Siapa sangka, rutin anak bermain basikal bertukar tragedi yang meninggalkan trauma berpanjangan buat anak kecil ini apabila dipatuk ular yang berlingkar di rantai basikal. Kejadian berlaku dihadapan rumah hanya disedari selepas anak mengadu sakit kaki.
Menurut perkongsian Puan Aida Dalila Damia, ibu kepada adik Sumayyah, 3 tahun, kejadian ini berlaku di rumah mereka di Gelang Patah, Johor. Ketika itu Sumayyah bermain berseorangan.
“Tiba-tiba dia masuk rumah dan mengadu jatuh basikal. Kemudian minta saya letakkan ubat. Masa tu saya tak syak apa-apa lagi dan suruh dia mandi terlebih dahulu sebelum sapu ubat.
“Lepas mandikannya, dia main macam biasa dengan kakaknya. Tidak lama kemudian, datang semula pada saya dan cakap untuk minta letak lagi sekali ubat kerana kaki rasa sakit sangat dan tak boleh jalan. Masa tu dah nampak kakinya makin bengkak.
Rasa tak sedap hati
Ads
“Waktu tu saya fikir mungkin patah atau terseliuh kerana dah bengkak. Apabila ambil minyak panas nak sapu tu, nampak macam kesan gigitan. Hati saya mula rasa ada sesuatu tak kena.
“Terus call suami untuk bawa ke klinik tetapi masa tengah bersiap tu, saya tak sedap hati. Saya keluar untuk tengok apa yang ada di basikal anak sehingga buatnya jatuh.
“Memang waktu buka pintu rumah dan lihat di basikalnya, ular betul-betul berlingkar di rantai basikal. Kebetulan suami sampai terus bawa anak ke klinik dan dapatkan rawatan kecemasan,” katanya.
Ads
Bengkak tak merebak, dokor masih pantau
Tambah Aida, syukur alhamdulillah keputusan darah masih normal dan bengkak tu tak merebak lagi. sekarang doktor masih buat pemantauan rapi pada Sumayyah.
“Jika tengok keadaannya, dia kuat lawan sakit, masih boleh makan dan minum macam biasa. Sebab apa yang doktor beritahu, bila kena patukan ular, biasanya akan muntah atau sawan.
Ads
“Harapnya Sumayyah terus kuat dan cepat sembuh serta tiada apa-apa kesan sampingan. Syukur sangat Allah masih lagi bagi peluang untuk Sumayyah bersama kami, ujarnya.
Difahamkan ular yang mematuk Sumayyah itu adalah jenis ular kapak bakau.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan pasangan pewaris syarikat terbesar di Malaysia iaitu SM Faliq SM Nasimuddin (Naza Group of Companies) dan juga Chryseis Tan (Berjaya Group).
(Followers Pa&Ma boleh dapatkan barangan dengan harga murah di SINI)
Setelah 2 tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel diberi nama Arianna Kyla.
Arianna yang kini berusia 11 bulan bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang pertama pada bulan July ini.
Namun apa yang menarik perhatian warga maya apabila ibunya, Chryseis memuatnaik sekeping gambar Arianna sedang memegang beg tangan mewah.
Gambar tersebut dimuatnaik dengan caption “My cheeky 🥧🥧” mendapat pujian ramai kerana kecomelanan Arianna yang sedang mengigit beg tangan tersebut.
She got great taste
Pretty
So cute to the max
She’s beautiful
Pernikahan pasangan sama cantik sama padan yang diibaratkan bak sang puteri dan putera raja yang menyatukan dua keluarga jutawan terbesar negara iaitu Naza Group dan Berjaya Group ini pernah menjadi bualan hangat pada tahun 2018. Susulan berita pernikahan diantara waris kepada dua syarikat terbesar di Malaysia, nama kedua-dua pasangan ini mula menjadi carian utama di Google Search.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini. Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini
FREE je tau Webinar ni!!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Angkasawan negara pertama,Datuk Dr Sheikh Muszaphar kini yang sedang mengerjakan ibadah haji di tanah suci bersama ibunya menyatakan dia suka untuk melihat isterinya, Dr Halina melahirkan anak di Gunung Arafat.
Sepanjang tempoh itu, beliau telah berkongsikan banyak info di tanah suci menerusi rakaman video seperti mengenai keadaan kesihatan para jemaah di sana.
Semalam, beliau telah memuatnaik video di Instagram yang yang dirakamkan Command Control Centre di Mina yang dioperasikan oleh Kementerian Kesihatan Saudi.
Video – 11 bayi dilahirkan di Arafat tahun ini – SubhanAllah
Ini adalah laporan daripada Command Control Centre di Mina yang dioperasikan oleh Kementerian Kesihatan Saudi.
Daripada live feed, pemantauan ambulans secara langsung, bilangan katil, CCTV untuk memantau aliran haji di Mekah, Mina, Mudzalifah & Arafat – kerajaan Saudi mempunyai teknologi tinggi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan kepada semua 2.5 juta jemaah haji.
Salam Semua
PS: Saya suka sekiranya Dr Halina bersalin di Gunung Arafat, dan saya akan namakan bayi itu Sheikh Arafat.
Love As Always …
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor & Dr Halina telah dikurniakan 4 cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 7, Sophea Natasha, 5 dan anak kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 1 tahun.
Dr Halina telah memberikan reaksi komen yang comel kepada ponsting Instagram suaminya itu iaitu mempersoalkan sekiranya bayi yang dilahirkan itu perempuan.
Posting Dr Sheikh Muszaphar ini juga menerima komen dan rekasi daripada para follower beliau;
“Bila Hamzah menangis, datang penemannya (kucing) masuk bilik dan ciumnya. Lepas cium, elok-elok Hamzah tidur dan kucing itu juga akan tidur di sebelahnya.
Memang seperti arwah ayahnya yang selalu pujuk tiap kali Hamzah menangis. Alhamdulillah Allah hadirkan kucing ini untuk menjadi peneman setiap kali Hamzah nangis,” luah Nor Hidayah Mohd Ali.
Hidayah akui sejak arwah Abam pergi, seolah-olah kucing kelabu ini menemani Hamzah sepanjang masa. Pantang dengar Hamzah nangis, laju je datang.
Sementara itu, selepas lebih seminggu pemergian ayahnya, ternyata nampak kerinduan Hamzah pada arwah Abam. Walaupun si kecil ini tak boleh nak beritahu kerinduannya tetapi bila menatap gambar ayahnya seolah dia mengerti.
“ALLAH, mengalir air mata bila ibu melihat Hamzah dengar lagu arwah ayahnya. Dengar dan lihat, baru dia berhenti menangis.”
Nor Hidayah sebelum ini berkongsi satu rakaman video di Instagram memaparkan anak tunggalnya, Hamzah tidak berganjak melihat wajah bapa menerusi telefon bimbit.
Tidak petah lagi untuk menzahirkan rasa rindu, namun tindak tanduk Hamzah menyentuh wajah bapanya di skrin telefon bimbit membuatkan peminat tersentuh hati.
“Sabar wahai sayangku, Hamzah kena kuat seperti ayah. Ayah sentiasa tengok Hamzah,” tulis kapsyen pada video tersebut.
Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang mengahwini Nor Hidayah pada 2017 meninggalkan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia 8 bulan.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari lalu akibat demam panas.
Sumber: ig hidayah_abam; ig sirazmier
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.