Tau tak apa benda yang paling banyak dibualkan oleh ibu bapa bila mereka berjumpa sesama mereka? Kalau tak cerita pasal kecomelan anak masing-masing, pasti mereka akan cerita tentang ‘hebatnya’ anak mereka bila mengamuk/ buat perangai atau tantrum.

Tantrum ni sebenarnya adalah kemarahan yang berlaku secara tiba-tiba. Anak mudah tunjuk perangai bila dia lapar, terlalu letih atau mengantuk, berada di dalam situasi yang asing baginya dan boleh jadi juga anak mengamuk sebab apa yang dia hendakkan tak dipenuhi. Anak yang sedang tantrum sebenarnya cuba untuk mengatasi perasaan kecewanya.

Anak Mengamuk Memang Tak Senang Duduk. Tapi 5 Sebab Ini Sebenarnya Baik Bila Anak Tantrum

Setiap kelakuan anak adalah cara si kecil memberitahu apa yang sedang dirasainya. Jangan sia-siakan percubaan anak untuk berkomunikasi dengan kita dengan mengecop dirinya degil dan tak mahu dengar kata. Tantrum ni adalah satu perkembangan yang penting dari segi kesihatan mental dan emosi anak. Jom kita tengok apa sebenarnya yang menyebabkan tantrum ni baik untuk anak-anak.

  1. Lebih baik lepaskan dari pendam.. betul tak?

Analogi yang mudah adalah apabila kita sakit perut memulas-mulas.. tentu kita rasa lega sangat bila akhirnya dapat ke tandas dan buang semua kan? Better out than in right? Macam tu lah juga dengan tantrum anak-anak ni. Bila mereka menangis dan mengamuk, mereka sebenarnya sedang melepaskan ‘stress’ mereka.

Ads

Crying is not the hurt, it is the process of becoming unhurt”

  1. Anak berasa selamat dengan anda.

Anak kecil tak pandai nak manipulasi orang lain untuk mendapatkan apa yang mereka mahu, terutamanya kita. Anak kecil tak dilahirkan dengan minda sebegitu. Perasan tak budak-budak yang sedang tantrum ni hanya buat perangai apabila bersama emak/ayah atau penjaganya? Selalu kita dengar yang orang lain puji baiknya anak kita.. tak buat perangai pun bila orang lain jaga.. tapi.. bila emak atau ayahnya balik… ha! All hell break loose! Terus menangis la, tergolek-golek atas lantai, sambil jerit jerit.. padahal tadi elok je. Itu sebabnya anak kecil hanya akan tunjuk ‘perangai terbaiknya’ bersama orang yang dipercayainya sahaja. Jadi, bila anak tantrum depan anda, terimalah ia sebagai pujian paling hebat! You are his most trusted person in this world!

  1. Menangis membantu anak anda belajar.

Kadang-kala si kecil ni menangis hanya untuk lepaskan perasaan geram dan kecewanya sahaja. Frust sebab tak dapat susun lego jadi bentuk rumah ke, frust sebab tak dapat ambil bola yang termasuk bawah kerusi ke, dan lain-lain. Bila mereka dah lepaskan perasaan geram mereka tu, kemudian mereka akan lebih tenang dan percayalah.. mereka akan cuba fikir dan usaha lagi teruskan apa yang mereka tak berjaya selesaikan sebentar tadi! Jadi, jangan cepat sangat step in bila anak tantrum.. beri masa untuk si kecil tenangkan perasaannya sendiri.

Ads

Anak Mengamuk Memang Tak Senang Duduk. Tapi 5 Sebab Ini Sebenarnya Baik Bila Anak Tantrum

  1. Anda kata TIDAK padanya.

Ini point yang sangat penting. Sayang anak jangan sehingga kita biarkan si anak bermaharajalela buat apa yang dia suka. Adakalanya anak buat perangai sebab anda tak penuhi permintaannya.. contohnya si kecil nak main pisau, main api, atau lompat-lompat atas katil. Itu semua adalah perbuatan yang boleh membahayakan dirinya, jadi bila anda kata tidak padanya, itu sebenarnya sedang mengajar mereka apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh. Berkata TIDAK pada anak kecil bermaksud anda adalah ibu bapa yang baik, tak takut mendidik dan berhadapan dengan proses menjaga yang lebih rumit dan menyusahkan. It’s always easier to give in and said yes to the kids.. but that is wrong. Be firm with your limit and teach them gently why they cannot do it.

Ads
  1. Tantrum bantu anak uruskan emosinya dalam jangka masa panjang.

Adakalanya, emosi anak kecil yang tak terkawal ditonjolkan melalui cara lain, seperti bersikap agresif, tak mahu berkongsi barang-barang dengan orang lain, ataupun langsung tak beri kerjasama dalam menyelesaikan kerja-kerja ringan seperti berus gigi, pakai kasut dan sebagainya. Tantrum dalam hal ini membantu anak kecil untuk melepaskan rasa marahnya dengan cara yang lebih selamat dan mudah. (bersabarlah ye ibu bapa sekalian.. beberapa minit je.. jangan kita pula jadi macam si kecil.. ikut jerit sekali)

Sumber: Cuddle Care

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI