Meraung melalak hentak-hentak kaki. Kadang-kadang sampai guling-guling mengamuk. Kadang-kadang tu, macam dirasuk pun ada. Geram dan risau melihatnya.
Ni kisah Adik Aqif bila tak dapat apa yang dia nak.
Kalau dekat rumah boleh tahan lagi, ni dekat shopping mall. Bila dimarah, dia marah balik. Bila dibiar, tak berhenti juga. Ibu ayah tak tahu nak sorok mana dah muka depan orang ramai.
Stress Mummy nya. Umur baru 3 tahun lebih dah pandai nak melawan. Jalan pintas memang kena MARAH terus. Terdetik di hati, dulu elok je, comel..
Kenapa tiba-tiba jadi macam ‘hulk’ pulak ni? Siapa yang ajar dia buat macam tu? Tengok kawan-kawan kat taska ke? Ke ada orang bagi tengok tv cerita ganas-ganas?
Mummy & Papa tak ajar pun macam ni
“Ya Allah, di manakah salahku dalam mendidik anak ini? Ampunkanlah dosaku. Ini kah yang dimaksudkan dunia akhir zaman, anak menjadi Tuan? Kembalikan lah anakku menjadi comel dan periang. Aamiin ya Rabb”
Ads
Ada ibu ayah yang alami situasi yang lebih kurang sama?
Jika ada, mungkin boleh belajar macam mana ibu muda ini Puan Safira (bukan nama sebenar) bantu kawal emosi dirinya & anaknya yang berusia 3 tahun lebih setelah amalkan teknik praktikal dari tips FIRST CLASS PARENTS (versi Audio-Parenting Bijak Pro) ini.
Bila anaknya ibarat macam ‘melawan’, tetap mengamuk nak apa yang diinginkan walaupun ibu ayah tak bagi.
1. Beliau terus tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan diulangi sebanyak 3 kali. Sambil zikir menenangkan diri.
2. Kemudian, beliau bayangkan saat pertama kali pegang Aqif sewaktu Aqif baru lahir.
Ads
3. Dikuatkan pula ingatannya pada azam yang terlahir semasa mendakap Aqif pertama kali itu; bahawa beliaulah yang akan mendorong dan membantu Aqif memahami liku-liku dunia hingga dia dapat menjadi insan yang hebat dan cemerlang!
4. Kemudian, dengan tenang, Puan Safira melutut di sebelah Aqif dan memegang lembut tangan kecil itu. Aqif cuba menepis, tetapi ibunya yang kini amat tenang dan penuh kasih sayang terus memeluk tubuh kecil itu tanpa berkata apa-apa… Dakapan lembut penuh makna itu umpama air yang disimbah ke api membara.
Tangisan Aqif bertukar dari marah kepada sedih. Memahami signal itu, ibunya bisik perlahan… “Mummy faham… Mummy sayang Aqif…”. Tangisan Aqif mula reda…
Itu sahaja yang telah Puan Safira lakukan untuk meredakan ‘hulk’ yang tiba-tiba muncul pada anaknya.
Ads
(walaupun mendapat kebenaran berkongsi cerita, Ibu tidak mengguna nama sebenar demi menghormati).
Kunci yang ingin Ibu kongsikan di sini ialah,
“We communicate from State to State”.
Keadaan diri kita merupakan faktor utama dalam komunikasi kita. Bukan perkataan mahupun tipu helah. Oleh kerana Puan Safira benar-benar memahami kunci ini, beliau dapat membawa anaknya kepada ‘keadaan tenang’ yang beliau inginkan. Bagaimana? Dengan ‘menjadikan dirinya tenang’ dahulu.
Ibu harap ibu ayah yang alami situasi yang sama telah dapat satu kunci besar daripada perkongsian ini. Ibu doakan kita semua dapat sama-sama amalkan. Amiin.
Dengan satu teknik je pun dah dapat bantu ibu muda tersebut berusaha menjadi FIRST CLASS PARENT sejak anak masih kecil.
Ibu nak ingatkan ya, bersungguhlah elak marah, ugut, kurung, maki hamun sebab efek jangkamasa panjangnya amat buruk. Malahan, jika dibiarkan reaksi begitu menjadi tabiat, dan gagal bantu sebelum usia anak cecah 4 tahun, sikap tu boleh menjadi kekal. Na’uzubillah
Kebiasaanya bila beli barang basah terutama sayur-sayuran pastinya tak tahan lama, cepat berkulat dan layu. Sebenarnya ada beberapa tip yang boleh kita gunakan untuk memastikan bahan masakkan tahan lama, mudah disediakan dan sentiasa segar.
PETUA-PETUA DI DAPUR
Kredit: Shakina Ismail
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sebenarnya amalan membasuh beras ni bukan sekadar mencuci untuk dimasak semata-mata tetapi tersimpan rahsia hebat untuk seluruh ahli keluarga jika diamalkan dengan baik.
Bagi ibu yang selalu menyediakan makanan untuk suami dan anak, memasak nasi ni antara rutin harian namun jika ia sekadar diniatkan untuk mengenyangkan saja agak rugi kerana tiada ganjaran besar yang diperolehi.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Hazie Kosnin, dia mengingatkan dirinya sendiri dan orang lain, sebaiknya basuh beras jangan kosong kerana boleh dapat manfaatnya untuk seisi keluarga.
BASUH BERAS JANGAN KOSONG
Ingatkan diri sendiri balik. Kadang dah siap basuh beras, baru teringat tak baca apa-apa.
Nampak simple je, tapi besar ganjarannya. Rugi tak buat. Doa ibu kan makbul.
Masa masak nasi, kita letakkan niat yang baik nak semua ahli keluarga dalam rahmatNya.
InshaaAllah nasi yang kita makan bukan sekadar untuk kenyangkan perut, tapi juga untuk sihatkan badan, hati dan fikiran seisi keluarga yang memakannya.
Biasa kita basuh dan bilas beras 3 kali kan? Boleh ikut tips ni. InshaaAllah tak lupa.
1. Basuhan pertama baca Al-Fatihah.
2. Basuhan kedua baca Selawat 7 kali.
3. Basuhan ketiga baca Al-Ikhlas
4. Akhir sekali dah letak air, sebelum tutup periuk nasi tu, baca doa ni.
Laysa Lahaa Min Duunillaahi Kaasyifah
(Tidak ada penyembuh selain dari ALLAH)
Basuh guna tangan kanan. Kacau arah lawan jam, arah pusingan tawaf. Nak diri sendiri, anak atau pasangan lembut hati boleh tambah baca zikir Ya Latiif juga.
Semoga bermanfaat. Diizinkan share untuk manfaat keluarga yang lain. InshaaAllah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berkahwin dan memperoleh anak di usia muda bukan mudah lagi-lagi dapat anak kembar. Perasaan ini pernah dirasai oleh pasangan Fad dan Sya yang dikurniakan anak kembar pada usia mereka 25 tahun dan 22 tahun.
Mungkin bagi orang luar cabaran membesarkan anak kembar mereka tak tahu tapi hakikatnya kami lalui susah senangnya bersama.
Bagi Fad berkahwin usia muda dan mendapat anak dalam tempoh yang cepat satu rezeki paling besar dalam hidupnya. Walaupun masa itu kerjaya saya baru nak stabil tapi kami suami isteri percaya Allah bagi Hayyan dan Zayyan ini tepat pada masanya.
“Memang kami agak terkejut juga untuk membiasakan kehidupan menjaga dua anak kecil sekaligus tapi apa yang kami amalkan kerjasama.
“Tak dinafikan sekali-sekala ada rasa naik angin. Biasalah darah muda waktu tu kan. Tapi kami sama-sama sedar bahawa amanah Allah ini yang membuka rezeki buat keluarga.
“Saya kesian bila tengok Sya uruskan serentak anak kembar kami ketika bayi nak menyusu. Jika saya ada masa di rumah, saya akan tolong Sya,” kongsi Fad.
Fad juga menyatakan, waktu tidur anak kembar juga tak menentu, Paing lama mereka akan tidur serentak dua jam, lepas tu kami kena bergilir lah jaga. Mujur masa tu ada mak mertua yang banyak bantu dan ajar kami.
Kunci bahagia rumah tangga
Orang kata bila dah berkahwin baru tahu sikap pasangan yang sebenarnya. Masa bercinta semua nak cover. Bagi Fad dan Sya kunci kebahagiaan dalam rumah tangga yang mereka pegang selama ini adalah bekerjasama, sabar dan ikhlas.
Ketiga-tiga ini jika diamalkan antara satu sama lain tiada istilah makan hati. Berterus terang juga salah satu faktor yang penting.
Menurut Fad, suami jangan biar isteri uruskan anak seorang-seorang atas alasan penat bekerja, Jika kita rasa penat, isteri dua kali ganda penat. Jadi bantulah apa yang patut.
“Sebab itu keserasian dalam rumah tangga akan dapat dirasai bila suami isteri faham tanggungjawab masing-masing dan sama-sama profesional menguruskan rumah tangga dan anak,” katanya.
Selain pasangan kembar, Fad dan Sya juga turut dikurniakan anak perempuan, Nur Aminah Mishall yang kini berusia setahun.
Foto: ig Fad Bocey
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.