Ramai ibu risau anak yang menyusu susu ibu badan tapi berat tak naik atau naik sedikit je. Dek kerana terlalu risau, ada ibu yang mencampurkan susu formula. Dalam situasi lain pula, ada bayi yang menyusu badan dan badannya begitu bersemangat.
Apa yang menyebabkan bayi kita mengalami situasi yang berbeza ini? Adakah tak cukup susu atau terlebih minum susu ibu. Berdasarkan perkongsian dari Kaunselor Laktasi, Puan Ziela Juzaila ini jawapannya yang ibu kena tahu.
Anak yang menyusu dengan susu ibu apabila berat tidak naik atau naik sedikit banyak perkara perlu dilihat. Kaji satu persatu antaranya:
Ads
– Bagaimana jadual memerah semasa bekerja? Sekiranya jadual memerah 3-4jam sekali maka susu perahan yang dibekalkan walaupun 20oz atau 30oz seharian di rumah pengasuh anak minum tetapi kandungan lemak dalam susu rendah. Itu sebab minum susu banyak tapi berat tak naik banyak. Ada baby minum 14-16oz di rumah pengasuh tapi susu yang diminum hasil dari sesi memerah kerap sekerap 2-3jam sekali dan berat anak naik mencanak tinggi.
– Bagaimana corak penyusuan waktu malam? Di waktu malam hormon prolaktin tinggi dan kandungan lemak dalam susu juga tinggi. Anak yang menyusu sekerap sejam sekali akan meningkat berat badan dengan banyak berbanding anak yang sedap tidur dan ibu ikut sama lena.
Ads
– Genetik juga pengaruhi saiz anak. Emak ayah kecil molek slim macam model anak pun boleh jadi mengikut juga.
Ads
Ramai sangat yang risau berat anak naik sikit sedangkan anak sihat ada yang aktif bertenaga 20jam sehari.
Beralih kepada susu formula mengikut cadangan nurse doktor bukanlah tindakan yang tepat, kenali dulu dimana yang boleh diperbaiki.
Kuatnya si kecil ni menangis, sakit ke dia? Buat ibu bapa baru, pasti anda sedikit cemas bila mendengar bayi menangis kuat-kuat sampai ‘melalak’ kan?
Buat yang tak tahu, tangisan bayi mencecah 110-120 db (rujuk web OSHA dan banyak sumber lain). Maka YA, kekuatan bunyi jerit tangis bayi boleh merentas jarak jauh.
BAYI SUKA MENANGIS KUAT-KUAT DAN ADA MASA SAMPAI ‘SELAK’ (HILANG BUNYI SEKETIKA). ADAKAH NORMAL?
⛔ 70db itu seperti bunyi vacuum cleaner rumah
⛔ 80db itu seperti bunyi trafik sesak/kuat
⛔ 90-100db itu seperti bunyi banyak ‘power tool’ seperti gerudi tangan dan pemotong rumput
⛔110 – 120 db itu pula seperti night club, konsert rock dan siren ambulance.
Itulah juga kekuatan bunyi jerit tangis bayi yang buat ramai ibu berkata, ‘bagai kena dera’, ‘macam nak tercabut anak tekak ‘, ‘sampai biru muka ‘ dan ‘sampai hilang suara’..
Kredit: USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
DBL INSTITUTE
THB EDU ASSC
THE WONDER WEEKS ACADEMY
SLEEPSMART EDUCATION
Apabila sampai waktunya, bayi anda akan mula belajar untuk merangkak. Buat mama dan papa, ketahui tip rangsang bayi untuk merangkak. Tapi mama papa perlu tahu setiap bayi ada kemampuan berbeza, jangan terlalu memaksa mereka!
Ini merupakan antara fasa penting buat bayi kerana ia adalah praktis yang terbaik untuk pergerakan mereka.
Lazimnya apabila usia bayi memasuki enam bulan, bayi mula meniarap dan mampu mengangkat beban tubuhnya. Ini merupakan petanda bayi anda akan merangkak. Meskipun demikian tidak semua bayi pada usia yang sama memiliki kemampuan merangkak dan ada yang akan melangkau fasa merangkak ini.
Ada ketikanya ibu cemas dan seringkali timbul persoalan adakah lambat merangkak merupakan tanda gangguan pada perkembangan anak.
KEMAMPUAN BERBEZA-BEZA
Kemampuan bayi untuk merangkak biasanya berlaku ketika usia mereka sekitar enam hingga 10 bulan. Ketika anak mula merangkak, lengan dan kakinya akan menampung badan di atas lantai sekaligus melatih kemampuan motorik halus bayi.
Merangkak merupakan fasa yang dilalui si kecil sebelum berjalan. Dengan merangkak anak anda mempersiapkan diri untuk berjalan bahkan dengan merangkak juga dapat memperkuatkan otot-otot tangan dan kaki untuk mengangkat beban tubuhnya.
Selain usia yang berbeza untuk perkembangan setiap anak, cara mereka merangkak juga ada yang berbeza-beza. Kebanyakkan bayi menggunakan tangan dan kaki untuk merangkak, ada pula bayi yang merangkak dengan cara bergesel dengan perut dan ada juga merangkak dengan menggunakan bahagian pinggul dan kaki. Mama dan papa perhatikan pergerakan anak sebelum mengatakan mereka tidak merangkak!
Bayi tidak dapat merangkak boleh disebabkan oleh berbagai faktor. Antaranya ialah;
*Bayi mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan *Kekurangan nutrisi *Kurang stimulasi merangkak *Gangguan keseimbangan *Sebab-sebab lain
6 TIP MERANGSANG ANAK MERANGKAK
1. Sering meniarapkan bayi sejak awal adalah rangsangan terbaik untuk si kecil. Dengan meniarap, bayi akan mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perut mereka.
2. Elakkan penggunaan ‘baby walker’ dan biasakan diri mereka diletakkan di ruangan yang luas dan bersih tanpa mengendong atau meletakkan di atas kereta sorong. Sediakan alas atau play mat yang comel untuk merangsang bayi bermain dan merangkak.
3. Letakkan permainan di hadapan bayi. Bermain dengan permainan tersebut agar bayi anda tertarik untuk mendapatkannya. Berikan sedikit pujian untuk mereka jika mereka berjaya menuju ke permainan yang ada. Pujian juga boleh merangsang si kecil untuk terus berusaha merangkak.
4. Merangkaklah bersama si kecil anda. Anak-anak akan suka ikut apa yang ibu dan ayah buat.
5. Tidak terburu-buru untuk menyuruh si kecil berjalan. Biarkan bayi anda melalui fasa merangkak mereka dengan gembira tanpa rasa tertekan.
6. Adakalanya stimulasi sahaja tidak mencukupi untuk merangsang bayi anda untuk merangkak, oleh itu fisioterapi dan juga senaman juga boleh anda lakukan namun ia perlu dilakukan atas nasihat doktor.
KEBAIKAN MERANGKAK
Merangkak bukan sahaja antara fasa perkembangan bayi, ia juga mempunyai banyak kebaikan penting yang berkaitan dengan perkembangan fizikal dan otak bayi.
Manfaat merangkak pada bayi:
2. Menguatkan otot besar dan kecil, melatih kemampuan motorik kasar dan halus.
Koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, tegangan otot, keseimbangan dan juga keterampilan jari.
3. Melatih fungsi otak kanan dan kiri.
4. Gerakan bersilang ketika merangkak merangsang memperkuat dan intergrasi otak kanan dan kiri. Ia juga membantu kordinasi penggunaan kedua belah mata, telinga, tangan dan kaki.
5. Mengembangkan sambungan jaringan saraf. Gerakan berulang ketika merangkak merangsang dan mengembangkan sambungan jaringan saraf otak sehingga otak lebih berkesan dalam mengawal proses kognitif seperti pemahaman, konsentrasi dan ingatan.
6. Merangsang kepekaan. Dengan merangkak ia merangsang kepekaan visual dan kepekaan terhadap jarak jauh dan dekat.
MERANGKAK DAN PERKEMBANGAN OTAK
Merangkak adalah salah satu cara melatih perkembangan motorik bayi pada usia tujuh hingga lapan bulan. Merangkak adalah tindak balas semulajadi yang membantu bayi mengawal badannya untuk bergerak sebelum bayi boleh berjalan.
Pakar perkembangan kanak-kanak menganggap merangkak adalah fasa penting dalam tahap perkembangan bayi kerana berkaitan dengan perkembangan otak. Oleh itu, jika anak anda terlewat untuk merangkak, cubalah cara yang disarankan untuk merangsang bayi supaya merangkak dengan cepat.
Ada yang bertanya mengenai warna putih pada lidah baby yang menyusu. Adakah ianya normal, ataupun jangkitan.
MILK TONGUE (lidah susu)
Adalah normal sebenarnya untuk bayi yang menyusu untuk ada lidah yang diselaputi susu. Selalunya lidah akan putih selepas menyusu, dan hilang setelah beberapa lama. Boleh lihat bahawa selaput putih hanya pada lidah, dan mudah dicuci.
Cara cucian lidah
– Ibu / penjaga boleh cuci lidah ini dengan tuala / kain yang telah dibasahkan dengan air minum, dan lap dengan lembut.
– Disyorkan basuh sewaktu bayi dalam keadaan gembira dan ingin bermain untuk mengelakkan bayi rasa stress setiap kali cucian dilakukan.
– Jangan lakukan sejurus selepas menyusu.
– Boleh juga gunakan berus gusi yang lembut sebagai pengganti tuala / kain.
ORAL THRUSH / CANDIDA
Selain daripada susu, lapisan putih dalam mulut boleh juga disebabkan jangkitan kulat. Ini boleh terjadi pada bayi yang menyusu badan / botol.
Boleh disebabkan oleh
– pemberian antibiotic,
– ibu yang mempunyai keputihan yang banyak sewaktu mengandung,
– jangkitan dari puting, mainan, dll
Selaput putih yang disebabkan kulat adalah lebih tebal, dan biasanya akan meliputi pipi bahagian dalam, dan lelangit juga. Tidak mudah untuk dicuci, dan kadangkala boleh menyebabkan pendarahan sekiranya dibersihkan dengan kuat. Bayi juga boleh kelihatan tidak selesa sewaktu menyusu. Tanda candida di tempat lain juga mungkin boleh dilihat, seperti ruam pada kemaluan dan lubang dubur bayi. Atau candida rash pada pipi dan kulit lain.
Untuk oral thrush, boleh diberikan rawatan, antaranya adalah sapuan minyak kelapa dara, atau ubat untuk membunuh kulat. Ibu yang menyusu badan haruslah kurangkan pengambilan makanan yang manis dan tingkatkan pengambilan makanan yang tinggi probiotic dan prebiotic. Probiotic dan prebiotic adalah penting untuk pastikan bakteria baik sihat, dan boleh melawan candida yang berleluasa.
TONGUE TIE
Selain itu, sekiranya bayi mempunya tongue tie, juga boleh menyebabkan lidah selalu kelihatan putih. Ini disebabkan lidah yang terikat dan tidak sampai pada lelangit. Jadi susu akan melekat pada lidah. Tongue tie adalah satu keadaan yang boleh mengganggu penyusuan, dan juga percakapan pada kemudian hari. Boleh bawa ke doktor untuk dikenalpasti, dan boleh dilakukan prosedur untuk melepaskan ikatan tersebut sekiranya perlu.
HIGH HARD PALATE
Jika lelangit bayi adalah tinggi juga lidah boleh selalu kelihatan putih. Sekiranya ia hanya susu, ibu / penjaga harus selalu mencuci lidah seperti yang disyorkan.