Anak-anak selalunya mula meragam, mengamuk dan buat tantrum apabila mereka tak dapat apa yang mereka nak. Situasi ini biasa berlaku bila anak dah capai umur setahun setengah.

Jadi, bila anak-anak sudah mula buat perangai dan menangis, anda sebagai ibu bapa tak boleh terus marah-marah. Cara ini bukan sahaja buat anak makin kuat mengamuk tapi beri kesan negatif pada emosi anak.

Anak Mengamuk Jangan Cepat Melatah. Yana Samsudin Kongsi Tip Anak Tantrum

Ibu bapa boleh memilih untuk cuba bercakap dengan nada perlahan padanya. Tanya kenapa mereka berbuat sedemikian dan lama-lama anak boleh jadi tenang.

Seperti yang dikongsikan oleh pelakon dan pengacara dan ibu, Yana Samsuddin, dia berkongsi tip bagaimana menghadapi tantrum anaknya, Aisy Mateen jika kemahuannya tak dipenuhi dan normal untuk kanak-kanak.

Bila ko tahu anak tengah berdrama. Kami jadi penonton tiket paling mahal…
Kihkih.Anak Mengamuk Jangan Cepat Melatah. Yana Samsudin Kongsi Tip Anak Tantrum

IKLAN

Ok lah, @aisymateen start tantrum guling guling badan masa bulan puasa tahun lepas lagi masa umurnya 1 tahun setengah.. sedikit awal dari jangkaan untuk budak lelaki. 

1st time masa tu kat expo Singapore. Dia guling guling sambil nangis.. nasib hall expo tu carpet.. masa 1st time dia jadi macam tu saya cepat cepat ambik video rakam aksi dia lepas tu terus suruh daddy dia bawa dia dari situ..huhuhu 

Anak Mengamuk Jangan Cepat Melatah. Yana Samsudin Kongsi Tip Anak Tantrum

IKLAN

Ya, tipsnya bila anak tantrum. 
1st : Jangan panik , enjoy the moment. Comel kot keletah dia, guling macam kipas helikopter kat lantai… paling penting ialah zaman kanak kanak anak kita datang sekali aja, lepas tu dia dah dewasa kita akan rindu zaman dia tantrum. 

2nd : Layan layan sayang. Dia nak berdrama kita pun layan drama ler… hahaha tengok dia berlakon dan nangis macam nak runtuh banggunan. Kita kena jadi penonton tiket kelas A lah. Hahaha buat apa nak marah. Just bagi amaran dulu dan cakap dengan dia. Tanya dia apa yang dia nak… mungkin dia nak luahkan sesuatu. Nak sesuatu kita tak layan ke. Tapi ter emosi lebih tu yang guling guling tu. 

3rd : Alihkan perhatian dia. Jangan biarkan dia lama lama berdrama. Ambik dia cepat cepat alihkan perhatian dengan cara bawa ke tempat lain. Peluk dengan penuh kasih sayang.Dan pandai cungkil perbualan dengan dia. Tunjuk apa yang dia suka. Automatik senyap punya, mood berubah dan dia akan mulakan perbualan punya. 

IKLAN

Anak Mengamuk Jangan Cepat Melatah. Yana Samsudin Kongsi Tip Anak Tantrum

4th : Seterusnya bila dia dah senyap, bagitau lah apa kesalahan dia, tanya dia kenapa buat macam tu. Terangkan situasi apa yang patut dengan dia apa yang fia buat tak betul kerana…

5th : Yang paling penting jangan ada rasa malu dan stress lah. Kenapa nak rasa malu orang pandang kita bila anak kita melalak.. lantak lah. Dia dulu pun pernah kecik juga kihkih. Ok lah anak kalian tantrum start umur berapa? 

Sumber: ig Yana Samsudin

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI