Rata-rata ibu bapa cepat tewas dengan anak-anak. Anak menangis kerana terjatuh sedikit terus berlari untuk dukung dan pujuk. Anak merengek kerana mahukan mainan terus dituruti segala permintaan anak. Anak mengamuk tak nak makan kerana mahukan makanan ringan terus diberi segala ‘junk food’ asalkan anak makan dan tidak berlapar.
Jawapan kepada semua situasi ini adalah biarkan saja anak anda menangis.
Tip menangani anak
1)Anak menangis kerana terjatuh
Kalau anak terjatuh, kita perhatikan saja dulu dari jauh dan jika ia tidak teruk biarkan sahaja anak tersebut walaupun dia sedang menangis. Apabila si anak mula berhenti menangis baru lah kita menghampiri dia untuk memujuk sambil menasihati bagaimana untuk mengelakkan kejadian itu dari berulang.
2)Anak merengek mahukan mainan
Anak merengek mahukan mainan setiap kali keluar berjalan? Biarkan saja. Walaupun kemungkinan besar si anak akan meraung dan bergolek di lantai seperti di tepi pantai, abaikan saja. Proses ini mungkin agak sukar untuk dihadapai oleh ibu bapa kerana khuatir dipandang pelik oleh orang keliling, namun percayalah ini antara salah satu proses terbaik untuk mendidik anak-anak.
Setelah anak mula berasa tenang, hampiri mereka dengan cara yang baik dan terangkan kenapa tidak boleh. Letakkan syarat setiap kali anda mahu belikan barang kegemaran si anak. Contohnya seperti siapkan kerja sekolah terlebih dahulu, solat 5 waktu, atau bantu kemas mainan di rumah.
3)Anak tidak mahu makan
Jika anak mengamuk tidak mahu makan kerana inginkan makanan ringan, jangan dituruti. Biarkan saja anak kelaparan pada waktu itu. Dengan cara ini anak akan lebih beringat jika dia tidak makan, dia tidak akan dapat makanan lain dan akan berlapar. Maka pada sesi makan seterusnya, si anak tidak mempunyai pilihan lain selain memakan makanan yang telah disediakan.
4)Anak menangis bila kalah sewaktu sedang bermain ‘game’ atau dengan kawan-kawan
Biarkan saja anak dengan perasaan ‘frust’ kerana kalah itu. Didik anak untuk tenangkan diri sendiri dan belajar untuk terima kekalahan. Secara tidak langsung ia menunjukkan sifat positif anak iaitu suka bersaing. Elakkan untuk didik anak sentiasa menang dalam semua perkara.
Kebaikan biarkan mereka menangis
Menangis merupakan salah satu cara komunikasi anak-anak. Masalah terjadi apabila kita salah mendidik, kerana tidak mahu si anak menangis. Segala permintaan anak dipenuhi kerana tidak tahu cara untuk mengawal mereka. Biarkan si anak menangis selagi ia tidak memudaratkan. Ini adalah kerana semakin anak itu membesar, semakin sukar untuk dikawal dan dibentuk. When No means No. Pastikan anak jelas dengan prinsip itu agar mereka hormat dengan setiap keputusan yang dibuat ibu dan ayah mereka.
“Frustration Tolerance”
Ia sangat penting sebagai persediaan emosi anak-anak untuk menghadapi dunia luar yang lebih mencabar. Didik anak untuk belajar menerima sesuatu yang diluar kawalan serta kawal perasaan ‘frust’ tersebut. Ini adalah kerana di dunia luar, tidak semua yang kita inginkan akan kita peroleh melainkan dengan usaha.
Oleh itu, ibu bapa seharusnya berfikiran lebih jauh dalam mendidik anak-anak. Jangan anggap menangis itu suatu perkara yang tidak elok. Biarkan si anak belajar untuk memujuk diri sendiri agar mereka lebih matang, berdikari, dan patuh arahan.
Sumber: ningsalmah.com
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI