Masalah anak-anak tidur lambat sering diperkatakan oleh ibu bapa. Lebih-lebih lagi ketika menyambut Hari Raya. Jumlah purata jam yang diperlukan untuk kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun berehat untuk tidur ialah antara 10 jam hingga 11 jam. Jika kurang daripada itu, anak boleh mengamuk dan buat perangai. Confirm ganggu mood hari raya. Jom cuba tip mudah ini.
1.JADUAL
Anda perlu bertegas dengan peraturan waktu tidur dengan anak anda. Perlu diingat sebenarnya kanak-kanak menguji ibu bapa jika selalu mengikut kehendaknya. Katakan walaupun raya ,tetap kena tidur awal.
2. TIDAK IKUT PERMINTAAN ANAK
Cuba tidak melayani kehendak anak apabila disuruh tidur. Contohnya meminta tunggu sebentar kerana belum habis bermain atau menonton televisyen. Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk tidur akan menguji anda dengan membuat berbagai permintaan sebagai helah untuk melewatkan masa.
3. BILIK TIDUR
Memang susah nak suruh tidur lebih-lebih lagi ada saudara mara.Tetapi anda kena tegas. Tumpang bilik sesiap dulu, jika di kampung anak tidur di ruang tamu. Masa ini, anak anda tidak dibenarkan bangun dari katil atau meninggalkan bilik tidur. Jangan pedulikan protes atau rungutan anak anda dan kurangkan interaksi dengan anak anda.
4.BERI PUJIAN
Sentiasa memberi pujian jika anak anda sudah mahu bergerak ke arah tempat tidur. Temani sebentar sambil memberi dorongan ketika anak anda berada di tempat tidur. Kata-kata semangat dan pujian menjadikan dia memahami kepentingan tidur. Contohnya memberitahu jika tidur awal, esok boleh bangun awal pergi beraya.
5. BACA BUKU
Walaupun raya, jangan lupa rutin harian anda. sebaik-baiknya anda digalakkan membacakan sebuah buku yang digemari sebelum tidur. Secara tidak langsung dapat merehatkan minda anak dengan membacakan buku cerita.
6. TUTUP TELEVISYEN
Masalahnya jika berkumpul masa hari raya ini, tentu ada yang menonton televisyen hingga larut malam. Semua pihak hendaklah bekerja sama. Waktu menonton televisyen hendaklah dihadkan. Pengaruh persekitaran agak menyulitkan untuk melaksanakan rutin tidur kepada anak yang berusia 5 tahun dan juga anak-anak kecil yang lain.