Kita selalu menyalahkan anak-anak buat perangai, asyik menangis dan merengek setiap masa. Berkepit dan gelisah bila ibu atau ayah tidak ada. Perilaku anak kecil sebegini datangnya daripada kita. Petanda-petanda ini membuktikan bahawa anak sebenarnya berada di dalam keadaan Connection Seeker.

Menurut Dr Taufiq Razif, anak-anak yang merengek dengan pelbagai masalah lain sebenarnya disebabkan mereka berada dalam Connection Seeker. Kurang perhatian daripada kita sebagai ibu dan bapa. Inilah puncanya.

Anak Menangis, Merengek Datangnya Dari Kita, Mak Ayah Cuba Beri Perhatian!


Anak selalu kacau kita?

IKLAN

Boleh jadi Tangki Emosi ( Emotional Tank ) anak sedang kosong sebab :-
– kita banyak fokus pada anak yang lain
– kita banyak fokus pada TV dan handphone
– fikiran kita banyak menerawang sangat
– kita kurang peluk dia
– kita selalu sibuk

Anak kita ni umpama handphone. Walaupun mereka nampak tak kisah, tetapi sampai satu masa ‘bateri dalaman’ mereka akan habis.
Ketika itulah anak anak kita sedang dalam keadaan CONNECTION SEEKER :-
– Mereka akan merengek
– mereka akan gelisah
– mereka akan tanya kita macam macam
– mereka akan cari kita sampai jumpa
– mereka akan naik belakang kita
– mereka akan ikut kita ke mana saja
– mereka akan kacau kita
– mereka akan buat apa sahaja untuk dapat perhatian kita

IKLAN

Anak Menangis, Merengek Datangnya Dari Kita, Mak Ayah Cuba Beri Perhatian!

Itulah kenapa kita sebagai mak ayah WAJIB buat benda ni :-

IKLAN

1. Ambil masa 15 – 30 minit setiap hari untuk fokus 100% pada seorang anak kita. Jadi kalau ada 2 orang anak 30 minit x 2 = 60 minit setiap hari
2. Peluk anak kita sekurang kurangnya 8 kali sehari. Ketika peluk anak, akan ada beberapa jenis hormon seperti Oxytocin, Endorphin dan banyak lagi hormon yang akan bantu menstabilkan emosi kita dan anak anak
3. Ketika kita terlampau sibuk, bagitahu anak kita. Jelaskan baik baik. Sampai suatu masa, mereka akan ada empati untuk memahami keadaan kita.

Anak Menangis, Merengek Datangnya Dari Kita, Mak Ayah Cuba Beri Perhatian!

Jika anak masih kacau kita, jangan marah mereka dan tengking mereka. Ketahuilah anak kita bukanlah Attention Seeker seperti yang kita sangka , mereka cuma Connection Seeker yang perlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibubapanya.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI