Selepas tamat tempoh cuti bersalin yang diberikan majikan, ibu berkerjaya pasti berdepan dengan dilema untuk meneruskan kerja ataupun berhenti kerja. Mana tidaknya, rutin sepanjang tempoh dua hingga tiga bulan selepas bersalin pastinya banyak diisi dengan menyusukan bayi.

Jadi, jika sudah memulakan kerja di pejabat, bagaimana ibu baharu ingin meneruskan penyusuan susu ibu?

BACA: Bapa Ini Kongsi Tip Ringan Tulang Bantu Isteri Bekerja Yang Menyusu. Papa Lain Pun Boleh Tiru!

Antara cabaran yang dihadapi oleh ibu berkerjaya untuk meneruskan penyusuan susu badan adalah:

  •  Sukar mengikuti rutin penyusuan.
  •  Tiada masa atau tidak pandai membahagikan waktu menyusu dengan waktu
    berkerja.
  •  Tempat kerja dan rumah jauh, jadi sukar untuk berulang-alik.
  •  Susu menjadi sedikit apabila mula berkerja.
  •  Bayi keliru puting.
  •  Anak tidak mahu menyusu botol.
  •  Kurang pengetahuan tentang persediaan penyusuan bagi ibu berkerjaya.

Bagi membantu para ibu berkerjaya meneruskan penyusuan susu ibu, ketahui persediaan penyusuan yang perlu dibuat oleh ibu sebelum mula bekerja.

Persediaan untuk ibu berkerjaya

–  Selepas bayi lahir, atur jadual penyusuan yang bersesuaian dengan keadaan jika anda
sudah mula berkerja

–  Sediakan barangan penyusuan secukupnya seperti pam susu, botol, pemanas susu
dan beg simpanan penyusuan.

–  Dapatkan pam susu yang betul dan selesa dengan anda bagi memudahkan anda
mengeluarkan susu dengan lancar. Antara pam susu yang terdapat di pasaran adalah
pam susu manual, pam susu elektrik dan dwi pam susu.

–  Pelajari cara menggunakan pam susu seperti bagaimana untuk meletakkan pam susu
pada payudara dan teknik yang perlu dibuat bagi melancarkan pengeluaran susu
badan.

–  Sediakan susu yang diperah beberapa minggu lebih awal sebelum anda memulakan
kerja. Pelajari cara menyimpan susu yang sudah diperah, kemudian tandakan masa
dan tarikh susu anda dipam. Ketahui bagaimana untuk mengenal pasti sama ada susu
tersebut masih elok ataupun tidak.

–  Beberapa minggu sebelum memulakan kerja, sesekali berikan si manja susu ibu yang
diletakkan dalam botol dan lihat penerimaannya. Pilih botol yang sesuai dengan bayi
anda dan pelajari tips supaya bayi tidak keliru puting.

–  Berbincang dengan majikan anda tentang perancangan anda untuk meneruskan
penyusuan susu badan. Nyatakan kekerapan yang anda perlukan dalam sehari (di/
tempat kerja) untuk mengepam susu.

–  Sediakan senarai semak barangan penyusuan yang perlu dibawa ke tempat kerja
supaya tiada barang yang tertinggal. Jangan lupa untuk meninggalkan barangan
penyusuan seperti botol penyusuan, susu yang sudah diperah dan pemanas botol
kepada pengasuh bayi.

Tinggalkan Komen