Pernah tak main merangkak sama-sama dengan anak? Ibu bapa tahu tak, aktiviti ni bagus untuk koordinasi badan, motor kasar dan konsentrasi anak. Bila buat aktiviti ni, semua anggota badan digunakan serentak dan ia dapat menguatkan kaki dan tangan anak.
Menurut Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim selain menguatkan kaki dan tangan anak, aktiviti merangkak ini juga dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis anak. Bila otot tangan kuat, mudahkan untuk anak pegang pensil dan menulis tau??
Mesti ada antara ibu bapa terfikir sama ada boleh ke aktiviti merangkak ni tingkatkan kemahiran komunikasi dua hala dan kemahiran sosial anak? Jawapan saya, mesti la boleh? Ajak satu family join main sama-sama. Kalau anak jiran nak join, ajak la sekali. Hehe?
Ads
Sebab dari situ, dapat kita ajar kemahiran-kemahiran yang saya sebutkan tadi pada anak. Ibu bapa kena kreatif bila bermain dengan anak. Kalau tak ada tunnel macam dalam gambar ni, boleh je merangkak bawah meja. Kalau ada tunnel pun bagus. Nanti masa bermain, boleh selitkan perkataan macam “Jom masuk!” “Cepat adik!” “merangkak” “keluar” “Berdiri” untuk wujudkan komunikasi dengan anak.
Ads
Bila main ramai-ramai, ibu bapa boleh ajar anak kemahiran menunggu dan mengambil giliran serta kemahiran mengikut arahan. Jangan ramai-ramai masuk serentak. Tunggu seorang demi seorang masuk. Ajar anak untuk tunggu dan dengar arahan.
Nampak tak, bila bermain ni, macam-macam kemahiran anak kita dapat belajar. Sebab tu jangan biarkan anak main sendiri. Rugi tau!?
“Kenapalah anak saya ni buat perangai gini. Selalu sangat mengamuk. Aduhai..stress saya dibuatnya.”
“Dulu, asal tak nampak saya melalak kemain, sekarang macam-macam perangai yang mengeramkan saya. Mana taknya, mainan orang dia rebut, kongsi..emm jangan haraplah. Kadang tu tolak kawan. Geram betul saya. Dah cakap baik-baik tak nak dengar. Berbuih dah mulut ni pesan kat dia. Buat juga.”
“Orang kata jangan dibiarkan perangai macam ni. Nanti jadi budak degil. Tapi, kesian pula bila dah pukul. Tapi kalau tak buat gitu, menjadi-jadi plak perangainya.”
Dalam perkongsian oleh Pakar Kekeluargaan Dan Keibubapaan, Ibu Rose sebelum ini umur 1 tahun 6 bulan macam ni tak boleh pukul atau hukum. Jadi apa nak dilakukan sebenarnya.
Baik, demi meredakan keresahan, biar Ibu bantu sayang leraikan segala persoalan itu ya. Cuba sayang baca perlahan-lahan dan hadamkan apa yang Ibu bakal kongsikan.
Anak baru 1 tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat EGO CENTRIC. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia LEBIH FOKUS KEPADA DIRINYA.
Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.
Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak – triune belum begitu berkembang.
Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.
Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur.
Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, BILA ANAK RASA SELAMAT, PERKEMBANGANNYA CEPAT.
Pada usia 4 tahun keatas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.
Saat anak mula pandai berjalan, kebanyakan ibu bapa rasa teruja. Ini menandakan anak kita dah semakin besar. Cuma bila anak mula dapat kaki, terus terfikir untuk belikan kasut. Namun menurut pakar, membiarkan anak-anak berjalan tanpa memakai kasut sekerap mungkin adalah sesuatu yang baik untuk kaki mereka dan perkembangan otak.
Menerusi perkongsian Puan Adlil Rajiah, ada lima perkara penting yang Child Psychiatrist kongsikan mengenai kelebihan anak berjalan tanpa dipakaikan kasut terlebih dahulu.
Satu pesanan keramat oleh Child Psychiatrist kepada saya, satu ketika dulu–
“Bila anak dah boleh jalan, JANGAN CEPAT SANGAT PAKAIKAN KASUT. Sebab tapak kaki anak perlu banyak terima ‘tekanan’ dari pelbagai permukaan, untuk ransang sistem saraf & otak.”
“Hmm.. Tapi saya baru je beli 5 pasang kasut comel-comel untuk anak saya.”
“Buat hias peti ais je la, markonahhh.”
Jawab doktor di dalam hati. Hahahah.
Salah satu aktiviti yang disarankan oleh Child Psychiatrist tersebut adalah berjalan “kaki ayam” di atas jalan tar, rumput, pasir, lumpur dan sebagainya. Dapat buat 5-10 minit sehari pun dah memadai.
Dulu masa mula-mula nak expose Haikal jalan “kaki ayam” ni memang macam-macam jugak lah cengkadaknya.
Geli, terjingkit-jingkit, menangis, meronta. Tapi hadap je la.
Itu belum campur nak hadap cakap-cakap orang lagi. Takut kaki anak luka lah. Takut ada paku, kaca, semut api, tahik kucing lah. Takut tapak kaki anak jadi kasar lah.
Takut nanti anak tak biasa pakai kasut lah.
Pekakkan sahaja telingamu. Lantakkan orang nak cakap apa. Teruskan buat benda betul (seperti yang disarankan doktor) dan berwaspada sentiasa.
Dan tak lama lepas Haikal dibiasakan dengan aktiviti kaki ayam ni, macam-macam perubahan positif yang saya nampak pada Haikal.
Fine & gross motor skills dia semakin kemas. Focus & alertness dia semakin tajam. Physical strength semakin kuat. Creativity semakin out of the box.
Sensory development dia secara keseluruhan sangat advanced berbanding kanak-kanak seusianya.
Dan masa tu, orang-orang yang sibuk cakap-cakap dulu tu datang semula kat saya dan tanya–
“Camane eh kau buat kat anak kau sampai jadi camni?”
Itulah lumrah kehidupan ye tuan puan.
At first, people will ask you WHY you do it because they think you’re crazy. But later, they’ll ask you HOW you do it because they jeles oredi.
Tapi nak buat benda betul yang tak biasa dilihat dalam masyarakat ni memang bukan satu perkara yang mudah, tapi kalau kau yakin itu betul, DIAM DAN BUAT JE.
And let the success make the noise.
Ini 5 lagi perkara penting yang Child Psychiatrist pesan pada saya dulu :
1. Lepas anak 2 bulan, jangan pakaikan mittens (sarung tangan) dan stokin dah. Kecuali bila sejuk.
2. Bila anak dah start berjalan, jangan cepat sangat belikan kasut. Jangan jadi bodoh macam aku, anak baru menapak 2-3 langkah terus menggelupur beli 5 pasang kasut. Dalam rumah pun pakai kasut kengkadang. Konon comel.
3. Untuk anak 2 tahun ke bawah, hanya belikan kasut yang bertapak lembut. Yang tapak tebal2 tu toksah.
4. Dedahkan tapak kaki dan tapak tangan anak dengan pelbagai tekstur permukaan. This is VERY important to stimulate their sensory, nervous, and brain system.
5. Kurangkan screen time, because it limits body movements and sensory stimulations. Human limbs are made to move. Ada kajian mengatakan, paksa anak duduk diam lebih dari 20 minit adalah satu penderaan. Because they need to move A LOT, especially pada 8 tahun pertama. Kalau tak banyak bergerak, ada lah nanti “short” kat mana-mana untuk perkembangan tahun-tahun yang seterusnya.
Ibu mana tak terharu bila anak bangun tidur, terus tanya soalan yang buatkan diri sendiri pun tersentak. Begitulah dirasai oleh Shera Aiyob yang mempunyai anak lelaki cukup bijak, Nadi Anaqi.
Gelagat anak kepada pelakon Zahiril Adzim ini nyata buatkan Shera cukup terharu kerana di usia 5 tahun dia faham dan ingat tarikh lahir mommynya.
Menerusi perkongsian Shera, Anaqi bangun je tidur terus bertanya soalan cepumas. Siap nak buat kejutan beli hadiah telefon bagi mommy.
Paling kelakarnya, Anaqi boleh minta duit dengan mommy untuk beli hadiah tersebut.
Rata-rata pengikut Shera menyatakan Anaqi seorang anak yang bijak dan petah cakap.
Nampak je pemalu tapi banyak idea yang logik dan bernas.
Malah perkongsian Shera sebelum ini tentang caranya melayan Anaqi ibarat seperti seorang kawan.
Sebab itu, Anaqi petah bercakap dan fikiran seperti orang besar. Sangat bijak.
Sumber: ig sheraaiyob
Bagi yang belum tahu lagi, mommy dan daddy Anaqi juga hos untuk 13 episod rancangan TV Pa&Ma yang disiarkan di saluran Astro Prima (105) & Astro Maya HD 135 pada setiap Selasa, jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam.
Nak tahu apa kupasan menarik untuk topik kali ini, kena luangkan masa menontonnya. Banyak info dan tip berguna untuk panduan ibu bapa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.