Hasrat bawa anak untuk beriadah sambil bermain bertukar tragedi hitam buat satu keluarga ini apabila anak dihempap dengan salah satu fasiliti senaman ketika sedang berada di kawasan taman permainan.
Kejadian yang berlaku pada seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Ifra Mikayla ini cukup buatkan seluruh ahli keluarganya terkejut.
Semasa kejadian itu berlaku, double pendulum telah menimpa dahi anak dalam sekelip mata sehingga menyebabkan kecederaan teruk pada bahagian sekitar kepala.
Ibu kepada kanak-kanak terbabit, Safika Sahri telah memuat naik sebuah posting di laman Facebook berkenaan dengan kejadian tersebut.
Ads
“Ifra Mikayla kuat ya sayang? InsyaAllah mama akan lawan kes ni utk kayla ya? Untuk peringatan semua..
“..hati2 la jika bawa anak2 ke tempat macam ni. Jangan leka walaupun sesaat sebab nanti kita yang mnyesal. Biar anak menangis, jangan kita yang menangis,” katanya.
Ads
Safika turut berasa kesal dengan kejadian yang menimpa anaknya itu ketika mereka sedang meluangkan masa bersama di taman permainan Kampung Melayu Kluang, Johor.
Mungkin selepas ini pihak berkenaan perlu sentiasa turun padang dan memantau fasiliti permainan di setiap kawasan permainan awam kanak-kanak. Ini kerana nyawa anak kecil lebih berisiko kerana mereka pengguna utama untuk semua peralatan yang disediakan.
Ads
Ibu bapa biasanya tak tahu kondisi setiap alat permainan dan semestinya akan melihat saja anak bermain. Namun jika tiba-tiba berlaku kejadian tak diingini sehingga menyebabkan kecederaan serius memang sangat ralat.
Posting tersebut menerima pelbagai komen netizen dan rata-ratanya memberikan kata-kata semangat buat mereka sekeluarga terutamanya kanak-kanak terbabit.
Diharapkan tidak berlaku sebarang masalah serius buat adik Ifra Mikayla walaupun lukanya betul-betul dibahagian dahi dan melibatkan kawasan kepala. Semoga cepat sembuh!
Sumber : Safika Sahri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Di sebalik glamor dunia seni dan cabaran alam keibubapaan, siapa sangka wanita bernama Syasya Rizal ini mampu membuktikan sesuatu yang luar biasa.
Bekas anggota kumpulan DOLLA yang pernah menggegarkan industri hiburan tanah air ini kini melakar kejayaan peribadi yang membanggakan sebagai seorang ibu muda dan pelajar cemerlang.
Dengan penuh semangat dan dedikasi, Syasya berjaya menamatkan pengajiannya semester ini dengan keputusan CGPA 3.40. Bukan calang-calang pencapaian, lebih-lebih lagi bila ianya datang dari seorang ibu muda yang pernah mencuri perhatian ramai di pentas hiburan!
Difahamkan penyanyi berusia 25 tahun itu sedang melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Psikologi.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Syasya atau nama lengkapnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, berkongsi CGPA (Cumulative Grade Point Average) yang diperoleh iaitu 3.40, manakala bagi GPA (Grade Point Average) pula sebanyak 3.84.
Difahamkan penyanyi berusia 25 tahun itu sedang melanjutkan pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Psikologi.
Slowly but surely, insyaAllah.
Doakan saya cepat habis belajar okay.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan pencapaian yang diperoleh pelantun lagu Raya Pum Pang itu dan menyifatkannya sebagai seorang wanita yang bijak.
Kisah Syasya Rizal membuktikan bahawa status sebagai ibu muda atau bekas selebriti bukanlah penghalang untuk berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.
Beliau menjadi contoh bahawa wanita mampu bangkit dan mencipta masa depan yang cerah, walau berdepan cabaran luar biasa. Bagi mama-mama di luar sana yang pernah rasa ingin mengalah, ingatlah bahawa setiap langkah kecil yang diambil hari ini adalah pelaburan untuk masa depan yang lebih cemerlang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan nak menunjuk atau bermegah tetapi melihat sendiri situasi keluarga ada anak kecil dan susah, hati mana yang tak tersentuh. Sejak bergelar ibu, naluri keibuan Anzalna Nasir begitu kuat dan baru-baru ini dia ada memuat naik status untuk menolong keluarga yang benar-benar memerlukan.
Terbaru, dalam perkongsian videonya di instagram, Anzalna bersama kakak, Diana Nasir dan ibunya telah melawat satu keluarga yang mempunyai bayi yang masih dalam pantang dan anak-anak kecil.
Kehadiran Anzalna sekeluarga nampaknya begitu dinantikan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah ahli keluarga itu setelah menerima sumbangan.
Menurut Anzalna setiap rezeki yang kita dapat, ada hak orang lain yang perlu dikongsi. Seronok dan rasa puas bila dapat menolong atau memberi keselesaan pada bayi yang baru lahir dan anak-anak kecil.
“Mak dia cakap tiada persediaan langsung dibuat untuk si kecil ni. Hanya pakai apa yang ada. @the_angguns @mohamadeidrees pun ada bagi barang-barang diorang juga.
“Bukan niat untuk menunjuk tapi sekadar berkongsi semoga bermanfaat untuk semua dan mungkin ramai lagi yang ingin menghulurkan bantuan.
“InsyaAllah kami akan teruskan usaha ini dan membantu mana-mana keluarga yang memerlukan. Mana tahu disebalik rezeki orang itu, Allah akan berikan lagi rezeki berlipat kali ganda. Doakan usaha murni ini terus mendapat keberkatan dari-Nya”, katanya.
Sumber: ig Anzalna Nasir
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai kaum ibu cukup ‘berhantu’ kalau boleh masuk kedai yang menjual pelbagai barangan rumah pada harga murah. Ibaratnya bawa RM50 dalam beg, keluar dapat berplastik-plastik barangannya.
Namun ada tanggapan orang, barang yang dijual kurang berkualiti dan sesetengah barangan plastiknya boleh memudaratkan kesihatan. Bagi menjawab persoalan dan tanggapan ini, Ahli Kimia, Dr Fatimah Salim ada jawapannya.
Saya secara peribadi, masuk saja kedai serbaneka yang harga murah ni. Bukan apa, saya suka kepelbagaian barang yang dijual, ada yang saya beli juga. Barangan yang murah kita maklumlah ada baik dan buruknya. Namun jika kita pandai membeli dengan membandingkan harga dan jenis barangan, untung sebenarnya. Ada barangan sama yang jauh lebih murah daripada kedai lain.
Cuma nak pesan, barangan yang melibatkan penyimpanan makanan harus lebih berhati-hati. Contoh barangan plastik berwarna hitam yang mungkin diperbuat daripada plastik kitar semula. Barangan murah dikaitkan dengan kitar semula komponen plastik barangan elektronik seperti keyboard, komputer dan sebagainya.
Kajian menunjukkan terdapat potensi bocoran (leaked) bahan-bahan kimia seperti cadmium, chromium, mercury, antimony… ke dalam makanan yang dimasak, disamping bahan penebat api berbromin terutamanya apabila dipanaskan melebihi suhu 70 degree Celcius. Interaksi dengan masakan berminyak, berasid dan bergaram tinggi juga meningkatkan risiko bocoran bahan-bahan kimia tersebut.
Bukannya tidak boleh guna, cuma ELAKKAN penggunaan plastik jenis sebegini pada suhu panas.
Berkongsi mengenai barangan plastik, mari ulangkaji mengenai label Resin Identification Code (RIC) yang digunakan pada barangan plastik supaya kita lebih cakna.
Cuba perhati barangan plastik anda. Perasan tak adanya nombor 1 hingga 7 yang biasanya berada dalam kurungan segitiga (rujuk gambar di bawah). Sebenarnya ianya adalah kod rujukan yang bertujuan untuk mengklasifikasikan jenis bahan kimia polimer binaan aka material untuk bekas plastik berkenaan.
YA. Kod ini bertujuan untuk memudahkan proses pengumpulan semula bekas yang mempunyai bahan binaan yang sama untuk dikitar semula (recycled).
Untuk kod resin No.7 agak unik kerana ianya mengumpulkan pelbagai bahan binaan yang bukan dalam kategori utama No.1-6. Untuk lebih terperinci, boleh rujuk senarai dalam gambar di bawah.
Bekas berkod resin No.3 iaitu yang diperbuat daripada bahan kimia polimer vinyl chloride (PVC) boleh membocorkan (leaked) bahan kimia phthalates yang mana telah dikaitkan dengan masalah sistem peranakan dan tumbesaran.
Bekas berkod No.7 terutamanya yang diperbuat daripada bahan kimia polimer carbonate (PC) boleh membocorkan bisphenol A (BPA) yang mana telah dikaitkan dengan pembesaran prostat dan gangguan sistem peranakan pada bayi dan kanak-kanak, juga kanser payudara, diabetis, kegemukan, penyakit berkaitan jantung.
Bekas berkod resin No.6 pula boleh membocorkan styrene iaitu bahan kimia penyebab kanser (kasinogenik). Ini juga sebab kenapa kini pembungkus polystyrene tidak dibenarkan untuk membungkus makanan, apa lagi untuk makanan panas.
Sebenarnya isu keselamatan barangan plastik ini pada dos yang kita terdedah setiap hari masih lagi menjadi perdebatan. Setakat ini, FDA hanya mengharamkan penggunaan bahan ber BPA dalam produk botol bayi. Yang lain masih lagi dikategorikan sebagai selamat kerana jumlah bahan kimia pemberi risiko yang boleh terbocor dan masuk dalam badan kita (melalui makan, minum, terhidu atau aplikasi pada kulit) adalah sangat sedikit jika dibandingkan dengan pendedahan luar. Dan sistem sistem badan kita mampu mengeluarkannya secara semulajadi.
Usah risau, FDA bukan suka-suka keluarkan keputusan. Ianya dibuat berdasarkan timbang tara beribu kajian klinikal tentang keselamatan barangan plastik ini. Jika pengeluar mengikut garis panduan pembuatan dan kita pula menggunakannya dengan betul, ianya selamat. Maka, gunakanlah bekas-bekas ini sesuai dengan TUJUANNYA agar keselamatannya terjamin.
Nota kaki: Kod pada bekas plastik ini BUKAN petanda berapa kali ianya boleh dikitar semula ya. Semoga bermanfaat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!