Hasrat bawa anak untuk beriadah sambil bermain bertukar tragedi hitam buat satu keluarga ini apabila anak dihempap dengan salah satu fasiliti senaman ketika sedang berada di kawasan taman permainan.

Anak Meraung Sakit Dahi Terbelah Dihempap Alat Permainan. Ibu Luah Rasa Kesal

Kejadian yang berlaku pada seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Ifra Mikayla ini cukup buatkan seluruh ahli keluarganya terkejut.

Semasa kejadian itu berlaku, double pendulum telah menimpa dahi anak dalam sekelip mata sehingga menyebabkan kecederaan teruk pada bahagian sekitar kepala.

Anak Meraung Sakit Dahi Terbelah Dihempap Alat Permainan. Ibu Luah Rasa Kesal

Ibu kepada kanak-kanak terbabit, Safika Sahri telah memuat naik sebuah posting di laman Facebook berkenaan dengan kejadian tersebut.

IKLAN

“Ifra Mikayla kuat ya sayang? InsyaAllah mama akan lawan kes ni utk kayla ya? Untuk peringatan semua..

Anak Meraung Sakit Dahi Terbelah Dihempap Alat Permainan. Ibu Luah Rasa Kesal

“..hati2 la jika bawa anak2 ke tempat macam ni. Jangan leka walaupun sesaat sebab nanti kita yang mnyesal. Biar anak menangis, jangan kita yang menangis,” katanya.

IKLAN

Safika turut berasa kesal dengan kejadian yang menimpa anaknya itu ketika mereka sedang meluangkan masa bersama di taman permainan Kampung Melayu Kluang, Johor.

Anak Meraung Sakit Dahi Terbelah Dihempap Alat Permainan. Ibu Luah Rasa Kesal

Mungkin selepas ini pihak berkenaan perlu sentiasa turun padang dan memantau fasiliti permainan di setiap kawasan permainan awam kanak-kanak. Ini kerana nyawa anak kecil lebih berisiko kerana mereka pengguna utama untuk semua peralatan yang disediakan.

IKLAN

Ibu bapa biasanya tak tahu kondisi setiap alat permainan dan semestinya akan melihat saja anak bermain. Namun jika tiba-tiba berlaku kejadian tak diingini sehingga menyebabkan kecederaan serius memang sangat ralat.

Anak Meraung Sakit Dahi Terbelah Dihempap Alat Permainan. Ibu Luah Rasa KesalPosting tersebut menerima pelbagai komen netizen dan rata-ratanya memberikan kata-kata semangat buat mereka sekeluarga terutamanya kanak-kanak terbabit.

Diharapkan tidak berlaku sebarang masalah serius buat adik Ifra Mikayla walaupun lukanya betul-betul dibahagian dahi dan melibatkan kawasan kepala. Semoga cepat sembuh!

Sumber : Safika Sahri

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI