Anak Merangkak Lama Dikira ‘Bonus’. Fasa Ni Perkembangan Otaknya Optimum!

Share

“Anak saya sekejap sahaja merangkak, anak saya skip merangkak terus jalan, anak saya laju merangkak”.

Sedarkah ibu ayah merangkak ini antara fasa perkembangan anak yang paling sering dilupakan kepentingannya pada perkembangan otak? Berikut adalah kupasan lanjut daripada Terapis Cara Kerja, Puan Nurul Sheriena Musa.

Bila ada tanya kalau tak merangkak? Jawapan saya adalah anak merangkak ok tak merangkak pun ok je.

Tapi rugilah Sensory Input yang dapat dari proses merangkak itu. Ya melalui proses itu banyak anak belajar dan dapat banyak betul bonus sampingan.

Saya nak kongsikan lagi sekali semoga lebih ramai ibu ayah sedia ambil tahu tentang perkembangan bayi dan perkembangan anak.

BONUS JIKA MERANGKAK LAMA

1️⃣ Latihan Koordinasi Mata dan Tangan
Anak perlu gerakkan Mata dan Tangan selari dengan Pergerakan ke depan. Banyak merangkak banyaklah latihan koordinasi

2️⃣Integrasi Otak Kanan dan Kiri
Ada satu bahagian di Otak dikenali sebagai Corpus Collosum yang hubungkan Otak Kanan dan Kiri. Lagi banyak merangkak lagi laju Informasi dipindahkan antara Otak Kiri dan Kanan.

3️⃣ Beri Input Proprioseptif dan Vestibular
Pergerakan Tangan yang lutut yang perlu bergerak selari dengan Pergerakan Kepala akan beri Input Sensori kepada Otak.

4️⃣ Lengthening dan Kuatkan Otot di Bahu, Tengkuk dan Tangan
Anak anak yang tidak kuat otot sekitar bahu tengkuk ini fokusnya mudah lari. Sebab Stamina Otot tiada. Ni dengar di Live banyak Input diberi

5️⃣Stimulasi Refleks Symmetrical Tonic Neck Refleks dan Palmar Refleks
Pergerakan Merangkak ini fasa Penting untuk kematangan beberapa Refleks. Antaranya STNR yang bantu anak hendak salin dari Board ke kertas depan mata.
Bila Tangan perlu dibuka semasa merangkak ianya bagus untuk latih anak menulis.

6️⃣ Latih Telinga dan Mata bekerjasama untuk Membaca
Untuk Baca Koordinasi Telinga dan Mata penting untuk diselarikan. Dengan Merangkak banyak Peluang anak akan dapat untuk latih.

Ya tidak menjadi masalah jika anak tidak mahu merangkak. Tapi jika kita mahu mengoptimumkan kegunaan OTAK dan lebih banyak neuron-neuron berhubung merangkak adalah cara santai.

Lagi seronok bila ibu ayah merangkak sekali dengan anak. Dan ya merangkak bukan untuk anak-anak sahaja. Orang dewasa juga digalakkan lakukan pergerakan merangkak ini. Tidak rugi pun.

Jemput share agar lebih ramai faham proses merangkak ini penting.

Kredit: OT Nurul Sheriena Musa

**Dengan sukacitanya kami telahpun umumkan Jenama Pilihan Pa&Ma! Untuk senarai penuh dan bagi memastikan Jenama Pilihan Pa&Ma 2021 akan terus menjadi rujukan ibubapa boleh klik ke https://jenamapilihan.majalahpama.my/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy