“Cikgu, anak saya ini macam guna tangan kiri. Boleh tak cikgu latih dia untuk tukar tangan kanan? Tak berkatlah nanti belajar menulis guna tangan kiri.”

Pening cikgu.

TANGAN DOMINAN Kanak-kanak

Anak Menulis Guna Tangan Kiri, Tak Berkat? Ibu Bapa Perlu Faham Tangan Dominan Bukan Satu Pilihan

Secara asasnya, tangan dominan merujuk kepada kecenderungan menggunakan satu tangan untuk melakukan aktiviti yang membabitkan motor halus dan kasar. Contohnya seperti menulis, menggunting, melukis, menangkap dan membaling dan sebagainya.

Tangan dominan bukan suatu pilihan sebab ia bukannya pilihan yang kita boleh pilih dalam keadaan sedar. Dengan kata lain, genetic dan otak individu memainkan peranan yang penting dalam menentukan tangan dominan.

Seawal 6-9 bulan , bayi sudah mula ada preference untuk menggunakan satu tangan ketika mereka membesar – yang akhirnya kita boleh klasifikasinya sebagai right-handed atau left-handed? Ada juga di antara kanak-kanak boleh menggunakan kedua-dua tangan kiri dan kanan ketika membuat sesuatu tugasan.

Tetapi pada umur bayi, ia MUNGKIN sementara. Tapi menjelang umur sekitar 24 bulan atau 2 tahun sehingga 3 tahun, fungsi tangan tersebut mula menjadi dominan. Walaubagaimanapun, untuk sesetengah kanak-kanak, ia mungkin boleh lagi berubah sehingga umur 4 atau 5 tahun – dengan kata lain, bila kanak-kanak tersebut sudah masuk ke persekitaran sekolah, mereka sudah mula membuat aktiviti pra-menulis. Maka, di situ kita dapat mengesahkan tangan mana yang lebih dominan untuk menulis.

Jenis-jenis tangan Dominan

1. Right Handed – tangan kanan. Majoriti populasi di dunia adalah tangan kanan

Ads

2. Left-Handed – tangan kiri.

3. Mixed-Handedness – atau pun digelar cross-dominance. Orang yang mempunyai mixed-handedness lazimnya akan menggunakan kedua-dua tangan untuk tugasan yang spesifik. Contohnya, menulis tangan kanan, tetapi baling bola dengan tangan kiri.

4. Ambidextroux – Dua-dua tangan boleh guna. Seimbanga kekuatan. Dengan kata lain, boleh menulis dengan kedua-dua tangan. 1% je population di dunia ini adalah ambis.

Kenapa kanak-kanak bertukar-tukar tangan pada peringkat awal? Pada waktu begini, perkembangan motor dia baru nak berkembang. Belum cukup kuat. Maka, kekuatan genggaman/pegangan tangan mereka adalah rendah.

Ada juga keadaaan tingkah laku kanak-kanak yang kurang sabar (impatient). Dia akan grab sahaja barang yang terdekat dengan dia. Kalau botol susu itu lebih dekat dengan tangan kiri, maka dia akan ambil botol susu itu dengan tangan kiri.

Ads

Dua tangan, 1 tugas?

Walaupun kita mempunyai tangan dominan, tangan yang satu lagi juga memainkan peranan yang penting untuk menyempurnakan tugasan – yang dinamakan BILATERAL COORDINATION iaitu kebolehan menggunakan kedua-dua bahagian badan dalam masa yang sama dan teratur. Bukan sekadar untuk tangan je ye, ia termasuklah kepada pergerakan kaki juga.

Kalau parents masih risau anak-anaknya guna tangan mana, kita boleh buat eksperimen untuk tentukan tangan dominan anak. Cikgu Taska/Tadika pun selalu akan buat aktiviti ini untuk menentukan tangan mana yang lebih dominan supaya senang untuk mengajar menulis nanti.

UJI PILIHAN MEREKA.

Apa yang kita boleh buat, cuba letak barang-barang di hadapan mereka, kemudian buat pemerhatian tentang tangan mana yang mereka guna untuk mencapai barang tersebut. Kalau melebihi 70% daripada pemerhatian anda mereka menggunakan tangan kanan, maka kita boleh assume yang tangan dominan mereka ialah kanan.

Ads

Cuba pula dengan aktiviti lain. Seperti biarkan mereka memegang crayon, ambil cawan, pegang sudu, dan sebagainya – untuk mengesahkan lagi pemerhatian anda.

Senarai aktiviti lain yang boleh menguatkan tangan dominan mereka seperti;

– Menangkap dan membaling bola
– Bean Bag Toss
– Tutup mata, main permainan ‘angkat tangan’
– Menggunting
– Lukis ‘Lazy-8’
– Mewarna dengan pensel warna
– Type keyboard!
– Pegang anak patung

Ini hanya nak tentukan tangan dominan je tau. Belum lagi pendengaran dominan, penglihatan dominan, kaki yang dominan.

So, ibu bapa perlu risau tak kalau anak mereka tangan kiri yang lebih dominan?

Sepatutnya tak perlu, lagi bagus kalau kita dah tahu tangan mana yang dominan, kita kuatkan perkembangan fizikal motor mereka. Sebab, after all kedua-dua tangan ini perlu untuk membuat semua pekerjaan.

Sumber: Hazhari Ismail (Facebook)
Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI