Kebanyakan ibu pasti merasa sedih jika sampai fasa untuk bercerai susu. Risau jika anak tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya atau gusar mungkin anak akan menjauhkan diri jika sudah tidak menyusu badan. Bercerai susu adalah satu proses di mana ibu menghentikan penyusuan dengan anaknya. Biasanya fasa bercerai susu ini diadakan apabila si kecil sudah mula mengambil makanan lain selain susu ibu.
Ia adalah proses yang normal dalam perkembangan anak dan keputusan berpisah susu adalah di tangan ibu dengan melihat keadaan anaknya. Keputusan untuk menghentikan proses menyusu badan seharusnya bukan kerana pengaruh orang lain. Keputusan ini harus dihormati dan mendapat sokongan suami kerana ia bukan sekadar perhubungan fizikal tetapi juga kesihatan emosi.
Bercerai Susu Selepas Dua Tahun
Sekiranya ditanyakan waktu yang sesuai untuk seorang ibu bercerai susu dengan anakny adalah pada usianya dua tahun ke atas. Pada waktu ini, susu badan telah memenuhi nutrisi yang diperlukan oleh badan si anak. Tambahan pula, anak ketika itu sudah mengambil makanan lain dan keperluan nutrisinya boleh dipenuhi dengan pengambilan sayuran dan buah-buahan.
Semasa usia anak menginjak dua tahun, dia sudah memahami kata-kata ibunya. Untuk memulakan fasa ini, anda boleh bersembang dan terangkan kepadanya tentang bercerai susu. Perlahan-lahan jika sering diberitahu ibunya, si anak akan mula memahami dan bersedia untuk dihentikan penyusuan susu badan.
Biasanya doktor akan menyarankan ibu untuk menghentikan proses penyusuan jika sedang hamil. Ketika hamil, keperluan nutrisi akan berganda dari biasa. Sekiranya ibu mengandung menyusukan anak, berkemungkinan mudah merasa letih dan sering pitam kerana kekurangan tenaga. Nutrisi yang ada perlu dikongsi tiga, jadi sesetengah ibu mungkin tidak mampu dan dinasihatkan oleh doktor untuk berhenti menyusukan anak.
Ads
Pun begitu, jika si ibu mampu dan tidak mengganggu tahap kesihatannya penyusuan badan tidak menjadi masalah. Jika anda sedang hamil dan masih menyusukan anak kecil, seeloknya ambillkan makanan yang kaya nutrisi dan amalkan pengambilan suplemen. Selain itu, ibu juga perlu banyak berehat dan minum air kosong secukupnya.
Untuk memastikan ibu hamil menyusukan anak dengan cara yang betul, dapatkan bantuan daripada kaunselor laktasi untuk berkongsi tip dengan mereka. Ia penting supaya tidak memberi kesan kepada fizikal si ibu.
Taktik Bercerai Susu Yang Berkesan
Untuk ibu yang mahu berhenti usia ketika anak sudah besar, anda boleh memberitahu kepada mereka satu atau dua bulan lebih awal tentang hal ini. Kerap memberitahu anak tentang hal ini akan menggalakkan subconscious anak tersebut. Selain itu, para ibu boleh mengurangkan kekerapan sesi menyusu dan pendekkan masa dari biasa.
Sekiranya anak anda jenis yang suka ‘mengempeng’, inilah waktunya yang sesuai untuk anda kurangkan masa mereka menyusu. Jika anda tidak meminta untuk menyusu, jangan pelawa mereka. Biarkan mereka terbiasa dengan hal ini, lama-kelamaan untuk berhenti ia akan jadi lebih mudah.
Selain itu, anda boleh menarik perhatian anak dengan memberi makanan atau minumam kesukaannya apabila dia mula menunjukan signal untuk menyusu. Ketika siang, pelbagaikan aktiviti dengannya agar dia mudah letih dan tertidur sendiri pada waktu malam. Ibu juga boleh mengenakan pakaian yang sukar diakses untuk menyusu.
Anda perlu bersedia dari segi kekuatan emosi kerana penceraian susu bukanlah sesuatu yang mudah buat ibu juga. Setelah sekian lama anak sentiasa berada di sisi menyusu badan, tiba-tiba mereka tidak menyusu lagi. Proses bercerai susu boleh lah dibuat secara berperingkat supaya ia menjadi mudah dan positif. Hal ini juga boleh mengelakkan payudara dari bengkak atau masisitis jika dilakukan secara berperingkat.
Ibu perlu tetapkan target bila mahu hentikan penyusuan supaya tidak melakukan secara mendadak jadi anak juga tidak terkejut dan menggangu emosi anak. Anda perlu sentiasa positif terhadap keputusan yang dibuat kerana ia akan mempengaruhi si anak juga.
Dapatkan sokongan dari teman-teman yang berpengalaman menghentikan proses penyusuan badan. Selain itu, pastikan anda suarakan keinginan ini kepada suami agar dia dapat memberi sokongan penuh terhadap keputusan untuk bercerai susu.
Jom, meriahkan Pa&Ma Gala 2022 Reunion X TYT dan anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik! Sharing istimewa dari Dayah Bakar & Tasha Manshahar tentang cara penjagaan anak serta demo urutan istimewa dari Aunty June (TYT).
Ibu-ibu memang suka shopping baju untuk anak kan? Tapi selama ini anda perasan tak pada label “Low Fire Danger” yang ada pada baju anak?
Tak semua baju bayi dan kanak-kanak ada label ini. Biasanya hanya pakaian yang diimport dari luar negara mempunyai label ini.
Mungkin juga kalau ternampak pun anda tak tahu apa fungsinya dan boleh jadi ada ibu yang terus menggunting label tersebut kerana beranggapan ia tidak penting.
Namun perkongsian daripada ibu ini sangat penting untuk diketahui oleh semua ibu bapa yang mempunyai anak kecil.
Berdasarkan rasa ingin tahu yang sangat tinggi maka Norhani Mohd Nor melakukan penyelidikan sendiri melalui banyak pembacaan dan berkongsi info bermanfaat ini.
APAKAH MAKSUD “LOW FIRE DANGER” PADA BAJU KANAK-KANAK?
Pernah terfikir tak kenapa baju-baju (kebiasaannya baju tidur bayi/kanak-kanak) yang diimport dari luar negara ada label sebegitu? Penting atau tidak kita untuk ambik tahu?
Selama ni kita ignore aje. Baju-baju Made in Malaysia tak ada pun label macam ni. Tapi kalau di oversea memang hampir semua kita jumpa.
Ini adalah ciri keselamatan pada baju mereka yang ditetapkan dalam garis panduan pembuat baju.
Sebelum baju mereka dipasarkan kepada pengguna, harus melalui ujian-ujian bagi membolehkan “Low fire danger” label dipasangkan.
Tahukah kita bayi dan kanak-kanak adalah golongan yang sukar menyelamatkan diri sendiri jika berlaku kebakaran di rumah?
Terutama ketika mereka tidur, selalunya baju tidur atau pajama mereka disambar api dengan mudah dan risiko untuk kulit melecur adalah tinggi dan boleh mengakibatkan fataliti.
Baju-baju label begini memperlahankan sambaran api dan mengurangkan risiko kulit melecur. Untuk faktor keselamatan anak-anak, carilah baju yang mempunyai label begini.
Eh tapi, bila anak-anak pakai baju ada label macam ni jangan biar je pulak diorang main api ke atau tak evacuatekan diorang cepat-cepat jika terjadi kebakaran. Kang mama tepuk dahi awak!
“Safety starts from home.”
Tulisan: Mama safety concern Norhani Aida Mohd Nor
Ibu mentua antivaksin beri cucu demam makan madu, badan jadi lembik, bengkak, wanita buat laporan Polis. Madu sangat bahaya dan tidak sesuai diberikan kepada bayi dan kanak-kanak di bawah usia setahun. Ia boleh mengakibatkan botulisme atau keracunan serius yang disebabkan oleh bakteria dikenali sebagai clostridium botulinum.
Ibu Mentua Antivaksin Beri Cucu Demam Makan Madu, Badan Lembik, Bengkak
American Academy of Pediatrics (AAP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menasihatkan bahawa madu tidak boleh ditambah kepada makanan, air atau formula yang diberikan kepada bayi yang berusia lebih muda daripada usia 12 bulan. Secara teknikalnya, ia termasuk madu mentah mahu pun yang terkandung di dalam makanan makanan yang dipanggang atau diproses menggunakan madu.
Tular di aplikasi X tentang perkongsian daripada seorang wanita terhadap suami dan ibu mentuanya sehingga memaksa wanita itu membuat laporan polis.
Ibu Buat Laporan Polis
Menurut luahan yang dikongsi, wanita itu berkata, suami dan ibu mentuanya antivaksin. Mereka juga menolak semua perubatan moden. Selepas bersalin, suami wanita ini menolak vaksin awal untuk bayi mereka.
“Tapi I minta misi cucukkan jugak, vaksin lain pun I ambik jugak’
Nak dijadikan cerita, anaknya yang baru berumur 6 bulan diberikan madu kerana demam oleh ibu mentuanya.
Berikutan insiden tersebut, wanita itu telah membuat laporan polis atas dakwaan pengabaian namun keduanya hanya direman 2 hari saja.
“Betul ke tindakan I? Ke I overreacted?”
Dia cakap dia tak mahu jadi antivaksin lagi, tapi ibu mentua dan family dia yang lain memang maki I panjang lebar?
Di ruangan komen luahan ini, rata-rata netizen memberikan sokongan kepada wanita tersebut dan tindakannya itu betul.
KENAPA MADU BERBAHAYA KEPADA BAYI?
Madu berkemungkinan mengandungi spora Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulisme. Daripada 145 kes botulisme yang dilaporkan setiap tahun di Amerika Syarikat, kira-kira 94 kes (65%) adalah botulisme bayi.
Bagaimanapun pakar-pakar menganggarkan angka-angka ini daripada 250 kes setahun dengan banyak kes yang tidak dikenalpasti. Apa yang menyedihkan ialah 90% bayi yang didiagnosis dengan botulisme bayi di Amerika Syarikat adalah di bawah umur enam bulan.
Pencemaran spora Clostridium botulinum boleh terjadi apabila lebah terdedah kepada flora yang tumbuh pada tanah yang mengandungi spora / bakteria botulisme atau sarang lebah terdedah secara terus kepada spora ini.
Madu kebanyakannya dimakan dalam bentuk mentah dan biasanya tidak dipasteur atau disterilkan. Madu walau telah dipasteur boleh mengandungi spora botulism dan tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah umur 12 bulan!
Jika bayi menelan spora Clostridium botulinum, ia akan berkembang di dalam usus mereka dan akan menghasilkan toksin. Tidak seperti orang dewasa dan kanak-kanak lebih tua, bayi boleh jatuh sakit akibat daripada toksin yang dihasilkan oleh bakteria ini.
Menjadi kerisauan para ibu ketika menyusu badan pada bayi, adakah mereka cukup minum? Takut pula masih tak cukup, tapi sesi penyusuan dah dihentikan. Bukan apa, nak ditanya anak masih tak boleh nak beritahu.
Lagi-lagi kalau bayi tertidur semasa disusukan. Lagilah si ibu rungsing sama ada cukup atau tidak anak mereka menyusu tadi.
Ikuti penjelasan dari Kaunselor Laktasi ini:
Risau bayi menyusu sekejap atau lama?
“Bayi saya menyusu kurang dari 10 minit. Dia dapat cukup susu tak?”
“Bayi saya menyusu lama sangat kadang-kadang sampai 1 jam. Susu saya sikit ke?”
Dua situasi berbeza kerisauan ibu-ibu menyusu tentang berapa lama bayi mereka menyusu.
Ada yang menyusu dalam satu sesi yang pendek, malah ada juga yang menyusu dalam satu sesi yang panjang.
Secara puratanya, bayi akan menyusu selama 15 – 45 minit dalam satu sesi penyusuan. Tetapi perlu diingat, tiada masa yang tetap untuk berapa lama bayi perlu menyusu.
‘Don’t watch the clock, watch the baby’. Offer bayi menyusu satu bahagian payudara pada satu masa. Dan offer payudara yang lagi sebelah pada sesi penyusuan yang seterusnya.
Bayi yang baru lahir kebiasaannya akan menyusu 8 – 12 kali dalam satu hari. Peka pada ‘feeding cues’ bayi. Bukannya melihat jam.
Antara ‘feeding cues’ adalah bayi akan: – stretching – rooting – sucking – crying (late cues)
Sesetengah bayi sangat efisyen menyusu dan boleh kenyang dalam masa kurang dari 10 minit dalam satu sesi penyusuan. Manakala, ada pula sesetengah bayi yang lain memerlukan tempoh yang lebih lama untuk menyusu dan kenyang. Ini juga adalah kerana setiap bayi ‘suckle’ juga berbeza.
Antara tanda-tanda bayi sudah kenyang: – lebih tenang – melepaskan sendiri payudara – tertidur selepas menyusu – apabila offer menyusu lagi, bayi akan menolak
Sila pantau diapers bayi (wet & dirty); kencing & berak bayi serta kenaikan berat badan bayi. Sehingga umur 6 bulan, kebiasaannya wet diapers adalah dalam 5 – 6 keping sehari. Manakala untuk dirty diapers pula adalah dalam 1 – 2 keping sehari. Malahan ada yang kurang dari itu kerana bayi yang menyusu ibu ada yang jarang berak sampai berhari-hari.
Ada masanya juga, bayi akan menyusu lebih lama sekadar untuk ‘comfort’.
Jika bayi anda terganggu atau mengantuk semasa menyusu, bawa bayi ke dalam bilik yang gelap untuk menyusu supaya jauh dari gangguan.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.