Anak-anak selalunya mula meragam, mengamuk dan buat tantrum apabila mereka tak dapat apa yang mereka nak. Situasi ini biasa berlaku bila anak dah capai umur setahun setengah.
Jadi, bila anak-anak sudah mula buat perangai dan menangis, anda sebagai ibu bapa tak boleh terus marah-marah. Cara ini bukan sahaja buat anak makin kuat mengamuk tapi beri kesan negatif pada emosi anak.
Ibu bapa boleh memilih untuk cuba bercakap dengan nada perlahan padanya. Tanya kenapa mereka berbuat sedemikian dan lama-lama anak boleh jadi tenang.
Seperti yang dikongsikan oleh pelakon dan pengacara dan ibu, Yana Samsuddin, dia berkongsi tip bagaimana menghadapi tantrum anaknya, Aisy Mateen jika kemahuannya tak dipenuhi dan normal untuk kanak-kanak.
Bila ko tahu anak tengah berdrama. Kami jadi penonton tiket paling mahal…
Kihkih.
Ok lah, @aisymateen start tantrum guling guling badan masa bulan puasa tahun lepas lagi masa umurnya 1 tahun setengah.. sedikit awal dari jangkaan untuk budak lelaki.
1st time masa tu kat expo Singapore. Dia guling guling sambil nangis.. nasib hall expo tu carpet.. masa 1st time dia jadi macam tu saya cepat cepat ambik video rakam aksi dia lepas tu terus suruh daddy dia bawa dia dari situ..huhuhu
Ya, tipsnya bila anak tantrum.
1st : Jangan panik , enjoy the moment. Comel kot keletah dia, guling macam kipas helikopter kat lantai… paling penting ialah zaman kanak kanak anak kita datang sekali aja, lepas tu dia dah dewasa kita akan rindu zaman dia tantrum.
2nd : Layan layan sayang. Dia nak berdrama kita pun layan drama ler… hahaha tengok dia berlakon dan nangis macam nak runtuh banggunan. Kita kena jadi penonton tiket kelas A lah. Hahaha buat apa nak marah. Just bagi amaran dulu dan cakap dengan dia. Tanya dia apa yang dia nak… mungkin dia nak luahkan sesuatu. Nak sesuatu kita tak layan ke. Tapi ter emosi lebih tu yang guling guling tu.
3rd : Alihkan perhatian dia. Jangan biarkan dia lama lama berdrama. Ambik dia cepat cepat alihkan perhatian dengan cara bawa ke tempat lain. Peluk dengan penuh kasih sayang.Dan pandai cungkil perbualan dengan dia. Tunjuk apa yang dia suka. Automatik senyap punya, mood berubah dan dia akan mulakan perbualan punya.
4th : Seterusnya bila dia dah senyap, bagitau lah apa kesalahan dia, tanya dia kenapa buat macam tu. Terangkan situasi apa yang patut dengan dia apa yang fia buat tak betul kerana…
5th : Yang paling penting jangan ada rasa malu dan stress lah. Kenapa nak rasa malu orang pandang kita bila anak kita melalak.. lantak lah. Dia dulu pun pernah kecik juga kihkih. Ok lah anak kalian tantrum start umur berapa?
Sumber: ig Yana Samsudin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Urus Marah Ikut Sunnah Cara Terbaik Elak Rasa Cepat Marah Pada Si Kecil
Menguruskan perasaan marah mengikut sunnah adalah cara terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh semua terutamanya yang bergelar ibu ayah kepada anak kecil yang banyak ragam. Tentu anda biasa rasa cepat nak marah pada si kecil kan? Stres, penat, letih dengan pelbagai urusan rumah tangga dan melayan kerenah anak-anak kecil kadangkala menyebabkan kita cepat nak marah.
Memang sifat marah dan panas baran tak boleh lari daripada sebahagian hidup kita. Sebenarnya tak ada manusia pun yang suka jadi orang yang cepat marah apatah lagi kalau dah menjadi ibu ayah. Biasanya lepas marahkan anak, seorang ibu atau ayah itu akan rasa menyesal kerana tidak mampu mengawal emosi menghadapi karenah anak.
Bukan kita suka sifat pemarah itu dan bukannya kita tak cuba untuk mengurangkan atau menghilangkan ia namun masih akan berulang. Menjadi ibu ayah yang pemarah dan bengis dalam mendidik anak-anak bukanlah satu sikap yang baik.
Garang kepada anak harus bertempat. Marah pada perkara yang membahayakan keselamatan anak atau sikap tak beradab memang perlu dilakukan supaya anak tak ulang lagi kesalahannya. Tapi kalau sepanjang masa sentiasa nak marah dan bengis walaupun hal-hal kecil seperti anak tertumpahkan air minuman maka sesuatu perlu anda lakukan.
Jangan sampai anak tak boleh langsung buat silap. Dah namanya kanak-kanak tentu sahaja mereka masih dalam proses pembelajaran yang akan sering melakukan kesilapan. Terpulang pada kita nak cuba atau tak usaha mengawal tahap kemarahan. Tetapi yang sebaiknya sebagai penganut agama Islam kita contohi cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w untuk mengurus kemarahan.
Amalkan cara urus marah ikut sunnah supaya ia boleh jadi kaedah terbaik untuk elak rasa cepat marah pada si kecil dalam masa yang sama kita dapat pahala.
1.Membaca ta’awudz (doa perlindungan) “Audzu Billahi Minashaytan Nirajim”
Bila rasa nak marah cepat-cepat baca doa perlindungan audzu billahi minashaytan nirajim yang bermaksud “Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam”
2. Mengubah posisi badan
Meninggalkan tempat yang menyebabkan anda marah. Sabda Baginda: “Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring.” (HR Ahmad & Abu Daud)
3. Berdiam diri itu adalah lebih baik
Api kemarahan akan bertambah marak sekiranya ada yang cuba ‘membakarnya’. Jadi demi untuk mengawal marah, hendaklah berdiam diri daripada menengking dan membebelkan si anak. Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat ituu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
4. Berwuduk
Mengambil wuduk dapat mengurangkan perasaan marah. Sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api, apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk.” (Abu Daud)
5. Solat sunat
Ketika sedang marah, manusia mengalami ketegangan saraf terutama saraf otak dan sedang bergelut dengan kekuatan hawa nafsu yang sangat dahsyat iaitu kekuatan hasutan syaitan. Maka ajaran Nabi s.a.w supaya mengubah kedudukan diri dari berdiri kepada duduk dan dari duduk kepada berbaring bertujuan untuk mengurangkan ketegangan saraf otak dan saraf-saraf lain.
Sekiranya pergerakan fizikal itu masih tidak boleh meredakan emosi, Nabi s.a.w berpesan supaya segera berwuduk dan dirikan solat sunat dua rakaat. Tujuannya supaya si pemarah segera berlindung kepada kekuatan Allah untuk mengusir kekuatan syaitan yang menjelmakan diri dalam bentuk sikap marah dan emosi tidak terkawal.
Semoga dengan mengamalkan cara mengurus rasa marah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w, kita semua mampu menjadi ibu bapa yang dapat mengawal sikap marah berlebihan terhadap anak-anak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berlari, Melompat, Memanjat, Menyepahkan Rumah! Itu Tandanya Anak Kita Normal, Mak Ayah Jangan Bimbang
Berlari, memanjat, melompat, menyepahkan rumah. Ini antara sebahagian sikap anak kecil yang kadangkala cukup menguji kesabaran ibu bapa.
Yang geram juga adalah bila ibu tengah lipat kain, lipat satu, si kecil pun punggah satu. Lipat lagi satu, dia ambil kain yang berlipat tu campak jauh. Yang peliknya, kain yang tak berlipat tu takdelah dia hairankan pun.
Biasanya ibu ayah memang bagi jawapan yang sama. Memang anak akan punggah semula semua baju yang kita dah lipat.
Menurut Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak UIA, Dr Mastura Badzis, ibu ayah semua patut bersyukur. Sebab itu tandanya anak kita normal, anak kita sihat. Dan berhati-hatilah kalau anak kecil kita (terutamanya 3 tahun ke bawah) takde apa-apa reaksi, duduk senyap, dan tak punggah pun kain baju yang kita lipat tu.
Sebabnya itu adalah salah satu tanda-tanda atau ciri-ciri autisme.
Ceritanya sama juga bila anak baling-baling barang, tuang air atas lantai, panjat sana-sini, nak suap makan sendiri sampai berterabur nasi satu rumah.
Ni semua tanda kata anak kita memang normal. Dan semua benda yang dia buat ni adalah salah satu cara untuk dia develop perkembangan otak dan skill yang patut dia ada.
Yang tak normal bila anak terlalu pasif, terlalu duduk diam, takde respons bila dapat barang kat tangan. Ibarat macam anak kita demam. Main tak nak, makan tak nak. Melepek terbaring muram. Pasti ibu ayah tak nak tengok anak kita macam ni kan?
Anak-anak 6 tahun ke bawah belajar melalui experiment, exploration and experience. Kalau 3E ni takde dalam hidup budak-budak terutamanya yang usia 3 tahun ke bawah, makna kata perkembangan anak-anak mungkin jadi sangat lambat. Delay habis.
Salah satu sebab jadi delay adalah kerana sikap kita ibu ayah ni sendiri. Terlalu banyak berJANGAN dengan anak-anak. Ini tak boleh, itu jangan buat. Kita terlalu banyak nak marah anak bila dia tak reti duduk diam.
Hakikatnya hidup anak 6 tahun ke bawah memang TAK RETI duduk diam. Sebab dia nak kena capai 3E tadi untuk keperluan otak dan skill dia. Sama macam kita kalau lapar, mesti cari makanan.
So, otot budak kalau nak kuat, secara semulajadinya dia akan memanjat. Ini namanya natural, sesuatu yang memang Allah dah create pada anak-anak kecil.
Dengan memanjat buatkan sel-sel otak dia (neuron otak) berhubung. Dia jadi cepat berfikir, dia belajar. Kalau jatuh, dia rasa sakit. Nanti next time dia akan lebih berhati-hati lagi.
So nampak kan. Memanjat tu experiment dan exploration. Experience dia dapat bila dia berjaya panjat sampai atas (kalau panjat grill pintu rumah) atau experience dia dapat bila jatuh.
So, ibu ayah. Let them be. Itu fitrah kanak-kanak. Biarkan dia explore dunia yang sangat baru pada dia. Tugas kita cuma monitor je. Pesan suruh hati-hati kalau dia memanjat, perhati tengok anak kita instead of “fayyadhhhh, jangan panjat grill tu. Nanti jatuh!”
Dah maknya pun dok kata jatuh, doa jatuh, memang sungguh lah kejap lagi jatuh gedebuk budak tu. Trust me. Anak-anak pandai nak jaga diri dia, control diri dia. Dia tahu kalau dia jatuh tu maksudnya dia tak berhati-hati lah tu. Biarkan dia belajar. Kita urut dada je okay.
Tapiiii, of course lah. Dalam pada nak biar anak buat aktiviti yang agak lasak macam ni, nak explore sana-sini, kita kena selalu pantau diorang. Mata kena rajin perhati tengok dan setkan diri kita dalam mode berjaga-jaga.
Jangan pula kita bagi anak buat segala aktiviti yang dia suka, tapi kita sibuk pegang gadget. Layan gadget, hadap gadget sepanjang masa. Itu memang satu kesalahan yang besar sebagai ibu ayah.
Terutama bila ada kat luar rumah. Lagi-lagi kalau kat mall. Mesti monitor juga pergerakan anak. Dekat ekskalator, lif, barangan kaca, barang tajam. Kita mesti pantau.
Bila ada kat rumah orang? Pun sama juga ceritanya. Memang tak boleh bagi anak terlalu bebas. Usik barang, panjat sini-sana. Sebab kita perlu hormati tuan rumah.
Yang Zaty cerita ni bila anak-anak ada dalam rumah sendiri atau apabila beriadah kat luar bersama-sama dengan kita. Yes, biarkan dia buat modul 3E tu dengan pantauan kita. Faham ya ibu ayah?
Sumber: Ezzaty Suffian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Motivasi Sungguh Kisah Benar Bapa Ini. Kongsi Tip Kenali Ciri-Ciri Anak Austime
Setiap ibu bapa tentu bimbang apabila anak tersayang disahkan autisme Lebih menakutkan apabila tidak menyedari bahawa selama ini anak menghidapi autisme. Namun, ia tidak bermakna masa depannya gelap. Jika dilihat sudut yang positif ramai penghidap austisme muncul sebagai ikon yang berjaya contohnya Bill Gates yang merupakan ikon teknologi moden yang merupakan pengasas Microsoft Corporation (bersama Paul Allen).
Nyata dengan asuhan yang betul, kanak-kanak autisme boleh menjana potensi luar biasa dalam dirinya. Sebenarnya lebih awal masalah anak-anak autisme dapat dikesan adalah lebih baik, namun biasanya guru tadika yang menyedari akan kelainan perkembangan anak itu.
Ikuti kisah benar seorang bapa, Abdul Malek MB yang menyenaraikan bagaimana beliau dan isteri mengesan anaknya sebagai autism. Semoga perkongsian beliau menjadi panduan berguna untuk mengenal pasti tanda-tanda autisme sebelum langkah seterusnya mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar yang bertauliah.
Ramai bertanya berkenaan bagaimana saya dan isteri boleh kesan anak autism ?
Agak meletihkan untuk beri jawapan atau jawap persatu pada setiap individu. Jadi saya ambil keputusan untuk tulis status ini bagaimana saya dan isteri dapat kesan anak saya autism walaupun pada awalnya saya tak tau mengenai autism.
Ibrahim di diagnose dah di sahkan autism pada 30.11 pada usianya 3 tahun 1 bulan.
Pada awalnya tak berapa perasan sebab ibrahim anak sulung dan fizikalnya normal dan pembesaran fizikalnya normal. Dengan izin Allah usaha mak mertua untuk bawa cucunya di diagnose lah membawa Ibrahim kepada pakar.
Sebelum di diagnose, Mula-mula perasan dan agak pelik bila …
1- Usia Ibrahim 2 tahun hingga tarikh di diagnose langsung tak mengeluarkan suara walaupun pada usia nya setahun sudah keluar beberapa perkataan.
2- Apabila di panggil tiada sahutan dan tidak menoleh.
3- Tidak bermain permainan lego(bricks) yang di beli dan bermain dengan cara yang tak sepatutnya walaupun sudah di ajar beberapa kali.
4- Main permainan seperti lori , kereta dengan cara agak pelik. Main tayar, sembunyi dan susunkan semuanya bawah sofa.
5- Selalu bangun malam. Biasa pukul 2 pagi terjaga hingga 4/5 pagi dan adakala hingga ke subuh. Apa dia buat ? Bermain sendirian, melompat-lompat kadangkala ketawa sendirian kadangkala menangis sendirian tanpa sebab.
6- 2 minggu pertama di skool(nursery) hampir semua rakan di gigitnya. Pada ketika usianya 2 tahun 4 bulan.
7- Bila bercakap dengan dia tiada eye contact.(Kita sedang cakap dengan dia tapi dia tengok tempat lain)
Di atas adalah antara tanda / sign Ibrahim hingga membawa saya untuk hantar untuk ibrahim di diagnose.
Selepas di diagnose saya termenung lama dan merenungi perjalanan ibrahim dari sejak dia lahir. Rupanya tanda autism itu sudah ada sejak dia dari bayi lagi. Antaranya :
1- Dia adalah baby yang paling senang jaga. Menangis ketika lapar je. Lepas kenyang tido.
2- Meraung-raung ketakutan apabila isteri on blender untuk memasak. Apabila usianya setahun lebih, wajah dan cara ketakutan yg sama saya perasan bila dengar mesin rumput.
3- Ibrahim adalah baby yang tak pernah jatuh katil walaupun sekali. Semasa dah pandai meniarap dan merayap serta merangkak dia akan rasa dahulu sebelum turun katil.(Bijak kan ?)
Usia setahun-2 tahun
4- Flapping hand ketika usianya setahun lebih dengan sangat kerap.
5- Suka berjalan dengan jinjit kaki. Berulang-ulang kali.
6- Suka berpusing-pusing ikut kipas. Berulang-ulang kali.
7- Mula mengeluarkan words pertama iaitu bi (abi), nek(nenek) , nak, jukk (sejuk)- kemudian ketika umur 2 tahun hilang terus.
8- Nak makan atau meminum sesuatu dia rasa test di hujung lidah dulu. Kalau lembik dia tak akan makan. Kalau panas atau kelat, tawar dia tak akan minum.
9- Suka main bawah meja, bawah kerusi.
10- Trauma dengan air.
11- Ketawa dan menangis tanpa sebab. Tiba-tiba ja.
12- Tak bermain di playground.
13- Kerap bangun malam
14- Tak bermain bersama sepupu-sepupunya yang sebaya.
15- Jika nak makan dia akan bawa pinggan kepada saya atau umi dia. Jika nak minum dia akan bawa bekas air kepada kami.
Umur 2 tahun- 3 tahun
16- Langsung takde suara. Senyap je.
17- Segala permainan, peralatan semuanya akan di masukkan dan di susun bawah sofa.
18- Gila bermain dengan atv dia dan bola.
19- Menangis dan ketawa sendirian tanpa sebab.
20- Peralatan yg bergerak seperti kipas berdiri di kerjakannnya hingga patah bilah nya. Sebab suka sangat dengan angin.
21- Masih trauma dengan air. Air paras lutut sudah mengigil satu badan.
22- Flapping hand dengan lebih kerap.
23- Gigit kawan2 nursery yg mengganggu dia. Dan gigit yg satu jenis paten budak – chubby + putih.
24- Tak boleh duduk diam walau sesaat. Kecuali penat dan tido.
25- Suka memanjat. Pernah asingkan kerusi dari meja. Tapi dia pandai pilih kerusi. Dia ambil kerusi ringan di guling-gulingkan ke meja kemudian panjat.(bijak kan?)
26- Tiada eye contact. Suka melarikan mata.
27- Sukar di pegang.
28- Agak mudah tantrum. Bila tantrum melompat-lompat, guling-guling dan pernah menghantuk kepalanya di dinding.
29- Jika jatuh teruk , dia hanya menangis kurang 10 saat. Kemudian main semula.
30- Tidak bermain bersama sepupu-sepupunya. Buat hal dia ja.
31- Tukang ‘kemas’ rumah. Cadar, alas meja semua, baju semua di selongkarkan. Segala benda atas meja akan di turunkannya.
32- Jalan suka jinjit. Pijak rumput jinjit. Pegang daun hujung jari. Mengelak dari badan kena daun pokok.
33- Suka berpusing-pusing ikut kipas siling rumah. Dan suka pusing-pusing mengelilingi badan kita. Berulang-ulang kali.
34- Tak pandai bermain di playground even main gelongsor dan naik buaian pun.
35- Tidak ikut aktiviti di skool. Tapi tak kacau orang. Buat hal dia sendiri. Hanya baik dengan certain teacher ja.
36- Kerap bangun malam. Biasa jam 1 atau 2 pagi bangun dan berjaga hingga 4,5 atau kadang2 sampai lepas subuh baru tidur semula.
Saya harap terjawab soalan bagi yang bertanya. Pastikan M-chart anak di buat dengan betul dan bawalah anak cepat-cepat ke pakar yang berkaitan (pakar kanak-kanak dan bukan semua pakar kanak-kanak boleh mengesahkan anak anda autism) jika ada tanda-tanda autism yg common seperti speech delay, tak bersosial, kerap flapping, ketawa atau menangis tanpa sebab, tiada eye contact dan repetitive action, Silalah bawa untuk di diagnosis segera.
Sesudah di diagnose jika sah autism apply lah kad OKU secepatnya sebab bukan untuk ibu bapa tapi untuk kebajikan anak untuk di terima di pusat-pusat intervensi awal kerajaan. Yang swasta ada cuma agak tinggi kosnya. Salah satu yang termurah bawa ke NASOM. Jika mampu bawa ke pusat swasta yang kadarnya di antara 2k-3k sebulan untuk half day, bagi saya tiada masalah. Cuma still, the best terapis (terapi OT, ST, Daily routine dan diet) untuk anak2 autism kita ini adalah Ibu Bapa sendiri.
Jika anak sudah di diagnose sah autism, perkara pertama sekali buatlah sujud syukur dan belajar terima nya seadanya serta tidak membandingkan dengan kanak-kanak lain sbb anak autism berbeza dengan kanak-kanak tipikal(normal). Kemudian joinlah grup Autisme Malaysia , ramai teman sekasut anda ada di situ pinjam bahu mereka.
Jika perlu nangis , nangislah semahunya dalam doa anda. Mengadulah dengan sepenuh jiwa kepada yang Maha Mendengar ,Maha mengetahui, Maha memahami lagi Maha penyayang..InshaAllah bantuanNya akan tiba tepat pada ketika kita memerlukannya.
Pakar pengkaji belum jumpa punca sebenar terjadinya autism. Jadi, bukanlah mudah untuk menerima dengan redha anak autism bagi ibu bapa, apatah lagi orang luar (apatah lagi apabila dengar cerita dari mulut parent yg mengajar anak autism dia, didik hanya untuk mandi berdikari sendiri. Dari buka baju sampai pakai baju semula mengambil masa setahun). Segala tekanan, stress kita sama-sama kembalikan kepada yang Maha menjadikannya. Dia Maha perancang dan perangcangNya yang terbaik untuk kehidupan kita bersama anak autism yang memerlukan 25-40 jam seminggu terapi.
Yang paling nyata sekali. Allah sayang kita semua dan kita cintailah Allah semahunya kerana hanya Dia yang tahu atas anugerahNya ini. Pasti Allah sedang menyiapkan sesuatu yg terbaik untuk kita di dunia ini. Jadikan ini sebagai platform untuk menjadikan Allah bertambah sayang kepada kita sekeluarga. Kejar syurgaNya. Dapatkan redha dan rahmatNya kerana pasti Allah sediakan balasan yang sebaik-baiknya dan Bukan kah syurga itu sebaik-sebaik balasan ?
Alhamdulillah kini Ibrahim sudah banyak kemajuannya cuma masih perlu banyak lagi yg perlu dilakukan untuk Ibrahim.
Jika ada yang ingin menambah di persilakan sebab setiap satu anak autism itu berbeza-beza. Every single one is unique.
To Parent Yang Mempunyai Anak Autism. You are the best parents i have ever met in my entire life. You are Special. You are super natural parents ! Keep it up !
Hopefully me and my wife can be strong as strong as you gais and learn as much as we can from you gais. I still have looonngggg journey to walk, play and learn with my autism son with Allah permitted. Thank you for everything. May Allah bless you very very much !
Luv u gais ! Luv my life !
#beautifullife #autism #autisme #asd #semarakbiru
PS :
Wahai Allah Yang Maha Membuka. Membuka apa saja. Sesuaikan dengan lintasan hati, fikiran, doa, keperluan. Termasuk membuka hati yang beku dan keras. Termasuk buka pintu jodoh, pintu rezeki dan lain-lain.
Wahai Yang Maha Memberi Rezeki Wahai Yang Maha Mengubah Keadaan. Ubahlah keadaan kami, kepada keadaan yang lebih baik lagi. Bukan saja soal ekonomi, tentang hari-hari kami, kesulitan kami, kesusahan kami, tapi juga mengubah yang tak biasa bangun malam, jadi mampu dan biasa bangun malam. Yang biasa maksiat, jadi biasa taubat. Yang biasa bikin dosa, jadi biasa ibadah. Yang tidak biasa berjamaah di masjid, jadi mampu dan biasa berjemaah. Yang anaknya nakal dan teruk, jadi baik-baik semua anaknya. Dari suami atau isteri yang tidak atau kurang mnyenangkan hati, jadi menyenangkan atau selalu menentramkan hati.
Usahlah jadikan kami penghuni neraka, jadikan kami penghuni syurgamu.
Cukuplah Allah sebagai Pelindung, Penolong. Tiada daya upaya kecuali daya upayanya Allah.
(Doa ibu Ust Yusuf Mansur)
Sumber:Abdul Malek MB
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI