Anak menangis itu biasa namun bila anak menangis sampai muka kebiru-biruan usahlah dibiarkan. Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan bahawa anak mereka sengaja tahan nafas, maka reaksi pertama adalah memarahi mereka.
Namun, apa yang anda perlu tahu adalah perbuatan ini bukannya sengaja dilakukan. Fenomena ini dikenali sebagai breath holding spells atau raungan senyap kebiruan. Ia merupakan satu refleks di luar kawalan badan. Ini bermakna, anak anda tidak boleh mengawalnya namun ia akan kembali normal dalam tempoh kurang daripada seminit selepas itu.
Dalam kebanyakan situasi, fenomena ini boleh diramal dan selepas faktor pencetusnya dikenal pasti, ia boleh dihindari.
Menangis hingga menjadi kebiruan ini boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang berusia di antara 6 bulan hingga 6 tahun namun lazimnya dialami oleh mereka yang berusia 2 tahun.
Jika terdapat sejarah masalah kesihatan ini dalam kalangan ahli keluarga, kanak-kanak tersebut lebih berisiko untuk mengalaminya.
Terdapat dua jenis raungan senyap kebiruan yang mempunyai punca berbeza:
Raungan senyap kebiruan sianotik
Keadaan ini boleh berlaku apabila kanak-kanak berhenti bernafas dan wajah mereka bertukar menjadi biru. Ia sering berpunca daripada perkara yang membuatkan mereka sedih seperti dimarahi. Semasa anak anda sedang menangis, mereka hanya menghembus nafas dan tidak menarik nafas. Ia boleh menyebabkan wajah mereka bertukar menjadi warna biru atau ungu (lebih serius).
Raungan senyap kebiruan pallid (tak bermaya)
Ads
Keadaan ini lebih jarang berlaku dan lebih sukar untuk dijangka berbanding dengan fenomena sianotik. Berbeza dengan jenis sebelum ini, ia berlaku apabila kanak-kanak sedang dalam ketakutan atau mereka terkejut. Wajah mereka akan menjadi pucat lesi dan bertukar putih semasa ia sedang berlaku.
Kedua-dua jenis raungan senyap kebiruan boleh menyebabkan kanak-kanak berhenti bernafas dan kadangkala mereka boleh pengsan. Jika keadaan ini terlalu ekstrem, ia boleh menyebabkan masalah sawan.
Antara tanda yang boleh dialami oleh anak anda semasa episod kebiruan adalah:
* Tangisan berhenti secara tiba-tiba
* Kulit dan bibir menjadi kebiruan
* Berhenti bernafas semasa ia sedang berlaku
Ads
* Tubuh menjadi kaku dan mereka tidak bergerak
Dalam kebanyakan situasi, anak anda akan kembali normal beberapa saat selepas kebiruan. Namun, ada juga yang kekal biru walaupun sudah lama mereka berada dalam keadaan begitu. Keadaan ini boleh berlaku terutamanya jika ibu bapa kerap memarahi anak ketika mereka berada dalam episod tersebut.
Apa yang anda perlu lakukan adalah:
* Bertenang, jangan panik, berhenti daripada membuatkan anak anda sedih seperti marah dan cuba untuk menenangkan mereka.
* Jangan goncang tubuh anak anda dan ketika badan mereka menjadi kaku, baringkan mereka dalam posisi mengiring.
* Pastikan tiada makanan atau objek lain di dalam mulut anak anda untuk mengelakkan daripada tercekik.
Ads
* Pastikan tiada perabot atau objek berbahaya berdekatan dengan anak jika mereka mula mengalami simptom sawan.
* Jika anak masih tidak bernafas melebihi 1 minit, lakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR). Ia merupakan satu prosedur kecemasan yang dilakukan dengan cara memberi tekanan pantas dan berterusan di kawasan dada mangsa dengan/tanpa memberi bantuan pernafasan secara berkala.
* Bawa anak ke hospital dengan kadar segera jika keadaan menjadi lebih serius.
Bagi kebanyakan kanak-kanak, fenomena kebiruan akan hilang apabila usia mereka meningkat. Apa yang lebih mencabar bagi ibu bapa adalah mencari jalan untuk mendisiplinkan anak mereka tanpa mencetuskan kebiruan semasa mereka sedih.
Dalam banyak keadaan, perkara ini memerlukan rujukan doktor bagi mengenal pasti jalan terbaik bagi anda dan anak anda.
Fenomena anak tidak bernafas ini tidak boleh menjadi alasan untuk ibu bapa menuruti kehendak dan melayan segala kerenah anak-anak tanpa batasan. Mereka memerlukan tunjuk ajar dan cara untuk beradaptasi dengan perubahan emosi yang berlaku.
Fenomena kebiruan mungkin nampak berbahaya namun dalam kebanyakan masa, ia hanya memerlukan kesabaran dan teknik yang betul dalam menguruskan episod kebiruan.
Episod kebiruan yang melibatkan anak tahan nafas di luar kawalan boleh membuatkan ibu bapa panik. Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, ia akan beransur pulih dengan sendiri dalam tempoh kurang daripada 1 minit.
Jika keadaan berlarutan, rujukan kepada doktor boleh membantu mengenal pasti punca yang menyebabkan ia menjadi serius.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam perkongsian di instagramnya, Diana 28, berkata, dia tidak pernah menyesal membina keluarga sebelum memasuki usia 25 tahun.
“Mereka (anak-anak) akan berusia 8 tahun dan 6 tahun apabila saya memasuki usia 30 tahun nanti. Saya berjaya mempunyai keluarga kecil sebelum 25 tahun dan saya tidak menyesal kerana negitu awal dan kehilangan masa muda.
“Suatu perasaan yang sukar digambarkan membesar bersama anak-anak dan belajar dengan mereka,” kongsinya.
Diana berkahwin dengan Datuk Farid Kamil pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad berusia 6 tahun dan Nur Aurora, 4 tahun.
Pelakon yang popular dengan drama Raisha ini berkata, dia melakukan banyak kesilapan tapi anak-anaknya sentiasa menyayangi. Ketika usia ini juga mereka akan mencontohi dan hanya melihat sesuatu yang baik.
“Kanak-kanak mempunyai sifat pemaaf dan sentiasa saling menyayangi.
“Saya buat banyak kesilapan tapi mereka sangat sayang dan fasa ini mereka mengharapkan ibu bapa untuk membimbing dan melakukan sesuatu yang baik,” katanya.
Sumber: ig Diana Danielle & mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tarik atau sentap tangan kanak-kanak terlalu kuat boleh mengakibatkan tulang siku terlari. Aduhai seriau pula kita mendengarnya!
Dr Aishah Alsagoff di laman Facebook yang menceritakan tentang pesakit kanak-kanak dan pengalamannya sendiri di mana anaknya sendiri pernah mengalami masalah ini pada usia dua tahun. Berikut ialah perkongsian beliau.
PULLED ELBOW
Minggu lepas saya jumpa budak berumur 1 tahun setengah dengan kes ini.
Ceritanya, balek dari babysitter, si ibu perasan anaknya taknak gerakkan tangan langsung. Dan sepanjang malam tidur asyek merengek dan menangis.
Bila dibawa ke klinik dan diperiksa esok hari, ohh….pulled elbow rupanya.
TERTARIK TANGAN DENGAN KUAT & MENANGIS TANPA HENTI
Benda yang sama saya lalui ketika Safiyya berumur 2 tahun. Entah macam mana si abang dia ni, umur 4 tahun, tertarik tangan kiri Safiyya dengan kuat.
Selepas itu terus Safiyya menjerit tanpa henti, dukung pun nangis, duduk pun nangis, baring pun nangis.
SAKIT TAK BOLEH DISENTUH
Rupanya tangan yang ditarik tadi tu sakit tak boleh disentuh. Pegang saja dia nangis. Tapi tiada bengkak, tiada luka, tangan comel macam biasa. Dia taknak gerakkan, bagi barang pun dia taknak capai.
Setelah diperiksa, doktor tu pusingkan sikit lengan dan lipat untuk tulang tu masuk semula (dengar macam seram tapi prosedurnya simple saja. Lepastu terus tangan aktif macam biasa semula.
Inilah pulled elbow.
Bahasa mudahnya tulang siku terlari sedikit (partially dislocated) disebabkan sentapan atau tarikan yang kuat.
MUDAH TERJADI KEPADA KANAK-KANAK 5 TAHUN KE BAWAH
Senang terjadi pada kanak-kanak bawah umur 5 tahun.
Sendi kita terdiri daripada tulang dan dikelilingi pula oleh otot dan ligamen untuk kestabilan. Bagi kanak-kanak kecil, ligamen mereka belum ‘well formed’ dan cukup kuat.
Jadi sentapan ataupun menarik tangan boleh menyebabkan tulang radius terkeluar dari sendi siku.
Kadang boleh nampak ada benjolan di siku.
Selagi tak dimasukkan balik, memang sakit. Lebih sakit bila tangan digerakkan secara supination dan pronation. (Lihat gambar)
BOLEH BERULANG & CARA RAWATAN
Cara rawatannya sangat mudah. Tapi bila dah pernah jadi sekali, ada risiko untuk jadi lagi dan lagi hanya dengan pergerakan yang ringan. Doktor akan siap-siap pesan dah.
Safiyya selepas episod pertama itu, dalam seminggu siku dia terlari lagi 2,3 kali. Dia bergolek masa tidur, jadi semula. Dia main-main sorang, jadi semula.
Waktu ni kita masukkan sendiri dan mudah nak masuk.
Tapi selepas seminggu dua, alhamdulillah tiada lagi sampailah sekarang umurnya dah 4 tahun.
CARA ELAK
Jadi macam mana nak elakkan?
Elakkan tabiat menarik atau sentap tangan anak dengan kuat seperti dalam gambar.
Perkembangan kanak-kanak dahulu dan pada masa kini tentunya berbeza. Apatah lagi dalam dunia yang berada dihujung jari. Gajet menjadi keperluan yang hampir setiap kanak-kanak memilikinya.
Namun itu semua sebenarnya bukanlah sesuati yang baik untuk perkembangan kanak-kanak yang sedang membesar. Kebimbangan ini disuarakan oleh pakar terapi Aishah Kassim dan juga rakannya Wawa Shauqi.
Dalam perkongsian yang dibuat oleh Wawa Shauqi, ternyata kehidupan kanak-kanak dulu dengan sekarang banyak bezanya. Malah dengan perubahan yang ada itu juga memerlukan rangsangan yang lebih untuk melalui fasa perkembangan yang normal.
KANAK-KANAK DULU vs KANAK-KANAK SEKARANG.
Semalam saya ada online class bersama Speech Therapist Aishah Kassim. Beliau kata : 1. “Zaman dulu, tv tak banyak channel. Kartun pun berapa kerat aje. Masa untuk kanak-kanak banyak digunakan untuk main. Panjat pokok, main tanah, terjun sungai, main unggun api. Jadi, zaman dulu kita berpeluang mendapat pendedahan sensori yang sangat banyak.”
2. “Tapi zaman sekarang berbeza. TV ada banyak siaran kartun. Tak cukup dengan itu, gajet pun ada.Maka masa yang sepatutnya anak-anak luangkan untuk bermain, dihabiskan pada TV dan gajet. Daya tumpuan anak kecil makin merosot. Perkembangan sensori dan motor anak sekarang pun teruk. Kalau dulu, kanak-kanak speech delay hanya perlukan ransangan bahasa je. Tapi zaman sekarang perlu diberi sekali ransangan sensori.”
3. “Kalau dulu, anak kecil tak payah disuruh untuk bermain.
Tapi sekarang, ada anak perlu dipaksa untuk bermain. Ada yang kali pertama diajak bermain, mereka menangis. Sebab mereka tak tau bermain tu menyeronokkan.
4. “Dulu akiviti bermain berlaku secara natural. Anak pun bebas bermain. Tapi sekarang, banyak kekangan. Rumah bertanah pun dah susah nak cari. Jadi permainan terpaksa dicipta.”
5. “Dulu kalau didiagnos autism, memang autism betul. Tapi sekarang ramai anak didiagnos awal dengan autism ‘celup’ kerana kurang ransangan dan terlebih ransangan skrin.
Iyekan? Apa yang ST AK cakap, betul sangat-sangat. Perubahan zaman memberi kesan terhadap perkembangan anak-anak.
Ini bukan prediction beliau. Tapi inilah situasi sebenar yang beliau hadapi sepanjang 14 tahun menjadi Speech Therapist.
Peringatan ini perlu untuk kita jadikan ingatan untuk terus beri anak-anak kita stimulasi. Supaya mereka berkembang dengan baik.