Siapa sangka, rutin anak bermain basikal bertukar tragedi yang meninggalkan trauma berpanjangan buat anak kecil ini apabila dipatuk ular yang berlingkar di rantai basikal.  Kejadian berlaku dihadapan rumah hanya disedari selepas anak mengadu sakit kaki.

Menurut perkongsian Puan Aida Dalila Damia, ibu kepada adik Sumayyah, 3 tahun, kejadian ini berlaku di rumah mereka di Gelang Patah, Johor. Ketika itu Sumayyah bermain berseorangan.

Anak Mengadu Sakit Kaki, Dipatuk Ular Berlingkar Di Rantai Basikal Ketika Bermain

“Tiba-tiba dia masuk rumah dan mengadu jatuh basikal. Kemudian minta saya letakkan ubat. Masa tu saya tak syak apa-apa lagi dan suruh dia mandi terlebih dahulu sebelum sapu ubat.

“Lepas mandikannya, dia main macam biasa dengan kakaknya. Tidak lama kemudian, datang semula pada saya dan cakap untuk minta letak lagi sekali ubat kerana kaki rasa sakit sangat dan tak boleh jalan. Masa tu dah nampak kakinya makin bengkak.

Anak Mengadu Sakit Kaki, Dipatuk Ular Berlingkar Di Rantai Basikal Ketika Bermain

Rasa tak sedap hati

IKLAN

“Waktu tu saya fikir mungkin patah atau terseliuh kerana dah bengkak. Apabila ambil minyak panas nak sapu tu, nampak macam kesan gigitan. Hati saya mula rasa ada sesuatu tak kena.

“Terus call suami untuk bawa ke klinik tetapi masa tengah bersiap tu, saya tak sedap hati. Saya keluar untuk tengok apa yang ada di basikal anak sehingga buatnya jatuh.

Anak Mengadu Sakit Kaki, Dipatuk Ular Berlingkar Di Rantai Basikal Ketika Bermain

“Memang waktu buka pintu rumah dan lihat di basikalnya, ular betul-betul berlingkar di rantai basikal. Kebetulan suami sampai terus bawa anak ke klinik dan dapatkan rawatan kecemasan,” katanya.

IKLAN

Bengkak tak merebak, dokor masih pantau

Tambah Aida, syukur alhamdulillah keputusan darah masih normal dan bengkak tu tak merebak lagi. sekarang doktor masih buat pemantauan rapi pada Sumayyah.

Anak Mengadu Sakit Kaki, Dipatuk Ular Berlingkar Di Rantai Basikal Ketika Bermain

“Jika tengok keadaannya, dia kuat lawan sakit, masih boleh makan dan minum macam biasa. Sebab apa yang doktor beritahu, bila kena patukan ular, biasanya akan muntah atau sawan.

IKLAN

Anak Mengadu Sakit Kaki, Dipatuk Ular Berlingkar Di Rantai Basikal Ketika Bermain

“Harapnya Sumayyah terus kuat dan cepat sembuh serta tiada apa-apa kesan sampingan. Syukur sangat Allah masih lagi bagi peluang untuk Sumayyah bersama kami, ujarnya.

Anak Mengadu Sakit Kaki, Dipatuk Ular Berlingkar Di Rantai Basikal Ketika Bermain

Difahamkan ular yang mematuk Sumayyah itu adalah jenis ular kapak bakau.

Kredit: Aida Dalila Damia

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI