Tumbesaran serta perkembangan anak dapat digalakkan dengan memberi pendedahan untuk melihat dunia luar. Malangnya dalam keadaan musim pandemik sekarang menghalang anak-anak untuk belajar di luar rumah. Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu tumbesaran mereka secara mental dan fizikal.
Selain menjalani PdPR dan menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru, ibu ayah boleh mengadakan pelbagai aktiviti menarik untuk mengelakkan anak-anak dari merasa stres atau bosan. Dengan itu, tumbesaran anak tidak akan terganggu walaupun mereka tidak boleh keluar rumah.
Bukan itu sahaja, pemakanan yang sihat dan seimbang juga amat penting supaya anak-anak dapat membesar dengan baik. Tumbesaran anak bukan sahaja penting dari segi fizikal , bahkan perkembangan mental dan sosial mereka juga sangat penting. Bila menyediakan makanan yang tinggi khasiat untuk anak, jangan lupa untuk beri mereka minum SUSU! Ia bukan sahaja mengandungi nutrien seperti Kalsium yang boleh menguatkan tulang dan gigi anak, susu juga mempunyai pelbagai nutrien lain yang boleh membantu menyokong keseluruhan perkembangan anak-anak.
Yang Terbaik Buat Anak Tersayang!
Mengekalkan Sistem Imuniti Yang Kuat
Sangat penting untuk anak-anak mempunyai sistem imuniti di tahap terbaik sekarang. Ia dapat mengelakkan mereka dari mudah jatuh sakit. Vitamin C, Vitamin A, Vitamin E, Zat Besi dan Zink sangat diperlukan oleh tubuh anak dan ia boleh didapati di dalam makanan seperti brokoli (Vitamin A, C, E), buah-buahan sitrus dan betik (Vitamin C), bijirin penuh dan produk tenusu (Zink), ubi keledek dan lobak (Vitamin A); serta daging, ayam & sayur berdaun hijau (Zat Besi).
Menyokong Fungsi Kognitif
Ibu ayah perlu pastikan anak sentiasa bersedia dan fokus terutamanya ketika menjalani kelas atas talian bersama guru. Antara nutrien-nutrien yang diperlukan untuk membantu menyokong fungsi kognitif anak adalah seperti Asid Folik, Vitamin B, Zat Besi dan DHA. Contoh sumber makanan untuk nutrien-nutrien ini adalah salmon (Vitamin B, Zat Besi dan DHA), sayuran berdaun hijau (Asid Folik dan Zat Besi) dan telur (Asid folik, Zat Besi dan Vitamin B).
Ads
Menyokong Tumbesaran
Protein sangat diperlukan untuk membina otot, sel dan untuk menyokong perkembangan sistem imuniti. Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D membantu perkembangan tulang yang sihat. Sumber khasiat ini? Sudah tentulah daging (Protein), telur (Protein dan Vitamin D), susu dan produk tenusu (Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D).
Jom, Ajak Anak Minum Susu!
Ads
Garis Panduan Diet Malaysia menyarankan pengambilan susu atau produk tenusu sebanyak dua kali sehari. Untuk memastikan anak mendapat khasiat secukupnya, ibu ayah perlu memilih susu dengan teliti. Pastikan anda memilih jenama susu yang mempunyai reputasi yang baik. Selain itu, carilah susu yang bersesuaian dengan umur anak anda. Setiap susu tepung telah diformulasikan mengikut keperluan nutrisi mengikut usia mereka.
Baca label dengan teliti. Sangat penting untuk ibu ayah melihat kandungan yang ada di dalam susu tepung sebelum memilihnya. Kenali setiap bahan di dalam susu dan ambil peduli apa kepentingannya untuk anak. Dalam kesibukan ibu ayah yang terpaksa bekerja, agak sukar menyediakan hidangan lengkap nutrisi untuk anak yang diperlukan untuk perkembangan mereka.
Jangan risau, kerana ibu ayah boleh mendapatkan susu NESPRAY Penuh Krim. Tahukah anda, susu ini merupakan satu-satunya susu penuh krim yang mempunyai kebaikan 15 Vitamin dan Mineral di dalamnya*? Dengan memberikan anak minum susu NESPRAY Penuh Krim setiap hari, ia dapat membantu memupuk potensi mereka. Ianya sangat penting untuk kita memberikan khasiat yang sesuai buat mereka untuk menyerlahkan kemampuan anak-anak.
Ads
Susu NESPRAY Penuh Krim bukan sekadar susu penuh krim yang biasa! Rasanya juga sedap dan berkrim, pasti menjadi kegemaran anak-anak. Ia mengandungi Protein, Kalsium, Zat Besi, Vitamin C, Vitamin D dan lebih banyak lagi Vitamin dan Mineral. Lebih baik lagi, ia mengandungi 0gm Sukrosa. Apa lagi parents, jom dapatkan Susu NESPRAY Penuh Krim segera untuk anak-anak!
Sebagai ibu bapa, kita pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Sekiranya mereka membesar dengan sihat, anak-anak akan menjadi lebih aktif, cerdas dan suka belajar. Latihlah anak untuk minat belajar sejak mereka dari kecil.
Jangan paksa, cuma galakkan dengan cara yang istimewa supaya anak-anak lebih teruja untuk melakukannya. Banyak faktor yang boleh menggalakkan anak-anak untuk belajar dengan gembira. Tanpa perlu memaksa, berikut adalah senarai perkara yang boleh anda lakukan untuk galakkan anak belajar:
BANTU ANAK BERKOMUNIKASI
Untuk merangsang minat anak untuk belajar, ibu bapa harus sentiasa berkomunikasi dengan mereka. Carilah satu topik untuk diajarkan kepada anak pada hari tersebut dan bercerita dengan mereka. Pilihlah kaedah bercerita supaya anak lebih mudah faham.
SEDIAKAN KEPERLUAN BELAJAR
Untuk menarik perhatian anak-anak, sediakan keperluan untuk mereka belajar. Antaranya seperti alat tulis dan bahan bantu belajar yang menyeronokkan. Apabila belajar menggunakan semua peralatan ini, ia akan membuatkan anak-anak teruja dan lebih bersemangat untuk belajar.
BELAJAR SAMBIL BERMAIN
Jangan terlalu memaksa anak-anak untuk belajar. Sebaik-baiknya carilah teknik pembelajaran yang melibatkan mereka. Sebagai contoh, pilihlah kaedah bermain sambil belajar. Dengan cara ini, mereka tidak akan merasa tertekan dan dapat belajar dalam keadaan yang lebih tenang dan gembira.
MAKANAN YANG BERKHASIAT
Untuk menarik minat anak-anak belajar, berilah mereka makanan yang tidak menyebabkan rasa mengantuk atau lesu. Berilah anak-anak makanan yang kaya dengan nutrisi supaya mereka lebih bertenaga untuk belajar. Elakkan makanan ringan atau snek sebelum sesi pembelajaran supaya anak-anak tidak mengantuk dan hilang daya fokus ketika belajar.
AMALAN MINUM SUSU BANTU PERKEMBANGAN MINDA ANAK
Berikan rumusan susu untuk kanak-kanak sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian mereka untuk membantu tumbesaran anak secara keseluruhan.
Apabila mereka membesar dengan sihat, proses belajar akan menjadi lebih seronok dan anak-anak lebih teruja dan dapat berfikir secara kreatif.
Susu S-26® Progress® dan S-26® Promise® dengan Nutrissentials® mengandungi gabungan nutrien penting seperti Lutein, AA dan DHA yang membantu perkembangan anak-anak. Untuk pengetahuan anda, S-26® Progress® adalah pilihan susu untuk anak berumur 1 tahun ke atas manakala S-26® Promise® pula bagi kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas.
Mengapa S-26® Progress® & S-26® Promise® Yang Terbaik?
S-26® Progress® dan S-26® Promise® dengan Nutrissentials® mengandungi kombinasi nutrien penting untuk membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak bagi membina asas yang lebih kukuh untuk membantu pembelajaran si manja.
*AA & DHA didapati di dalam otak & mata dan merupakan nutrien penting.
* Lutein yang berfungsi melindungi mata dengan menapis cahaya biru. Penglihatan yang baik penting untuk pembelajaran.
*Kolina adalah nutrien penting untuk membantu pembelajaran.
*Oligofruktosa yang membantu menyokong penghadaman. Penyerapan nutrien yang baik adalah penting untuk perkembangan fizikal dan minda.
*Kalsium dan vitamin D yang menyokong perkembangan tulang dan gigi yang kuat.
*Mineral dan vitamin-vitamin penting lain termasuklah zat besi dan zink.
*Tanpa sukrosa.
Mahu mendapatkan sampel susu S-26® Progress® dan S-26® Promise®? Anda boleh mendapatkannya dengan klik link ini Wyeth Nutrition
Selain itu, anda boleh menghubungi talian WYETH NUTRITION CARELINE di:
1-800-88-5526 atau ke laman sesawang mereka di Wyeth Nutrition
Untuk maklumat lanjut tentang susu S-26® Progress® & S-26® Promise® dengan Nutrissentials®, anda boleh ke laman Facebook mereka di Wyeth Nutrition
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, MALAM INI jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memilih hospital yang tepat adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan sekiranya mahu mendapatkan rawatan terbaik. Bukan mudah mahu mencari hospital yang serasi kerana banyak faktor yang harus kita fikirkan sebelum membuat keputusan.
Kita mahukan hospital dengan suasana yang selesa serta dilengkapi fasiliti terbaik. Bukan itu sahaja, sudah tentulah hospital dengan barisan pakar bertauliah serta berkredibiliti merupakan kriteria yang kita pertimbangkan ketika memilih hospital terbaik.
Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) menyediakan perkhidmatan kepakaran multi-disiplin membuatkan ia sesuai untuk seisi keluarga.
HIAZ telah ditubuhkan oleh Tn Hj Abdul Rahman Mt Dali pada tahun 1997 dan merupakan hospital pertama yang ditubuhkan di kawasan Bangi dan Kajang.
Hospital Islam Az-Zahrah merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2022 bagi anugerah Hospital Keluarga Pilihan Pa&Ma. Tahniah!
Mempraktikkan Konsep Hospital Mesra Ibadah
Uniknya, Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) dibangunkan sebagai institusi perubatan yang melaksanakan dan mempraktikkan Islam bersesuaian dengan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI).
Beri Motivasi Kerohanian
Aplikasi konsep HMI ini bertujuan untuk memberikan rawatan yang selesa dan mesra serta memberi motivasi dan dorongan rohani kepada pesakit.
Ustaz & Ustazah Bimbing Cara Tunai Ibadah
Kekeliruan untuk menunaikan ibadah ketika dalam keadaan tidak sihat bukan satu masalah besar kerana kehadiran ustaz dan ustazah dapat membimbing pesakit untuk menunaikan ibadah dengan cara yang betul. Fasiliti ibadah yang lengkap turut memudahkan pesakit melaksanakan ibadah kepada Yang Maha Esa.
Hospital Ibu & Anak
Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) menawarkan perkhidmatan kepakaran Perbidanan & Sakit Puan dan Kanak-kanak. Doktor Pakar dan jururawat wanita sentiasa bersedia 24 jam untuk mengendalikan proses kelahiran bayi dan penjagaan ibu.
Yang bagusnya, suami atau ibu dibenarkan untuk menemani isteri/anak semasa proses kelahiran. HIAZ juga menyediakan kemudahan serta persekitaran yang tenang bagi menggalakkan penyusuan susu ibu sejurus selepas kelahiran.
Wad Selesa Untuk Pesakit
Hospital Islam Az-Zahrah menyediakan variasi pilihan bilik untuk memastikan keselesaan dan perkhidmatan terbaik bagi pesakit yang menjalani rawatan di sini.
Suasana bilik yang harmoni dan kondusif membantu pelanggan merasa tenang dan selamat. Pesakit di HIAZ boleh memilih menu yang sihat dan sesuai dengan keperluan diet pesakit.
Wad di HIAZ terdiri daripada:
Bilik VIP
Menawarkan privasi dan keselesaan dari segi suasana, ruang yang luas serta kemudahan yang terbaik.
Bilik satu katil (Super Deluxe, Standard Single, Single)
Menyediakan privasi dan keselesaan dengan kemudahan yang anda perlukan sepanjang berada di HIAZ.
Bilik dua katil
HIAZ menyediakan bilik dua katil dengan ruang yang selesa, namun masih mengekalkan privasi pelanggan.
Bilik tiga katil
Bilik ini direka bagi memberi keselesaan kepada pelanggan dengan harga yang berpatutan.
Jika sayangkan anak, mengutamakan kepentingan anak terutamanya bab keselamatan harus didahulukan walau dalam apa cara sekali pun.
Atas dasar itulah, Joie, salah sebuah jenama peralatan bayi terkemuka yang diedarkan oleh SNS Products Sdn Bhd, menganjurkan majlis “Look Back Longer: Friends & Family Gettogether”, bagi meraikan semua ibu bapa disamping memberi kesedaran penggunaan carseat hadap belakang.
Majlis yang berlangsung cukup meriah pada 16 Mac lalu di Kids
Nation, 163 Retail Park, Mont Kiara ini tambah gamat dan meriah dengan kehadiran selebriti tanah air bersama anak-anak mereka yang turut sama menyokong kempen ini.
Antara selebriti yang turut memeriahkan majlis termasuklah Issey, Fiza Frizzy, Dayana Roza, Ayie Floor 88 dan ramai lagi. Tidak ketinggalan juga Dr Malar Santhi yang turut sama berkongsi pendapat sebagai panel jemputan.
Kempen “Look Back Longer” adalah sebahagian daripada usaha berterusan dari Joie Malaysia selaku pengeluar jenama kerusi keselamatan popular dan diyakini bagi meningkatkan kesedaran keselamatan penumpang kanak-kanak disamping menggalakkan ibu bapa untuk terus meletakkan anak-anak mereka dalam kedudukan menghadap belakang selama mungkin.
Di samping itu, bersempena dengan Kempen “Look Back Longer”, Joie turut menampilkan rangkaian car seat hadap belakang terpilihnya yang cukup berkualiti agar terus melindungi anak-anak disamping mengekalkan konsep penggunaan menghadap belakang selama mungkin.
Terdahulu, kajian telah menunjukkan bahawa penggunaan car seat secara menghadap
belakang memberi perlindungan yang terbaik untuk kanak-kanak sekiranya berlaku hentakan kerana car seat akan menyerap hentaman dan ianya melindungi kepala, leher dan tulang belakang kanak-kanak sehingga 73% lebih berbanding forward facing.
Bukan itu sahaja bahkan pakar dan doktor juga turut mengesyorkan agar kanak-kanak berada dalam kedudukan menghadap belakang sehingga sekurang-kurangnya 4 tahun. Jadi buatlah keputusan yang tepat untuk anak anda. Pilih konsep penggunaan menghadap belakang selama mungkin bersama Joie.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.