dengan kawan-kawan
Biarkan saja anak dengan perasaan ‘frust’ kerana kalah itu. Didik anak untuk tenangkan diri sendiri dan belajar untuk terima kekalahan. Secara tidak langsung ia menunjukkan sifat positif anak iaitu suka bersaing. Elakkan untuk didik anak sentiasa menang dalam semua perkara.
Kebaikan biarkan mereka menangis
Menangis merupakan salah satu cara komunikasi anak-anak. Masalah terjadi apabila kita salah mendidik, kerana tidak mahu si anak menangis. Segala permintaan anak dipenuhi kerana tidak tahu cara untuk mengawal mereka.
Biarkan si anak menangis selagi ia tidak memudaratkan. Ini adalah kerana semakin anak itu membesar, semakin sukar untuk dikawal dan dibentuk. When No means No. Pastikan anak jelas dengan prinsip itu agar mereka hormat dengan setiap keputusan yang dibuat ibu dan ayah mereka.
Ads
“Frustration Tolerance”
Ia sangat penting sebagai persediaan emosi anak-anak untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar. Didik anak untuk belajar menerima sesuatu yang diluar kawalan serta kawal perasaan ‘frust’ tersebut. Ini adalah kerana di dunia luar, tidak semua yang kita inginkan akan kita peroleh melainkan dengan usaha.
Oleh itu, ibu bapa seharusnya berfikiran lebih jauh dalam mendidik anak-anak. Jangan anggap menangis itu suatu perkara yang tidak elok.
Biarkan si anak belajar untuk memujuk diri sendiri agar mereka lebih matang, berdikari, dan patuh arahan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doktor Selebriti, Dr. Shazril Shaharuddin atau mesra disapa Dr. Say berkongsi luahan rasa menerusi laman Instagram mengenai anak sulungnya, Ace yang berusia 3 tahun 4 bulan dan disahkan menghidap ‘Mild Autism’.
Menurutnya, dia akur apabila guru di sekolah baru Ace meminta untuk Dr.Say memohon kad OKU buat anak sulungnya itu kerana menurut pendapat guru tersebut, banyak kelebihan dan kemudahan yang Ace bakal dapati daripada kad tersebut.
Dr. Say meluahkan rasa bagi pihak anaknya dan mengundang sebak ramai pengikut di Instagram.
Rata-rata berpendapat pilihan sekolah yang kedua adalah tepat dan sesuai untuk Ace. Ada juga yang berpendapat Ace mungkin lebih gembira jika ditempatkan di sekolah baru.
Panggil anak dari jauh kadang-kadang mencabar juga. Anak tak dengar atau ada masa anak saja tak nak respon bila kita panggil tu. Sampai nak terkeluar tekak menjerit panggil nama anak.
Sebenarnya anak yang tidak menyahut panggilan kita tu mahukan perhatian. Mereka seronok apabila nama dipanggil beberapa kali, menandakan kehadiran mereka dihargai oleh mama papa. Lagi banyak kali kena panggil, dia rasa diperlukan.
Macam-macam ragam waktu anak kecil ni kan? Seronok nak dibuat kenangan bila semuanya dah besar nanti. Sebaik-baik cara untuk kita ‘menyeru’ anak, gunalah panggilan yang baik-baik. Contohnya, “Rafid sayangggg..” atau “Mana anak bertuah Mommy yang namanya Dhani tu?”. Dengan cara panggilan begini, anak akan rasa bahagia dan ia dapat membuatkan anak menjadi yakin dan sentiasa positif.
Bercerita tentang memanggil anak ni, lucu pula bila lihat video yang dikongsikan oleh penyanyi cantik, Adira Suhaimi. Semasa dia sedang duduk di dapur, dia mahu memanggil anak lelakinya iaitu Assan. Pada awalnya macam biasa saja, tapi bila Assan masih tidak menyahut atau datang pada Adira, dia mula menggunakan ‘suara petir’.
Sebaik mendengar suara high pitch ibunya, terus dia datang ke dapur. Ibu kepada tiga orang ini lantas memujuk dan memeluk anak lelakinya itu. Menerusi kapsyen, Adira sempat bergurau mengatakan awaslah yang duduk dekat dengan ibu-ibu bila suara lantang dah keluar!
Video tersebut telah mendapat hampir 30,000 tanda suka dan ramai juga yang meninggalkan komen terhibur melihat gelagat Adira dan anak-anaknya;
Bila tengok video Adira ni, memang boleh relate. Biasanya memang terkeluar suara macam ni waktu nak panggil anak. Lagi-lagi bila dah sekali dua dipanggil, masih tak menyahut. Bukan marah pun, cuma nak pastikan anak dengar yang kita tengah panggil dia kan?
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semakin besar, wajah Ismail Leon makin handsome. Sempena genap dua tahun usia kelahiran Ismail Leon, ibunya, bekas ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Petra berkongsi momen bersama anak lelakinya di instagramnya.
Foto yang dimuat naik oleh Rihanna itu mendapat perhatian dan gelagatnya yang lincah dan cerdik itu sentiasa membuatkan ramai yang geram dengan gelagatnya. Bukan itu saja, Ismail Leon juga tak lokek dengan senyuman tiap kali diambil gambarnya dan pandai pose depan kamera.
Seperti kanak-kanak yang seusianya, sebagai ibu Rihana gembira melihat anaknya semakin bijak dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Gaya Ismail Leon juga sentiasa segak.
Sambut hari lahir Ismail Leon di Dubai
Sempena sambutan hari lahir Ismail Leon, Rihana telah membawa anaknya bercuti dan bersiar-siar di Dubai. Walaupun percutian ini tak dirancang, momen ini sangat bermakna buat mereka.
Sebagai seorang ibu, sambutan hari lahir Ismail Leon kali ini sangat membuatkannya teruja. Bukan apa, buah hatinya itu begitu teruja ditambah pula dengan dekorasi belon yang menarik perhatiannya.
Walaupun perancangan ini dibuat disaat-saat akhir, ternyata semuanya lancar dan dapat mengembirakan tetamu yang hadir. Dengan sambutan ini, ia dapat memberi kenangan bermakna buat buah hati kesayangannya itu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi ucapan selamat hari ulang tahun kelahiran buat Ismail Leon dan ramai mengakui Leon adalah kanak-kanak yang comel dan kacak.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!