Sebelum ini isterinya disahkan mengidap Hemolytic Uremic Sindrome (HUS) atau sel darah pecah. Kali ini Mohd Nizrul Abdul Khair, 33 sekali lagi diduga apabila anak tunggalnya, Nur Rasysha Adellia, tiga tahun turut mengalami penyakit yang sama.
Dalam Laporan sebuah akhbar, Menurut Nizrul, ia bermula ketika Hari Raya Aidilfitri yang lalu dimana Rasyha mengalami cirit-birit hingga mukanya menjadi pucat lesu. Keadaan itu berterusan selama beberapa hari menyebabkan dia dan isteri Nor Aini Mohd Tamin, 31 terpaksa membawa anak mereka ke klinik berdekatan.
Namun penyakitnya hanya dapat dikesan selepas menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Parit Buntar, Perak namun kerana ketiadaan pakar di hospital berkenaan, kes anaknya itu dirujuk ke Hospital Taiping untuk pengesahan.
“SEBELUM ini isteri, kini anak pula menderita akibat penyakit yang sama…saya reda dengan ujian ini dan berdoa semoga usaha mencari dana buatnya dipermudahkan,” kata Mohd Nizrul.
Mohd Nizrul yang bekerja sebagai juruukur di Shah Alam buntu memikirkan nasib anak tunggalnya, Nur Raysha Adelia, tiga tahun yang menghidap hemolytic uremic sindrome (HUS) atau sel darah pecah.
Kos Rawatan cecah RM720,000
Berikutan penyakit itu, Nur Raysha memerlukan sebanyak RM720,000 bagi menampung kos 18 suntikan eculizumab bernilai RM40,000 setiap satu yang bertujuan untuk menghalang sel darah daripada pecah dan menyelamatkan buah pinggangnya daripada gagal berfungsi.
Menurut Mohd Nizul, pengambilan suntikan itu juga disyorkan sebagai alternatif bagi menggantikan rawatan plasmapheresis yang hanya dapat memberi kesan sementara.
Ads
“Memandangkan keadaannya yang tidak stabil, Nur Raysha dirujuk pula dan dimasuk ke wad Hospital Pulau Pinang sebelum ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum dibenarkan pulang ke rumah kira-kira dua minggu kemudian,” katanya lagi.
Jalani 17 Rawatan Plasmapheresis
Bagaimanapun, kanak-kanak itu dimasukkan semula ke PPUM pada Ogos dan setakat ini sudah menjalani 17 sesi rawatan plasmapheresis.
Mohd Nizrul berkata, isterinya turut menghidap penyakit sama dan kini menjalani rawatan dialisis disebabkan masalah buah pinggang yang kronik akibat HUS.
Keadaan itu menyebabkannya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama dua bulan bagi memantau keadaan Nur Raysha yang masih berada di wad.
“Buat masa ini, anak saya dalam keadaan sedar dan buah pinggangnya juga masih berfungsi tetapi belum boleh menjalani rawatan dialisis kerana usianya yang masih kecil.
Ads
“Saya pula tidak sampai hati meninggalkanya bersama isteri yang perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari sejak penyakitnya bertambah kronik.
“Disebabkan tiada pilihan, saya ambil keputusan untuk memohon cuti tanpa gaji dan mujurlah majikan faham dan beri kelulusan.”
Ingin Lihat Anak Sembuh
Menurut Mohd Nizrul, dana terkumpul setakat ini sebanyak RM60,000 dan diperoleh hasil sumbangan keluarga, rakan dan orang ramai.
“Terkejut juga bila doktor memaklumkan kos yang diperlukan untuk suntikan berkenaan.
Ads
“Namun, saya bersyukur kerana ramai prihatin dan berterima terima kasih kepada semua yang menghulurkan sumbangan.
“Selain sumbangan itu, saya turut berikhtiar dengan cara lain antaranya dengan memohon bantuan Lembaga Zakat Selangor, Tabung Pesakit Kementerian Kesihatan (KKM) dan platform pendanaan awam dalam talian, Kitafund.
“Diharapkan, usaha itu berhasil kerana apa yang saya mahukan adalah melihat Nur Raysha sembuh,” katanya.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, orang ramai boleh menghulurkan sumbangan ke akaun RHB, 11816100032652 atas nama Mohd Nizrul Abdul Khair.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan media telah memaklumkan tentang pindaan tarikh Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI.
Pindaan tarikh ini tentu memberikan berita gembira dan teruja buat seluruh warga Malaysia kerana melibatkan pengisytiharan cuti umum.
Kerajaan telah bersetuju untuk meminda Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah daripada 6 Jun kepada 8 Jun 2020 yang jatuh pada hari Isnin.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di lama Facebook rasminya, Kerajaan telah bersetuju bahawa Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah adalah pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun mulai tahun 2021 sepanjang tempoh pemerintannya.
“Hari Keputeran Rasmi Baginda adalah pada hari Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.”
“Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am,” dalam kenyatan media tersebut.
Tentu rakyat Malaysia gembira dengan berita ini. Daulat Tuanku!
Viral kisah seorang ustaz selebriti yang menceraikan isterinya yang sedang hamil 7 bulan demi mengahwini seorang janda anak satu. PU Abu menjadi bualan hangat netizen kerana tergamak memperlakukan isterinya sedemikian rupa.
Keputusan untuk menceraikan isteri ketika hamil dianggap sesuatu yang keterlaluan kerana ibu hamil memang memerlukan suami di sisi sepanjang kehamilan untuk memberikan semangat dan ibu hamil juga perlu dijaga emosinya.
Emosi yang ibu rasakan sewaktu mengandung boleh memberi kesan kepada bayi. Itu antara sebab mengapa ramai selalu berpesan terutama terhadap bakal ibu yang sedang mengalami kedukaan agar jangan terlalu mengikut perasaan, ingat anak dalam kandungan.
Menurut kajian Psychological Science, janin berusia enam bulan boleh terpengaruh dengan emosi ibu dan kesannya dapat dilihat dalam jangka masa panjang iaitu selepas bayi dilahirkan.
Berikut ini antara kesan yang boleh berlaku ke atas bayi sekiranya emosi ibu kerap terganggu sepanjang hamil.
1. Kadang kala ibu hamil juga ada mengalami stres yang ringan sekali-sekala. Jangan risau, kerana ini tidak memberi kesan kepada bayi tetapi awas sekiranya ibu kerap mengalami stres teruk diikuti tekanan kerana kesan buruk akan terjadi kepada emosi bayi kelak.
2. Ibu yang terlalu kerap stres dan risau berlebihan mungkin akan melahirkan bayi yang mudah gelisah dan kolik yang akan membuatkan bayi berusia bawah tiga bulan menangis selama berjam-jam tanpa sebarang sebab dan sukar ditenangkan.
3. Tubuh ibu hamil yang stres akan menghasilkan hormon stres. Walaupun emosi ibu tidak melalui plasenta, tetapi hormon akan melaluinya. Jadi, bila ibu stres maka hormon stres yang diterima janin juga semakin banyak.
Ini antara kesan yang boleh berlaku kepada bayi dan ibu yang sedang hamil. Para suami dinasihatkan supaya menjaga isteri sebaik mungkin ketika tempoh kehamilan. Berbalik kepada cerita PU Abu, ini kisah disebalik apa yang terjadi kepada isterinya.
Diceraikan Sedang Mengandung
Kantoi Curang Dengan Founder Skincare Di Kedah
Dua Hari Sebelum Suami Ke Umrah.. Aku Terbaca….
Bas Dia Ke Penang Bukan Ipoh
Malam Tu Aku Bleeding Teruk, Call Bagitahu Dia Endah Tak Endah
Dia Pijak-Pijak Hadiah Aku Bagi Masa Bergaduh
Aku Rasa Lost Sebab Masa Nikah Aku Dah Set Akan Hidup Dengan Dia Dunia Akhirat
Jangan Bina Kebahagiaan Mu Dari Air Mata Orang Lain
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas penyampai radio dan juga pengacara terkenal, Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI memuat naik status di Instagramnya menentang tindakan sesetengah pihak yang memuat naik video saat isteri tengah bersalin
Nampaknya semakin ramai yang merekod dan memuat naik video saat isteri tengahh bersalin melahirkan bayi di media sosial.
Wajarkah trend tersebut dilakukan oleh para suami atau isteri? Ramai netizen memberikan pendapat masing-masing berkenaan isu tersebut sama ada bersetuju atau tidak dengan perbuatan itu.
Pada pendapat FBI perbuatan tersebut sangat tidak wajar sama sekali di saat isteri sedang bersabung nyawa melahirkan zuriat. Ia adalah saat sangat peribadi dan tak patut ditunjukkan pada umum.
Bapa yang telah menyaksikan lima kelahiran anaknya ini juga berharap agar perkara ini tidak akan dicontohi oleh orang lain serta berpendapat mereka yang pakar dalam bab agama wajar memberikan pandangan dalam hal ini.
Nampaknya status FBI dipersetujui oleh ramai netizen yang rata-rata merasakan ia bukan cara yang betul untuk menghargai pengorbanan isteri dan saat meneran bayi adalah perkara paling peribadi untuk dipertontonkan kepada umum.
Semua orang bebas memberikan pendapat masing-masing, apa pun yang baik kita jadikan panduan, yang tak berapa elok tak perlulah dicontohi.
Sumber: Instagram faizalfbi76
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.