Anak Mengamuk, Selalu Tak Sabar & Berebut Mainan? Tak Perlu Pukul, Guna 4 Tips Ini

Share

Pening rasanya bila anak-anak mula mengamuk, tak nak bersabar dan suka berebut mainan. Kaunselor beri penjelasan dan kongsi 4 tip yang ibu ayah boleh cuba ini. Yang penting, ia tidak melibatkan pukul-pukul anak!

Mengamuk, selalu tidak sabar bila nak sesuatu dan tidak boleh berkongsi ialah keadaan yang dipanggil tiadanya kebolehan mengawal diri. Ya, kanak-kanak memang masih

Perkongsian daripada kaunselor, Puan Farhan ini boleh anda praktikkan.

Saya masih ingat. Dulu, kalau bawa Aufa ke supermarket, mesti penuh bakul. Dia akan ambil semua barang yang nampak menarik pada mata dia.

Nampak coklat dia ambil
Nampak mainan dia ambil
Nampak air kotak dia ambil.
Bila kita kata tak boleh mula lah ada sedikit drama.

Tapi.
Semakin dia besar, semakin kurang perangainya itu.
Dia makin pandai kawal diri.

Kadang kadang saja test dia, bawa dia lalu tepi mainan banyak banyak. Ajaibnya, sejak usia masuk 5 tahun dia boleh kawal diri dia. Paling tidak pun, dia sekadar tanya

“Ibu boleh tak kalau kita beli ni”

Tapi bila saya beritahu jawapan seperti

“Dah ada kat rumah”

“Tak payah lah beli, tak bagus untuk kakak”

Dia boleh terima dengan baik tanpa drama yang panjang.

Sebenarnya, bila anak boleh kawal diri mereka itu di namakan kebolehan mengawal diri.

Bila anak boleh kawal diri:

  • Mereka lebih tenang menghadapi situasi/konflik
  • Mereka boleh bertolak ansur (Contohnya apabila melibatkan perebutan barang/kuasa)
  • Mereka tidak mudah mengamuk dan mengikut emosi
  • Mereka akan lebih sabar menanti(menanti giliran/janji)
  • Mereka akan lebih mudah untuk patuh dan mendengar arahan yang diberi

CARA BANTU ANAK KAWAL DIRI

Persoalannya bagaimana kita mahu membantu anak anak mengawal diri mereka.

Untuk pengetahuan anda, kebolehan untuk mengawal diri ini akan mula terbentuk perlahan lahan bermula usia anak anak 2 tahun. Namun pada awalnya kebolehan mengawal diri masih lemah. Namun, ia semakin baik apabila meningkatnya usia anak.

Semakin anak membesar. Keupayaan mereka untuk mengawal diri mereka akan semakin baik.

Jadi, tiada short cut untuk ini. Jalan utamanya adalah melalui praktis berterusan bersama anak anak.

Antara contoh perkara yang boleh anda lakukan bersama anak anak untuk membantu mereka membantuk kawalan diri adalah;

#1 Memberi tanggungjawab kepada mereka

Contohnya beri tugas kepada anak anak untuk mengemas bilik, membasuh pinggan dan sebagainya.

Apabila anak belajar untuk melakukan tugas yang diberi, mereka akan belajar untuk meninggalkan keseronokan bermain dan berehat seketika. Jadi, secara tidak langsung mereka tahu untuk kawal diri mereka. Mereka tahu bila masa mereka harus bermain, berehat dan melakukan tugas harian.

#2 Set peraturan dan limit

Anak anak harus diajar peraturan dan limit dari awal.

Apabila mereka dibesarkan tanpa peraturan yang jelas, mereka sukar untuk mengawal diri.

Lihat saja anak anak yang ketagih dengan handphone, 24 jam bersama handphone. Apabila tiada peraturan yang menyekat mereka maka kawalan diri juga akan lemah.

#3 Belajar kenal barang sendiri dan barang barang orang lain

Ada ibu yang mengadu apabila barang anak mereka digunakan oleh rakan rakan sekelas tanpa kebenaran. Sudahlah guna tanpa kebenaran, malah di guna sampai rosak dan tidak cermat sama sekali.

Anak anak harus kenal yang mana hak mereka dan yanh mana hak orang lain agar mereka lebih berhati hati dan tidak sewenang wenangnga menggunakan barang orang tanpa kebenaran.

Walau dengan adik beradik sendiri pun anda harus ajar anak untuk kenal barang masing masing. Jika si adik mahu bermain dengan colour pencil kakak, pesan pada adik, itu hak milik kakak.

Minta dengan kakak
Guna dengan baik.

Apabila mereka sedar hak masing masing, mereka akan lebih mudah untuk kawal diri dari menggunakan hak orang sesuka hati mereka.

#4 Latihan menunggu/mengambil giliran

Ajar juga anak anda bersabar dan menunggu untuk mendapatkan apa yang mereka mahu Contoh, anak mahukan permainan.

Anda minta anda bersabar sehingga anda mendapat gaji.

Setelah sampai waktunya, anda belikan permainan itu.

Namun anda kena ingat, di sini trust menjadi isu utama. Bila berjanji anda kena tunaikan untuk elakkan anak anda kecewa dan akhir sekali mereka tidak mampu lagi mengawal diri saat mereka mahukan sesuatu

#5 Terangkan pada anak appropriate dan inappropriate behavior

Kalau anak suka memukul selalu terangkan pada anak, tak baik pukul orang, sakit…. Boleh ajar dari anak kecil lagi walaupun dia masih kurang faham, tetapi ulangan mesej itu akan sampai pada anak…

Tunjukkan pada anak cara yang sepatutnya, contohnya dari pukul kepada gosok dengan perlahan.

Puji anak anda apabila dia bejaya buat perkara yang baik, contohnya apabila anak bermain dengan baik tanpa bergaduh, beri pujian pada anak.

Lama kelamaan, anak anda akan makin bijak mengawal diri.

Anak belajar mengawal diri apabila dia mampu dan berjaya untuk melepaskan keinginan mereka saat itu dan tunduk kepada peraturan yang ada mengikut situasi

Selain dari latihan yang saya sebut di atas ads satu perkata utama yang anda perlu lakukan, iaitu menjaga hubungan dengan anak anak.

Hubungan yang baik bersama anak anak akan membuatkan anak lebih mudah untuk mengalah dan melepaskan keinginan mereka. Bagi mereka keinginan mereka itu tidaklah begitu penting jika dibandingkan dengan hubungan yang sudah tertaut antara ibu dan ayah.

Maknanya. Kalau ibu dan ayah kata jangan mereka akan lebih mudah untuk dengar dan kawal diri mereka dari lakukan perkara itu. -Asasnya adalah hubungan yang baik dengan ibu ayah.

Anak yang memiliki daya kawalan diri yang baik akan lebih berjaya dan terhindar dari melakukan perkara yang negatif seperti merokok dan mencuri.

Sumber: Puan Farhan

IKLAN